#33 ; Sedih 👑

2.6K 135 5
                                    

Sofia membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya putih yang menyinari pandangannya membuatkan matanya silau.

Dia memerhati sekeliling. Kelihatan Arsyad sedang duduk di sebelahnya sambil tidur.

'Mana Yaziq?' soal hatinya.

Dia mencari-cari kelibat Irsyad di situ. Namun tiada. Yang ada hanyalah dia dan juga Arsyad.

"Arqi!" Sofia menggoncangkan bahu Arsyad.

Arsyad tersedar.

"Kak? Akak okay?" soal Arsyad. Kaki dah tangannya berbalut akibat tersepit.

Begitu juga dengan Sofia.

"Mana Yaziq?"

"Abang ada dekat wad sebelah. Dia belum sedar, tapi akak jangan risau. Keadaan dia stabil" kata Arsyad.

"Daddy?"

Arsyad terdiam sebentar. Sungguh berat mulutnya mahu beritahu tentang ayahnya pada Sofia.

"Kenapa diam Arqi?! Jawab! Mana daddy?" tanya Sofia sekali lagi dengan nadanya yang cukup tinggi.

"Daddy.. Dia.. Dia dah meninggal. Daddy meninggal di tempat kejadian"

Bagai di sambar kilat, Sofia terkaku.

"Tak.." gumamnya perlahan.

"Tak mungkin! Akak baru jumpa dia hari ni! Tak kan lah dia pergi cepat sangat?" air mata Sofia bertakung. Tunggu masa untuk pecah saja.

"Sabar kak! Ni mungkin ajal dia. Kalau akak sedih, saya lagi sedih. Tu ayah saya!"

Sofia terdiam. Dia merenung wajah Arsyad. Air matanya mula mengalir.

"Macam mana nak bagi tahu abang pasal nih?" tanya Sofia.

Arsyad menjongketkan bahunya.

"Akak nak jumpa abang"

"Kejap. Arqi panggilkan doktor" Arsyad pun keluar dari bilik wad itu.

Sofia mengeluh perlahan.

Dia tidak sangka, pesanan daripada bakal ayah mertuanya itu adalah pesanan yang terakhir buat dirinya. Dia baru saja berkenalan dengan Dato' Irfan. Tetapi, Dato' Irfan telah meninggalkan dirinya bersama anak-anaknya sebelum hari perkahwinan dia bersama Irsyad.

Beberapa minit kemudian, Arsyad kembali bersama seorang doktor di sebelahnya.

"Kamu okay?" soal doktor yang bernama Syamil sambil membantu Sofia bangun.

"Saya okay. Macam mana dengan keadaan Irsyad?" tanya Sofia.

"Kamu ada hubungan kekeluargaan dengan dia?"

"Saya adik dia. Dan dia ni bakal isterinya" jawab Arsyad.

"Ouh. Dia masih pengsan lagi. Tapi jangan risau. Dia masih selamat" beritahu doktor Syamil.

"Saya nak jumpa dia"

"Baiklah. Tapi jangan ganggu dia ya" doktor Syamil menolong Sofia berdiri.

Mereka pun berjalan ke arah bilik wad sebelah.

Kelihatan Irsyad sedang terbaring kaku dengan berbagai-bagai jenis wayar yang terlekat pada badannya.

Sofia mendekati Irsyad.

"Arsyad, mari ikut saya sekejap" pinta doktor Syamil.

Arsyad mengangguk lalu mengikut doktor Syamil.

Sofia mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Irsyad yang masih lagi belum sedarkan diri.

Arsyad mengikuti doktor Syamil ke pejabatnya.

"Silakan duduk"

"Terima kasih" Arsyad duduk berhadapan dengan doktor Syamil.

"Ada apa doktor nak jumpa saya?" tanya Arsyad.

"Berkenaan dengan jenazah ayah kamu. Pihak hospital akan menghantarnya ke rumah kamu pada esok pagi" kata doktor Syamil.

Arsyad hanya mengangguk.

"Keadaan kamu dan Sofia juga baik saja. Tetapi, kamu juga kena berhati-hati termasuklah Sofia. Bahu dia mengalami retakan. So, kena pastikan dia sentiasa selamat"

"Bahu kanan ke kiri?" soal Arsyad.

"Kiri. Jadi buat sementara waktu ini, bahagian lengan kirinya tidak berfungsi"

"Berapa lama?"

"Lebih kurang dua bulan" balas doktor Syamil.

"Keadaan saya pula?"

"Awak tidak apa-apa. Cuma kaki kanan dan tangan kiri patah. Tapi ia akan sembuh secepat mungkin" kata doktor Syamil.

"Ouh. Terima kasih doktor. Ada apa-apa lagi?" Arsyad memandang wajah doktor Syamil yang kelihatan agak muda itu.

"Ada. Berkenaan keadaan abang kamu" muka doktor Syamil kelihatan serious.

"Kenapa dengan abang saya?" Arsyad kelihatan susah hati.

"Kepala dia terhentak kuat dan menyebabkan gegaran otak. Kemungkinan besar, abang kamu akan mengalami.. amnesia"

*****

Bersambung..

What ?! Irsyad amnesia ?

Huhu , bersabarlah Sofia.

Lepas ni , banyak lagi dugaan yang dihadapi oleh Sofia semasa Irsyad mengalami amnesia.

So , stay tune !

7 Jejaka Hots [Book2]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant