#41 ; Dessert 👑

2.7K 142 8
                                    

Sofia melangkah masuk ke dalam bilik wadnya.

"Kau pergi mana tadi?"

Terkejut Sofia dibuatnya.

"Hish kau ni! Terkejut aku"

Afieq hanya membuat muka annoyingnya.

"Kau pergi mana tadi?" soalnya buat kali yang kedua.

"Pergi tengok Syad lah"

"Buat apa tengok dia? Dia bukan pun ingat kau" kata Afieq.

"Memang lah. Tadi dia pengsan, aku tolong lah bangunkan dia" Sofia sudah pun duduk di atas katilnya.

"Wehh, aku lapar lah. Pihak hospital ni tak sediakan makanan ke? Ish, aku saman hospital ni kang" kata Afieq.

"Eh suka hati kau je nak saman hospital ni. Diorang sediakan makanan untuk pesakit jer. Kau bukan pesakit, kau tu pelawat. So kalau nak makan, pergi turun bawah beli makanan"

"Ish malas lah nak turun. Tapi aku lapar" Afieq memegang perutnya.

"Dah tu, pergi je lah turun bawah!"

"Tak nak. Nanti ada orang serbu aku" Afieq menggelengkan kepalanya.

"Lantak kau lah, Fiq. Lantak kau" Sofia sudah malas mahu melayan perangai abangnya.

"Huh, tak apa lah. Disebabkan aku kelaparan macam orang nak mati, aku pergi turun lah" Afieq mula bangun dari duduknya.

Dia melangkah ke pintu. Sebelum itu, dia berpaling menghadap Sofia.

"Kau nak pesan apa-apa tak?" tanyanya.

"Tak nak"

"Bagus! Tak perlu lah aku belikan untuk kau. Hahaha" Afieq terus keluar.

Sofia membuat roll eyes.

Tiba-tiba pintunya diketuk.

'Eh, sejak bila abang aku ni sopan sampai nak masuk pun ketuk pintu? Selalunya main redah je'

Pintu dibuka dan muncullah wajah seorang jejaka.

"Hai Yana" Nazri tersenyum.

'Laa Naz rupanya'

"Hai, masuk lah"

Nazri melangkah masuk ke dalam sambil membawa sebungkus plastik.

Dia meletakkan plastik itu di atas meja.

"Apa kau bawak tu?" soal Sofia.

"Aku bawak dessert untuk kau"

"Dessert apa?"

"Your favourite" jawab Nazri.

"Cheese cake?" mata Sofia bersinar.

Nazri mengangguk.

"Wahh, thank you Naz"

"Welcome"

Mata Nazri tertacap pada bungkusan plastik yang lain.

"Apa ni?" soal Nazri sambil menunjukkan bungkusan plastik itu.

"Tu coklat. Abang aku yang bagi" balas Sofia.

"Fiq? Dia datang sini?"

"Yelah. Kau tak perasan dia ke? Dia baru je keluar nak beli makanan untuk dia"

"Ouh, aku tak perasan pulak" Nazri duduk di sebelah katil Sofia.

"Mana yang lain?"

"Diorang dah balik ke tempat asal masing-masing. Aku dengan Adam je belum bertolak"

"Mana Adam?" tanyanya lagi.

"Entah. Kejap lagi dia sampai kot"

"Em, kau ponteng kelas ehh?"

"Eh mana ada! Aku dah bagi tahu sir Aiman lah yang aku ada emergency dekat sini" balas Nazri.

"Rul dah tahu?"

Nazri menggeleng.

"Bila kau boleh keluar dari sini?" soal Nazri.

"Esok. Tapi Syad, aku tak tahu bila"

"Hm, Syad ok?"

Sofia menjongketkan bahunya.

"Perangai dingin dia dah kembali"

"Stay strong, dear"

Sofia hanya mendiamkan diri.

"Kau bagi lah cheese cake ni dekat Syad. Dia tak makan lagi" kata Sofia.

"Kau? Tak nak makan ke?"

"Tak apa. Aku masih ada coklat ni" Sofia tersenyum.

"Sure?"

Sofia mengangguk.

"Ok. Aku pergi wad dia kejap"

"Haaa , buat apa berdua dekat sini?" sergah Afieq.

Terkejut mereka berdua.

"Fiq! Tak reti nak bagi salam ke ha?!" marah Sofia.

Afieq buat muka innocent.

"Apa kau buat dekat sini? Dan bila kau sampai sini?" Afieq memandang Nazri.

"Aku datang nak tengok Syad dengan Yana. Aku sampai sini semalam" jawab Nazri.

"Kau ada bawakkan makanan untuk adik aku? Aku tak belikan dia makanan ni"

"Ada. Tapi dia tak nak"

"Kenapa kau tak nak? Nanti sakit, padan muka kau" kata Afieq pada Sofia.

"Suka hati aku lah! Aku suruh Naz bagi makanan tu dekat Irsyad"

"Kenapa bagi budak tu pulak?"

"Sebab dia tak makan lagi" balas Sofia.

"Habis kau tu? Tak makan lagi jugak kan?"

"Dia lagi penting. Aku tak nak dia sakit lagi!"

"Kau? Kau nak sakit? Come on lah, cuba lah sesekali jadi selfie"

"Selfish lah ngok!!" kata Sofia dan Nazri.

"Duduk dekat Los Angeles. Tapi tak pandai cakap english" kata Sofia.

"Eh, aku pandai cakap english lah" balas Afieq.

"Cuba cakap english" Nazri memandang Afieq.

"ENGLISH"

Dan suasana pun *krik-krik*

*****

Bersambung...

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now