#53 ; Irsyad Balik 👑

2.5K 123 1
                                    

Arsyad membantu Irsyad mengemas barang-barangnya.

Hari ini Irsyad sudah boleh keluar dari hospital.

"Dah siap?" soal Arsyad.

Irsyad hanya mengangguk.

"Pak Man, tolong papahkan abang" kata Arsyad pada Pak Man, drivernya.

Pak Man hanya mengangguk lalu mendekati Irsyad.

"Tak payah. Aku boleh jalan sendiri"

"Abang kan sakit lagi. Biarlah Pak Man tolong" kata Arsyad.

"Aku boleh jalan sendiri lah!" bentak Irsyad.

Arsyad mengeluh.

"Tak apa lah, Pak Man. Pak Man pergi tolong bayarkan bil rawatan. Saya dengan abang pergi tunggu dekat dalam kereta. Ni duitnya" Arsyad menghulurkan beberapa keping duit kertas berwarna ungu kepada Pak Man.

"Baiklah" Pak Man menyambutnya lalu keluar dari bilik wad itu.

"Jom abang" Arsyad mengangkat beg pakaian Irsyad lalu berjalan keluar.

Irsyad mengikut dari belakang. Dia memerhati sekeliling.

Arsyad menoleh ke belakang melihat kelakuan abangnya.

"Abang cari apa?"

"Nadia"

Arsyad memandang Irsyad dengan pandangan pelik.

"Siapa Nadia?" tanya Arsyad.

"Kawan Natasya"

"Abang kenal Natasya?"

"Tak kenal. Tapi dia ada datang dengan Nadia" jawab Irsyad.

"Dia ada datang? Bila?" soal Arsyad dengan riak terkejut.

"Entah. Lupa lah"

"Kenapa dia datang? Dia ada cakap apa-apa tak?"

"Dia cakap yang dia tu girlfriend aku"

"Abang percaya?" Arsyad memandang Irsyad.

"Aku tak kenal dia. Buat apa nak percaya kata dia"

Arsyad terdiam.

'Nadia? Girlfriend abang Ziq ke?'

***

Sofia melangkah ke arah dapur.

Dia mendekati mak Munah yang sedang memasak.

"Haii mak Munah. Masak apa tuhhh" tegur Sofia lalu berdiri di sebelah mak Munah.

"Ayam masak lemak cili padi"

"Wahh. Sedapnyaa"

"Mesti lah! Ni lauk kegemaran tuan muda. Hari ni kan dia balik. So, mak Munah kena lah masak yang special untuk dia"

"Eh, hari ni eh Syad balik?" Sofia memandang mak Munah.

"Yelah. Sofia dah lupa ke?"

Sofia menepuk dahinya.

"Haah lah. Hari ni dia balik. Huu, nak tunggu bakal suami depan pintu lah. Hahah, bye mak Munah" Sofia terus berlari ke ruang tamu.

Mak Munah hanya menggelengkan kepalanya.

"Sakit-sakit pun masih nak berlari" kata mak Munah seorang diri.

Sofia berlari menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba dia terlanggar Afieq yang baru turun dari tangga.

"Aduh!" Sofia jatuh terduduk.

"Oi , mata letak dekat mana?"

Sofia mendongak memandang Afieq.

"Mata kau tu ha yang letak dekat mana! Tak nampak ke aku tengah lalu ni?" balas Sofia.

"Yang kau berlari tadi tuh kenapa sengal? Kan dah jatuh. Padan muka" Afieq menjelir lidah lalu mahu melangkah pergi dari situ.

Sofia pantas menahan kaki Afieq. Akibatnya, Afieq jatuh tersembam.

"Aduhh. Sakit siakk" Afieq menggosok-gosok punggungnya.

"Padan muka. Lain kali jalan tu tengok bawah"

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba tahan kaki aku" Afieq menepuk dahi Sofia.

"Dah kau nak tinggalkan aku. Tolong lah angkat aku"

"Amboi, banyak hodoh muka kau. Bangun lah sendiri" kata Afieq lalu bangun.

"Ala tolong lah. Bahu aku sakit ni"

"Kau bangun pakai bahu ke?" Afieq mengangkat sebelah keningnya.

"Kalau bahu sakit, kaki pun akan rasa sakit jugak"

"Eh dari mana kau belajar ni?"

"Dari kau lah" balas Sofia.

"Iye ke?"

"Arh, dah lah. Baik aku bangun sendiri" kata Sofia lalu bangun .

"Haa, kan boleh bangun sendiri tuh" Afieq tersenyum.

Sofia menjeling lalu berlalu ke ruang tamu. Afieq mengikutinya.

"Kenapa kau berlari tadi?" tanya Afieq.

"Saja"

"Eleh, sakit-sakit pun nak berlari. Nanti jatuh, patah lagi satu tangan tu nanti"

"Suka hati lah" kata Sofia lalu duduk di atas sofa.

"Eh, merajuk ke?"

Sofia diam. Matanya memandang televisyen.

Afieq duduk di sebelah Sofia.

"Alolo, merajuk pulak adik abang yang mengada ni" Afieq mencubit pipi Sofia.

"Ish, sakitlah bongok" Sofia menepis tangan Afieq.

"Eh. Aku nak pujuk kau ni"

"Tak payah. Kau tak pandai pujuk aku" balas Sofia.

"Haha, tahu pun kau. So, tak payah nak acah merajuk eh"

"Huh, da lah. Pergi lah ke tepi. Apa hal kau rapat-rapat dengan aku ni?" Sofia menolak-nolak badan Afieq ke tepi.

"Aku nak pujuk kau tadi. Sebab tu lah aku rapat. Ish, tak payah lah tolak aku. Aku tahu lah nak bangun sendiri" Afieq bangun lalu duduk di sofa lain.

"Kejap lagi aku nak menyambut kedatangan bakal suami aku"

"Siapa bakal suami kau?" Afieq memandang Sofia.

"Irsyad lah" Sofia tersenyum.

"Poyo!" Afieq membuat muka annoying.

*****

Bersambung..

Maaf sebab lambat.

Kekurangan idea.

7 Jejaka Hots [Book2]On viuen les histories. Descobreix ara