#36 ; Kena Tengking 👑

2.7K 141 0
                                    

Tanpa mengetuk pintu , mereka meredah masuk ke dalam bilik wad Sofia.

"Ha Naz! Apa kau buat berdua dalam ni?" kata Iqmal lalu berjalan menghampiri Nazri.

"Buat apa? Aku just teman dia je" balas Nazri.

"Weh Naz , kau nak tahu tak? Perangai Irsyad dah berubah weh. Dia tak kenal kami" kata Aidil.

"Memang lah dia tak kenal korang. Sebabnya.." belum sempat Nazri mahu menghabiskan ayatnya , percakapannya dipotong oleh Syukri.

"Syad amnesia"

Semua mata memandang ke arah Syukri.

"Amnesia? Mana kau tahu?" soal Adam.

"Well, dia kan doktor muda. Memang lah dia tahu" Amirul menjawab.

Syukri tersengih.

"Siapa je yang Syad ingat?" Adam memandang Sofia.

"Just his family"

"Dia tahu tentang kematian ayah dia?" soal Amirul.

Sofia menggelengkan kepalanya.

"Aku pergi tengok Syad kejap" Nazri mula bangun dari duduknya.

"Jangan wehh. Nanti kau kena marah dengan Syad!" halang Iqmal.

"Arh! Kesah apa aku. Aku nak jumpa dia kejap" Nazri sudah pun berlalu keluar dari bilik wad Sofia.

"Aku harap kau tabah dengan semua dugaan ni" kata Adam pada Sofia.

Sofia hanya mendiamkan diri.

***

Nazri mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik wad Irsyad.

"Seorang lagi orang asing yang tidak dikenali"

Nazri memandang Irsyad yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam.

Nazri hanya tersenyum lalu berjalan ke arah Irsyad.

"Hai Syad"

'Kenapa semua panggil aku Syad? Nama aku ke tu?'

"Er, hai. Kau siapa?" tanya Irsyad.

Nazri berdiri di sebelah katilnya.

"Aku Nazri. Kawan baik kau" jawab Nazri.

"Nazri? Bila kita jadi kawan?"

"Dah lama Syad. Dari darjah satu kita kawan rapat" kata Nazri.

"Darjah satu?" Irsyad terdiam.

"Kalau kau tak ingat, tak apa. Aku tak paksa. Aku tahu kau tengah sakit. Tapi please , jangan bersikap kasar dengan kawan-kawan yang lain"

"Diorang tu kawan rapat aku jugak ke?" soal Irsyad.

Nazri mengangguk.

'Kawan aku? Tapi kenapa aku tak kenal?'

"Syad, siapa je yang kau ingat?"

"Em, adik aku" jawab Irsyad.

"Hmm, your parents?"

Irsyad terdiam.

Tiba-tiba bayangan kereta terbalik muncul dalam fikirannya , begitu juga bayangan seorang wanita yang lehernya dikelar oleh seorang perempuan yang dia tidak kenali.

"Argh!" kepalanya pening.

Nazri terkejut.

"Syad? Are you okay?"

"Kepala aku.. Erghh.. Ni semua salah kau! Lebih baik kau keluar dari bilik ni! Aku benci tengok muka kau! Keluar!!" Irsyad menjerit sambil memegang kepalanya.

"Syad.. Aku minta maaf"

"Aku kata keluar! Jangan muncul lagi depan aku! Kau dengan perempuan tuh sama je! Berambus!" jerkah Irsyad.

'Perempuan? Siapa?'

"Keluar lah!"

Dengan rasa berat hatinya, Nazri melangkah keluar dari bilik wad Irsyad dan masuk semula ke dalam bilik wad Sofia.

"Best kena tengking?" Iqmal mengangkat-angkat keningnya.

"Best sangat" Nazri buat roll eyes.

Nazri berdiri di sebelah Sofia.

"Syad ada kata dekat kau apa-apa tak?" tanya Nazri.

"Kata apa?"

"Kata yang dia benci tengok muka kau ke?"

Sofia tersentak.

"Er, a.. ada. Kenapa?" kata Sofia sedikit gagap.

Tak tahu lah kenapa dia ni asyik gagap je bila sampai Jepun. Haih.

"Tak ada apa-apa. Just tanya je"

Lalu, Nazri pun mendiamkan diri.

*****

Bersambung..

Hello readers² sekalian ,

How are you today ?

Fine or not fine ?

Em , ade tak kat sini yang nk tahu pasal Muaz ?

Yng nk tahu tu , komen je.

Yang tak nak tahu , boleh main jauh².

Ada ke tak ye ?

Klau ada , komen lah.

Klau tk de , alhamdulillah .

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now