#7 ; Girlfriend Irsyad 👑

3.5K 189 0
                                    

Irsyad tersenyum sendirian.

"Syad!" seseorang menepuk bahunya.

Irsyad tersentak.

"Daddy, apa ni. Terkejut Syad"

Dato' Irfan hanya tersengih.

"Kenapa senyum sorang-sorang tadi?" tanya Dato' Irfan lalu duduk di hadapan Irsyad.

"Hehe, tak ada apa-apa lah. Saja senyum"

"Iye lah tu. Tadi call siapa? Awek ke? Bersayang-sayang pulak tu"

Irsyad terkedu.

"Daddy dengar?" soal Irsyad sambil memandang Dato' Irfan.

"Of course lah! Syad khusyuk sangat bergayut dekat telefon tu, sampai tak sedar yang daddy dok perhati" jawab Dato' Irfan.

Irsyad tersengih-sengih malu.

"Syad call siapa? Girlfriend ke? Kalau betul girlfriend, kenalkan lah dekat daddy" kata Dato' Irfan.

"Hm, Syad fikir memang nak bawak dia jumpa daddy. Lepas ambil keputusan nanti. Tapi Syad kena jumpa family dia dulu, baru bawak dia balik sini"

"Ouh, jadi betul lah Syad dah ada girlfriend?" Dato' Irfan memandang Irsyad.

Irsyad tersenyum malu lalu mengangguk perlahan.

"Siapa nama kekasih hati Syad tu?" tanya Dato' Irfan.

"Puteri Aliyanna Sofia"

"Puteri Aliyanna Sofia?"

Irsyad mengangguk.

"Adik Putera Afieq Safwan" kata Irsyad.

"Dia adik kepada model terkenal Los Angeles tu?"

Irsyad mengangguk.

"Em, bagus. Bila Syad bercinta dengan dia?"

"Tahun lepas" jawab Irsyad.

"Wah, dah lama jugak eh. Sekarang dia dekat Malaysia ke?" soal Dato' Irfan.

"Tak. Dia sekarang tengah study dekat Seoul"

"Wow, study dekat Seoul? Bagus jugak girlfriend Syad ni ye?" kata Dato' Irfan sambil tersenyum.

"Hehe, biasa-biasa je"

"Pandai Syad cari" Dato' Irfan menepuk-nepuk bahu Irsyad.

Irsyad hanya tersenyum manis.

"Baik Syad pergi tidur dulu. Esok Syad kena pergi office kan" kata Dato' Irfan.

Irsyad mengangguk.

"Nanti daddy tolong uruskan syarikat tu bila Syad balik Malaysia ok? Dalam 3 hari gitu"

"Baiklah. Nanti balik Malaysia tu hati-hati ye" pesan Dato' Irfan.

"Hokay"

"K, pergi lah tidur"

"Ok, selamat malam daddy"

"Selamat malam" balas Dato' Irfan.

Irsyad terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Arsyad yang daripada tadi mendengar perbualan antara ayahnya dan abangnya mula tersenyum kecil.

"Harap abang bahagia setelah lama menderita" katanya perlahan.

***

Sofia baring di atas tilam biliknya. Petang ini dia tiada kelas, boleh lah dia bersenang-senang sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Esok dia perlu pulang ke Malaysia.

Terbit rasa rindu pada ahli keluarganya.

Tiket penerbangan ke Malaysia dipandangnya lama.

"Esok kita akan berjumpa semula" katanya perlahan.

Dia tersenyum sendirian.

Sofia bangun dari pembaringannya dan berjalan menuju ke meja soleknya. Dia menyimpan tiket penerbangan itu di dalam laci.

Telefon pintarnya dicapai. Dia kembali baring di atas tilam.

Sofia membuka aplikasi Instagram. Sudah lama dia tidak membuka Instagramnya.

Followersnya sudah makin meningkat semenjak dia mengepost gambarnya bersama Irsyad.

Dia menaip nama Insta Irsyad.

"Syad_7PH"

*********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon