#4 ; Model ? 👑

3.6K 195 3
                                    

"Wahh"

"Kenapa wah? Kau kenal abang aku ke?" tanya Sofia.

"Kenal lah. Abang kau kan model terkenal dekat Los Angeles"

"What?! Model?!" Sofia pula menjerit.

"Ish, ish, ish. Apa punya adik lah kau ni. Abang sendiri pun tak tahu ke kerja apa?"

"Serious lah abang aku tu model?"

"Ye, kalau tak percaya, kau stalk lah insta abang kau. Follower dia dah naik tahu sejak dia jadi model ni. Dah nak dekat 500k" kata Hairul.

"Aku tak tahu pulak abang aku tu model. Hari tu aku tanya dia ambik jurusan apa, dia kata dia ambik jurusan engineer"

"Dia tipu kau lah tu"

Sofia terdiam seketika.

'Tak guna punya abang! Sampai hati dia tipu aku'

"Hoi! Asal kau diam ni? Terkejut ke?"

"Tak ada apa-apa lah. Aku nak balik bilik dulu. Bye. Jumpa nanti" Sofia bangun dari duduknya.

"Hey, nak aku teman kan tak? Dah malam ni"

"Tak apa. Tak kan kau nak masuk hostel perempuan pulak. K lah, aku pergi dulu" Sofia terus berlalu.

Hairul hanya memandang.

***

Arsyad mengeluh. Dia melangkah ke arah Dato' Irfan.

"Dad, I want to talk with you. Just a minute"

"Okay, sure"

Mereka duduk di bangku yang terletak di beranda rumah mereka.

"Apa yang Qi nak cakap?" soal Dato' Irfan.

"Qi nak cakap pasal abang"

"Kenapa dengan abang?"

"Abang tak nak Natasya jadi PA dia" kata Arsyad.

"Kenapa pula? Natasya tu bagus budaknya. Hanya dia saja yang kita boleh harapkan untuk uruskan syarikat" balas Dato' Irfan.

"Tak kan tak ada orang lain, dad?"

Dato' Irfan merenung ke dalam anak mata Arsyad.

"Nope. Keputusan daddy muktamad. Daddy akan ambil Natasya jadi PA abang. So, Qi jangan nak menyebok dalam urusan syarikat. Qi tahun ni nak SPM. Fokuskan pelajaran tu"

"Tapi abang.."

"Tak ada tapi-tapi. Qi tak payah fikir pasal abang tu. Nanti dia akan terima jugak. Sekarang ni Qi kena fikir pasal pelajaran saja. Faham?" Dato' Irfan memotong percakapan Arsyad.

Arsyad mengeluh kemudian dia mengangguk perlahan.

"Tak apa lah, dad. Qi masuk dalam dulu" Arsyad bangun kemudian berlalu pergi.

***

Sofia berjalan seorang diri di dalam kegelapan malam.

Dia memeluk tubuhnya dengan erat.

"Sofia.."

Sofia berhenti melangkah. Dia melihat sekeliling.

Tiada orang.

"Wey Sofia"

Dia melihat sekeliling lagi. Masih tiada orang.

'Siapa pulak yang sebut nama aku ni. Seram weh'

"Sofia, aku dekat tepi kau ni"

Sofia menoleh ke tepi.

"Cakk!"

"Arhh!" Sofia menjerit lalu menutup matanya.

"Wey, jangan lah takut"

"Kau siapa?" tanya Sofia sambil matanya masih tertutup.

"Kau dah tak kenal aku ke?"

"Siapa kau? Aku kenal kau ke?"

"Cuba bukak mata kau tu. Nanti kau tahu lah"

Sofia membuka matanya perlahan-lahan.

"Haii"

"Fi.. Fitri?"

"Ye, aku lah ni. Ingat jugak kau dekat aku ye"

"Apa kau buat dekat sini?" tanya Sofia.

"Aku ikut kau lah"

"Sejak bila kau ikut aku?"

"Sejak awal lagi kau datang sini" balas Fitri.

"Kenapa kau ikut aku sampai sini?"

"Aku bosan lah. Kau tak ada dekat Malaysia, sebab tu lah aku ikut kau sampai Korea ni"

"Ish kau ni. Pergi lah balik dekat alam kau" kata Sofia.

"Tak nak" jawab Fitri selamba.

"Haih, dari dulu sampai lah kau dah mati sekarang ni, perangai kau tetap degil"

"Aku nak sentiasa di sisi kau"

"Hish, yelah. Aku nak balik bilik ni. Kau jangan ikut pulak" balas Sofia.

"Yelah. Aku pergi dulu. Nanti aku muncul balik. Bye!" Fitri terus menghilang.

Dari jauh, ada yang memerhati.

"Dia cakap dengan siapa tu? Tak kan dia cakap sorang-sorang?"

********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now