#11 ; Malu ? 👑

3.5K 182 0
                                    

Sofia mengambil tempat di tepi tingkap.

Irsyad di sebelahnya manakala Afieq duduk di hadapannya.

Yang lain ? Pandai-pandai lah cari tempat😂

Sofia menoleh ke luar tingkap.

"Korang pesan lah apa-apa. Asalkan jangan mahal. Kalau mahal, bayar sendiri" kata Afieq.

"Okayy!!" mereka mula memesan makanan sendiri.

"Kau nak makan apa?" Afieq memandang Sofia.

Sofia mendiamkan diri.

Afieq memandang Irsyad.

"Kau?"

"Nasi ayam dan milo ais" jawab Irsyad.

"Adik nak sama macam Syad" kata Sofia. Matanya masih memandang ke luar tingkap.

"Okay" Afieq bangun dan menuju ke arah kaunter bersama Nazri.

Oh lupa nak bagi tahu, Nazri duduk di berhadapan dengan Irsyad.

Satu meja ada 4 orang. Yang lain duduk dekat meja lain.

Sekarang, hanya tinggal Irsyad dan Sofia di meja itu.

"Yana.." Irsyad memanggil.

Sofia buat tak tahu.

"Yanaa" Irsyad mendekati Sofia.

Sofia tidak menyahut. Dia masih memandang ke luar tingkap.

"Yana!" Irsyad menjerit kecil di telinga Sofia.

Sofia tersentak. Dia menoleh ke arah Irsyad.

Dengan tiba-tiba, Sofia menampar pipi Irsyad.

Kuat tapi perlahan. Hahaha. Macam mana tu ?

Abaikan.

"Aduh!" Irsyad mengusap pipinya.

"Apa masalah kau ni?" tanya Sofia.

"Aku tak ada masalah. Kau tu ha yang bermasalah"

"Apa yang masalahnya dekat aku?"

"Kau cium pipi aku" balas Irsyad.

Sofia terdiam. Dia menundukkan wajahnya kerana malu.

Irsyad tersenyum di dalam hati.

"Eehh, dia malu pulak" kata Irsyad.

"Kalau kau tak dekat dengan aku, aku tak akan tercium pipi kau lah" Sofia menumbuk bahu Irsyad.

"Adoi, kenapa ganas sangat kau ni?"

"Woii, korang ni dah setahun couple still panggil kau-aku ke?" tiba-tiba Nazri mencelah.

Afieq sudah duduk di tempatnya.

"Ntah korang ni. Nanti kalau dah kahwin, tak kan nak panggil kau-aku pulak. Tak sweet lah" balas Afieq.

"Aku okay aje nak tukar panggilan. Tapi si Yana ni tak nak. Dia kata geli" kata Irsyad.

"Kau nak geli buat apa? Nanti dah kahwin macam mana? Lebih baik kau praktis panggil Syad ni abang. Nanti kan senang kalau dah kahwin" kata Afieq pada Sofia.

"Please lah jangan cakap pasal kahwin dekat sini. Geli tahu" balas Sofia.

"Hish budak ni. Aku tampar kau nanti, baru kau tahu"

Sofia menjelirkan lidah ke arah Afieq.

Belum sempat Afieq hendak berkata, pelayan sudah datang sambil membawa makanan yanh dipesan oleh mereka.

"Korang tinggal sini berapa hari?" soal Afieq.

"Aku mungkin tiga hari" jawab Irsyad.

"Aku pun sama kot tiga hari dekat sini" kata Nazri.

"Kau pulak? Bila balik Los Angeles?" tanya Irsyad pada Afieq.

"Esok aku balik. Banyak lagi tempat yang aku kena pergi untuk photoshoot"

"Bila kau nak jadi model dekat Malaysia pulak?" Nazri bertanya.

"Dah habis tempoh hari aku dekat sana, aku jadi model dekat sini pulak"

Irsyad dan Nazri hanya menganggukkan kepala.

Afieq memandang Sofia yang sedang makan nasi ayam dengan penuh seleranya.

"Dik, kenapa diam aje?" tanya Afieq.

"Haah. Selalunya becok je mulut tu" kata Nazri.

Sofia memandang Nazri.

"Tak ada apa lah. Saja diam" balas Sofia sambil menguis-nguis nasi ayam itu.

"Dia tengah malu tu, bang. Jangan kacau dia" kata Irsyad.

"Malu sebab apa?" soal Afieq.

"Dia cium pipi aku"

Sofia memandang tajam ke arah Irsyad.

Afieq tersenyum.

"Hish kau nii" Sofia mencubit-cubit lengan Irsyad.

"Abang tengok ni, ganas betul adik abang ni ya" kata Irsyad sambil mencuba untuk menepis tangan Sofia daripada terus mencubitnya.

Afieq ketawa.

"Abang? Kenapa kau panggil dia abang? Dia abang aku, bukan abang kau"

"Ehh, dia bakal abang ipar aku. So, aku kena panggil dia abang lah" balas Irsyad.

"Betul!!" kata Afieq dan Nazri serentak.

Sofia hanya menjeling mereka dengan jelingan maut.

Auch ! 😂

*******

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now