#5 ; Natasya Muncul 👑

3.6K 190 1
                                    

Irsyad fokus menatap skrin laptopnya. Sejak dia memegang jawatan sebagai CEO di syarikat ayahnya, dia semakin sibuk dalam menguruskan syarikat itu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabatnya tiba-tiba diketuk.

"Masuk!" jeritnya lantang.

Seorang perempuan yang agak cantik masuk ke dalam pejabatnya dengan gaya jalannya yang sungguh gedik.

"Hai Ziq"

Irsyad mengangkat kepalanya memandang perempuan di hadapannya.

Terkedu. Tersentak. Terkejut.

"Natasya?"

Natasya tersenyum sinis.

"You masih ingat lagi dekat I?" Natasya mendekati kerusi Irsyad.

Irsyad hanya diam dan menjeling tajam.

"Dah tentu lah aku ingat kau. Tak mungkin aku lupakan kau"

"Auch! Sweetnya you ni" Natasya berdiri di sebelah Irsyad.

"Nak tahu sebab apa aku tak boleh lupakan muka kau? Sebab muka kau yang hodoh ni lah pembunuh mak aku!"

Natasya ketawa sinis.

"Nampaknya, you masih tak boleh lupakan hal yang dah lepas? Ouh, please lah Ziq. Just forget that"

"Tak! Aku tak akan pernah lupakan kejadian tu. Depan mata aku sendiri, kau bunuh mak aku" balas Irsyad.

"I am so sorry, Ziq. I terpaksa buat macam tu"

"Terpaksa? Kepala hotak mu terpaksa! Disebabkan kau, aku kehilangan mak aku tahu tak!" kesabaran Irsyad mula tipis.

"I mintak maaf. Please Ziq. Maaf kan I" rayu Natasya.

"Apa tujuan kau datang sini?"

"I nak you balik. Please, I rindukan you. 4 tahun I cari you"

"Sorry, hati aku dah tertutup untuk perempuan pembunuh macam kau" kata Irsyad.

"Tak kan you tak boleh nak maafkan I?"

"Aku tak akan pernah maafkan kau! So, kau boleh berambus dari office aku ni"

"Ziq, I nak you. Please, kita couple balik ye?"

"Aku kata tak nak, tak nak lah! Apa yang susah sangat dengan kau ni ha?!" bentak Irsyad.

"I rindukan you"

"Maaf, aku dah berpunya. Aku sayang sangat dekat kekasih baru aku tu. Dia dah berjaya buka pintu hati aku setelah lama aku tutupnya. So, kau jangan berani nak kacau relay aku" kata Irsyad dengan amaran keras.

Natasya terdiam. Hatinya terasa sakit saat mendapat tahu bahawa Irsyad sudah berpunya.

"You.. Dah berpunya?"

Irsyad mengangguk.

"Siapa perempuan tu?" tanya Natasya.

"Kau tak perlu tahu"

"Siapa perempuan tu?! I nak tahu!"

"Kau jangan nak menyebok dalam hal aku! Sekarang ni, baik kau berambus sebelum penumbuk berpadu aku ni melekat dekat muka kau yang hodoh tu"

Natasya mendengus geram. Dia memandang Irsyad dengan tajam.

"You wait and see, Ziq" Natasya tersenyum sinis dan berlalu keluar.

Irsyad mengeluh. Dia meraup kasar wajahnya.

"Bodoh!" Irsyad menghentak mejanya dengan kuat.

Nampak gayanya, Irsyad dah terikut-ikut perangai panas baran Adam.

Ish, ish, ish.

'Ya Allah, kau selamatkan lah Yana dan juga keluarga ku dari ancaman bahaya Natasya, si perempuan gila tu'

Hatinya benar-benar berasa sangat risau.

Risau tentang apa yang akan dilakukan oleh Natasya.

Irsyad duduk di atas sofa yang terdapat di dalam officenya. Dia memejamkan mata lalu memicit dahinya.

Sejak munculnya Natasya, pelbagai masalah yang harus dia selesaikan.

***********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now