#23 ; Tolong 👑

2.9K 135 4
                                    

Natasya duduk di dalam cafe. Dia menghirup jus tembikainya sambil matanya melihat setiap gambar mesra Irsyad bersama Sofia.

Hatinya panas melihat senyuman Irsyad bersama gadis yang dicintainya selepas dirinya.

Sesekali Natasya tersenyum sinis melihat kegembiraan mereka.

"Hai! Sorry lambat" seorang perempuan duduk di hadapannya.

Natasya berhenti menghirup jus tembikainya lalu memandang perempuan itu.

"Lambat giler kau datang. Sejam aku tunggu kau tahu tak!"

"Hehe, sorry lah babe. Aku ada hal tadi" kata Nadia , kawan Natasya.

Natasya tidak membalas. Matanya masih tertumpu pada gambar Irsyad dan Sofia.

Buat apa ntah dia tengok gambar tu lagi -_-

"Kau tengok apa?" soal Nadia.

"Kau ingat lagi dekat Haziq?" Natasya tidak menjawab pertanyaan Nadia. Sebaliknya, dia yang bertanyakan soalan pada Nadia.

"Haziq? Hm?" Nadia memegang dagunya seolah-olah hendak mengingati orang yang bernama Haziq ini.

"Haziq mana ni eh?" Nadia memandang wajah Natasya.

Natasya mendengus kasar.

"Berapa banyak Haziq yang kau kenal?"

"Hm, tak ada lah banyak sangat. Yang aku kenal pun, boyfriend aku, Mohd Haziq. Tapi tak kan lah kau nak cerita pasal boyfriend aku pulak kan?"

"Huh, memang tak lah aku nak cerita pasal boyfriend kau. Selain dari dia, siapa lagi yang kau kenal?" tanya Natasya.

"Hm, Haziq putera band"

Natasya memandang Nadia dengan tajam.

"Kau ingat aku nak cerita pasal Haziq putera band ke?"

Nadia mengangkat bahunya.

"Mana lah tahu kau nak cerita yang Haziq putera band tu dah jadi boyfriend kau" kata Nadia.

"Eii, minah ni. Aku tampar jugak kang! Aku bukan nak cerita pasal dia lah!"

"Dah tu? Haziq mana pulak ni?" Nadia menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Haih, ingat lagi Irsyad Haziq Dato' Irfan?"

Nadia terdiam sebentar sambil cuba untuk mengingatinya kembali.

"Ouhhh, Haziq ex kau dulu eh?"

"Haa, ingat pun kau. Susah betul bual dengan orang tua nyanyok ni" Natasya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Eh, suka hati kau je kata aku ni orang tua nyanyok!"

"Whatever lah!"

"So, apa cerita dengan mamat tuh? Masih dingin lagi?" Nadia mengangkat-angkat sebelah keningnya.

"Tak. Dia dah berubah"

"Seriously? Mana kau tahu?"

"Dia dah balik sini" jawab Natasya.

"Ouh, so macam mana dia sekarang nih? Masih single or dah dapat cari pengganti kau?" tanya Nadia.

"Dia dah ada kekasih baru. Tapi kekasih dia tinggal dekat Malaysia"

"Serious lah? Siapa nama kekasih dia?"

"Puteri Aliyanna Sofia. Kau kenal kan?" Natasya memandang Nadia dengan senyuman sinis.

Nadia kelihatan terkejut.

"What? Dia bercinta dengan budak tuh?" soal Nadia tidak percaya.

"Ye. Kau tengok lah ni" Natasya menunjukkan gambar Irsyad bersama Sofia pada Nadia.

Nadia melihat gambar itu.

"Hamboi, mesranya. Macam mana budak nih boleh ubah hidup Haziq?"

"Mana lah aku tahu. Aku panggil kau datang jumpa aku ni pun bersebab tahu" kata Natasya.

"Bersebab? Sebab apa?"

"Aku nak kau balik Malaysia"

"What? Buat apa aku nak balik Malaysia?" soal Nadia.

"Aku nak kau jumpa Sofia. Kau rapat dengan dia dan korek segala rahsia dia dengan Haziq. Kalau boleh, aku nak kau rapat dengan Haziq sekali"

Nadia kelihatan ragu-ragu.

"Seriously kau nak suruh aku balik Malaysia? Buat apa nak korek rahsia diorang?"

"Aku nak tahu je! Nanti senang lah aku nak rampas Haziq dari dia" kata Natasya.

"Hish kau nih, tak baik lah rosakkan hubungan orang" balas Nadia.

"Kesah apa aku. Aku just nak dapatkan Haziq semula"

"Untuk apa dapatkan dia semula? Untuk rampas harta bapak dia?"

Natasya mengangguk.

"Kau ni tak ada kerja lain ke? Berdosa tahu tak buat kerja nih" kata Nadia.

"Hish kau ni. Aku just suruh kau korek rahsia diorang dari Sofia je. Bukan suruh buat kerja jahat pun"

"Ish, yelah-yelah. Aku tolong buat benda ni je. Yang lain, aku tak nak masuk campur!"

"Ye, lagipun kan, Sofia tu kan sepupu kau"

Natasya tersenyum sinis.

*****

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now