#81 ; Bertunang ? 👑

2.9K 129 2
                                    

Tiba di KL ,

7 Prince Hots balik ke villa mereka manakala Emily mengikut Sofia dan Afieq pulang ke rumah keluarga mereka berdua.

"Eh kereta siapa ni?" tanya Sofia sambil matanya memandang sebuah kereta asing yang terletak elok di halaman rumahnya.

"Papa kau beli kereta baru kot" kata Emily.

"Jadah apa papa kami beli kereta baru. Kereta ni mahal kot" balas Afieq.

"Mana lah tahu papa korang mampu beli kereta ni"

"Ke kita salah rumah?" Afieq memandang Sofia.

"Apa pulak salah rumah. Betul lah ni rumah papa dengan mama. Dah jom masuk" kata Sofia lalu berjalan ke arah pintu. Diikuti dengan Emily dan Afieq.

Tiba di hadapan pintu, Sofia mengetuk pintu.

Pintu dibuka, muncullah wajah Puan Atiqah.

"Mama!" Sofia terus memeluk Puan Atiqah.

"Astaghfirullah! Terkejut mama"

Sofia melepaskan pelukannya.

"Hehe sorry ma"

"Assalamualaikum, aunty" Emily menyalam tangan Puan Atiqah.

"Eh Emy, waalaikumussalam"

"Ma, Emy tidur sini eh?" kata Sofia.

"Ouh boleh je"

"Terima kasih, aunty" Emily tersenyum.

"Ya sama-sama"

Puan Atiqah memandang Afieq.

"Ha Fiq! Mama ingatkan kamu tak balik"

"Apa pulak tak balik. Fiq rindu tau dekat rumah ni" kata Afieq lalu menyalam tangan Puan Atiqah.

"Baguslah kamu dah balik. Ada tetamu. Mari lah masuk"

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah lalu mengikuti Puan Atiqah ke ruang tamu.

Tiba di ruang tamu, Sofia ternampak Encik Ammar sedang berborak dengan keluarga Fitri iaitu Aunty Nia, Uncle Izam, Syazliana dan Hakim.

"Assalamualaikum, hai aunty Nia" Sofia menyalam tangan Aunty Nia.

"Assalamualaikum. Puteri! Lama tak jumpa"

Sofia, Emily dan Afieq menyalam tangan tetamu yang ada.

"Ha Fiq. Duduk" kata Encik Ammar.

Afieq duduk di sebelah Encik Ammar. Sofia dan Emily duduk di sebelah Puan Atiqah.

"Ada apa ramai-ramai ni?" tanya Afieq.

"Fiq, sebenarnya papa panggil keluarga Uncle Izam datang sini sebab nak bincang sesuatu" jawab Encik Ammar.

"Bincang apa?"

"Kami nak adakan pertunangan kamu dengan Lily pada hujung minggu ni" balas Uncle Izam.

"Ha! Bertunang?!"

"Yelah. Kenapa nak terkejut pulak ni?" kata Puan Atiqah.

"Yeahh abang dah nak bertunang!" kata Sofia.

"Kenapa awal sangat?" tanya Afieq.

"Benda yang elok, elok dipercepatkan. Jadi, Fiq tak boleh balik Los Angeles sebelum hari pertunangan tu" kata Encik Ammar.

"Tak boleh balik Los Angeles? Seriously pa?"

"Ye, seriouslah"

"Hm yelah-yelah"

"Fiq setuju?" Uncle Izam memandang Afieq.

"Ya Fiq setuju" Afieq menganggukkan kepalanya.

"Yeahh yeahh. Abang nak bertunang. Wuhuu" Sofia bersorak.

"Liya jangan nak suka sangat eh. Kamu pun bertunang sekali pada hari pertunangan abang" kata Encik Ammar.

"Apa?! Bertunang?"

"Hahaha padan muka kau" kata Afieq.

"Liya muda lagi lah pa"

"Tunang waktu muda lah bagus" jawab Puan Atiqah.

"Seriously Liya kena bertunang sekali?"

Encik Ammar dan Puan Atiqah mengangguk.

"Dengan siapa?" soal Sofia.

"Eeh boleh pulak dia tanya dengan siapa. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Syad" kata Puan Atiqah.

Sofia terkaku.

"Mama dengan papa ni biar betul?"

"Betul lah. Takkan lah mama dengan papa nak tipu dengan perkara macam ni" kata Puan Atiqah.

"Syad tahu?"

"Kamu ajak dia datang malam ni. Kita bincang"

"Ok, nak ajak Arqi sekali boleh?"

"Siapa Arqi?" tanya Encik Ammar.

"Adik Syad"

"Ouhh boleh"

"Liya masuk bilik dulu eh. Jom Emy" ajak Sofia.

Mereka berdua pun menuju ke bilik Sofia.

***

"Tahniah lah beb"

"Aku takut lah" kata Sofia.

"Kau nak takut apa? Bertunang je. Bukan kahwin" balas Emily.

"Memang lah. Tapi aku takut kalau jadi apa-apa"

"Tenang je. Inshaallah tak ada apa-apa"

"Kau rasa Syad nak ke?" tanya Sofia.

"Ya Allah. Soalan apa kau bagi ni? Dah tentulah Syad nak. Kau kan awek dia. Takkan lah dia nak tolak"

"Mana lah tahu dia tak nak dulu sebab dia kan kena uruskan syarikat arwah daddy dia dekat Jepun"

"Dah tu, kau pikir dia tak boleh nak bertunang ke?"

"Tapi.."

"Sofia! Listen. Kau kena fikir positif. Jangan fikir macam-macam. Benda yang baik, kita perlu berfikir positif. Aku percaya yang dia akan terima" Emily memotong percakapan Sofia.

Sofia terdiam. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya. Dia memandang Emily.

"Thanks, Emy sebab bagi aku semangat"

"Ya welcome. Kau kan kawan aku"

Sofia tersenyum.

*****

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now