#32 ; Kemalangan 👑

2.7K 135 1
                                    

Dari jauh sepasang mata memerhati gelagat Sofia bersama keluarga Irsyad.

"Kau dah uruskan kereta tu?"

"Dah boss"

"Bagus" dia tersenyum sinis.

'Maaf kan aku kalau ada yang maut'

***

Mereka berjalan ke arah kereta Dato' Irfan.

"Dad yang drive ke?" tanya Irsyad.

Dato' Irfan mengangguk.

"Mana driver?"

"Cuti. Dia balik Malaysia sebab mak dia sakit" jawab Arsyad.

"Ha Qi. Kau duduk depan. Jangan nak mengada duduk belakang" kata Irsyad.

"Ala, abang lah duduk depan. Bagi lah Qi bermesra dengan kak Sofia"

"Banyak arh kau! Tak payah nak gedik sangat"

"Biar lah dia duduk sebelah aku. Dengan adik kau sendiri tak kan lah nak jeles jugak" balas Sofia.

"Huu, kak Sofia back-up adik" Arsyad menjelirkan lidahnya.

Irsyad memandangnya dengan tajam.

"Ok fine!" Irsyad terus duduk di bahagian hadapan.

Sofia hanya tersenyum.

Mereka pun masuk ke dalam kereta.

"Keluarga Sofia sihat?" tanya Dato' Irfan.

"Alhamdulillah, sihat. Mereka kirim salam"

"Waalaikumussalam"

"Akak ada berapa adik-beradik?" soal Arsyad.

"Dua orang je. Akak anak bongsu" jawab Sofia.

"Siapa anak sulung? Abang ke kakak?"

"Abang. Nama dia Putera Afieq Safwan"

"Putera Fiq? Seriously?" Arsyad kelihatan terkejut.

Sofia mengangguk.

"Akak ni adik kepada model terkenal tu ke?"

"Iye"

"Wah, akak. Jom selfie"

"Jom!"

Arsyad mengeluarkan iphone 4 nya dari kocek seluarnya lalu mereka pun berselfie.

Irsyad di hadapan hanya mendiamkan diri.

"Syad" panggil Dato' Irfan.

Irsyad memandang Dato' Irfan.

"Ye dad"

"Daddy ucapkan tahniah pada kamu. Syad pandai memilih pasangan. Daddy harap Syad bahagia ye" kata Dato' Irfan.

"In sha allah, dad"

"Nanti kalau dah kahwin, jaga dia baik-baik ye. Beri nafkah pada dia. Jangan abaikan dia dan jangan curang dengan dia. Dia sesuai untuk Syad. Bahagiakan dia dan bimbing dia ke jalan yang benar" pesan Dato' Irfan.

"Baiklah, daddy"

"Ingat ni Syad. Setiap alam perkahwinan akan ada masalahnya. Jika ada masalah yang berlaku di rumah tangga Syad, tolong lah berbincang elok-elok dengan dia. Jangan buat keputusan yang terburu-buru. Ingat tu Syad"

"Baik dad. Syad akan ingat pesanan daddy"

"Daddy sayang Syad dengan Qi. Daddy just nak yang terbaik untuk korang. Hanya korang yang daddy ada"

Irsyad hanya terdiam.

"Sofia" Dato' Irfan memanggil Sofia pula.

"Ye daddy"

"Jaga Syad baik-baik. Dah kahwin nanti, patuh arahan suami. Jangan derhaka pada suami. Sentiasa meminta izin jika hendak keluar"

"Baiklah daddy"

"Kamu lah yang terbaik untuk dia. Jangan kecewakan dia" kata Dato' Irfan sambil matanya masih fokus memandu.

"In sha allah"

Tiba-tiba kereta mereka bergegar kuat. Mereka berempat terkejut.

"Dad! Kenapa nih?" soal Arsyad.

"Tak tahu"

Dato' Irfan mahu membrekkan keretanya. Malangnya brek tak berfungsi.

"Tak boleh nak brek!"

Kereta mereka hilang kawalan. Kereta mereka termasuk jalan yang bertentangan. Kereta itu merempuh sebuah kereta Hillux yang lalu di situ.

"Arghhh!!!" kereta mereka tergolek-golek ke penghadang jalan.

Kepala Irsyad terhantuk di dashboard manakala kepala Dato' Irfan terhantuk di stereng dengan kuat. Arsyad dan Sofia tersepit di belakang.

Malangnya Dato' Irfan terkena serpihan kaca yang pecah dengan banyak. Banyak darah keluar dari kepala dan badannya. Irsyad di sebelah sudah pun pengsan. Arsyad dan Sofia menahan kesakitan akibat tersepit.

Beberapa minit kemudian, ambulans pun tiba. Pihak ambulans dan juga orang ramai membantu mengeluarkan mereka.

Seorang perempuan yang menyaksikan kemalangan itu hanya tersenyum sinis.

Siapa sangka, detik gembira pertemuan mereka bertukar kemalangan yang tragis.

*****

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now