#67 ; Mandi Kolam 👑

2.7K 127 1
                                    

"Assalamualaikum!" Arsyad memberi salam.

"Waalaikumussalam" Ain membuka pintu rumah untuk Arsyad.

"Selamat pulang, Qi" Ain memberikan senyuman manis.

Arsyad membalas senyuman Ain lalu masuk ke dalam rumah. Dia berjalan ke arah ruang tamu. Sungguh sunyi.

"Eh. Mana diorang bertiga ni?" tanya Arsyad sendirian.

Arsyad berjalan naik ke tingkat atas. Tiba di tingkat kedua, dia bertembung dengan Afieq yang mahu turun ke tingkat bawah.

"Baru balik sekolah ke?" tanya Afieq.

"Eh tak lah. Baru nak pergi sekolah"

Seperti biasa, Afieq membuat muka annoying.

Arsyad ketawa.

"Mana kak Sofia dengan abang Syad?"

"Tengah berdating dekat tepi kolam" jawab Afieq.

"Dating? Seriously?" Arsyad kelihatan terkejut.

"Seriouslah. Kau nak terkejut buat apa? Kan diorang memang dah biasa dating"

"Qi bukan terkejut diorang berdua dating. Qi just terkejut yang abang tu boleh layan akak dengan baik. Siap berdating lagi. Abang dah ingat kak Sofia ke?"

"Tak tahu. Pergilah tanya dia" kata Afieq.

"Hm. Ok bye"

"Bye nak ke mana?" tanya Afieq.

"Ke kolam lah. Nak kacau" Arsyad tersengih.

"Ouh. Ha pergilah"

Arsyad terus berlalu ke tingkat bawah. Dia berjalan ke arah belakang rumah. Tiba di kolam renang, Arsyad ternampak Irsyad dan Sofia sedang bergelak ketawa. Dia tersenyum.

"Dah lama tak nampak abang ketawa macam tu. Terima kasih ya kak Sofia sebab dah buka pintu hati abang" kata Arsyad sendirian.

Dia berjalan ke arah mereka berdua.

"Abang! Akak!"

Irsyad dan Sofia tersentak. Dia menoleh ke belakang.

"Qi! Bila balik?" soal Sofia.

"Baru je. Amboi, seronok betul berdua. Dari jauh lagi dah nampak" kata Arsyad sambil tersengih.

Sofia turut tersengih. Irsyad memandang Arsyad.

"Buat apa dekat sini? Menyemak je" kata Irsyad.

"Saja kacau" balas Arsyad lalu duduk di sebelah kiri Sofia.

"Sibuk je kacau"

"Biarlah dia. Dia bukan buat apa-apa pun" kata Sofia.

"Huu, akak back-up Qi" Arsyad menjelirkan lidahnya pada Irsyad.

Irsyad menjeling.

"Ha akak. Petang nanti kawan-kawan Qi nak datang sini" kata Arsyad pada Sofia.

"Buat apa datang sini?" celah Irsyad.

"Diorang nak jumpa Putera Fiq dan Puteri Liya"

"Siapa Putera Fiq dengan Puteri Liya tu?"

Arsyad dan Sofia berpandangan sesama sendiri. Kemudian Sofia memandang Irsyad.

"Yaziq.. Puteri Liya tu aku dan Putera Fiq tu abang aku" kata Sofia.

"Kenapa diorang nak jumpa kau?"

"Diorang minat abang Wan. Sebab tu lah Qi ajak diorang datang sini" balas Arsyad.

"Minat? Kau populor ke?" Irsyad memandang Sofia.

"Tak. Abang aku je populor"

"Tapi kak Sofia pun populor jugak" kata Arsyad.

"Tidak lah. Akak populor pun sebab akak ni awek kepada salah seorang ahli 7 Prince Hots" kata Sofia sambil menjeling kecil memandang Irsyad.

Arsyad tersenyum.

"Dah, berambus lah kau. Pergi mandi" Irsyad menghalau Arsyad.

"Jap. Selfie dulu"

"Arh tak payah. Nak selfie tu nanti-nanti je la" kata Irsyad.

"Huh, yelah" Arsyad bangun dari duduknya.

"Eh kejap" Arsyad memandang Irsyad.

"Apa lagi yang tak kena?" tanya Irsyad.

"Abang dah ingat eh siapa kak Sofia ni?"

"Dia tak ingat lagi. Tak nampak ke tadi dia tanya siapa Puteri Liya tu?" kata Sofia.

"Maksud Qi, abang tu dah ingat ke siapa kak Sofia dalam hidup abang?"

"Ouh. Entah" Sofia menjongketkan bahunya.

"Aku belum ingat lagi" kata Irsyad.

"Dah tu, mesra je Qi tengok"

"Suka hati aku lah nak bermesra ke apa. Sibuk apa hal?" Irsyad mengangkat sebelah keningnya sambil memandang Arsyad.

"Tanya je. Bluerk!" Arsyad menjelirkan lidahnya lalu pergi dari situ.

Irsyad menggelengkan kepalanya. Sofia pula hanya tersenyum melihat gelagat Arsyad.

"Dah lah, aku nak masuk dalam. Nak mandi" kata Sofia lalu bangun.

"Eii, tak mandi lagi"

"Eh kau. Macam lah kau tu dah mandi"

"Hehe. Mari kita mandi sama-sama" kata Irsyad lalu turut berdiri.

Sofia membulatkan matanya. Dia menjarakkan dirinya daripada Irsyad.

"Hoi! Gila ke apa nak mandi sama-sama. Tebiat eh?"

Irsyad memandang Sofia.

"Kau ingat aku nak masuk bilik air dengan kau ke ? Eii, tak ingin aku"

"Dah tu, kau kata tadi nak mandi sesama tu apa hal?" kata Sofia.

"Haih kau ni. Aku memang lah nak mandi sesama dengan kau, tapi bukan masuk bilik air sama-sama. Kita terjun kolam. Hahaha" balas Irsyad sambil gelak setan.

"Terjun kolam? Seriously? Aku tak pandai berenang"

"Dah, tak payah tipu aku. Aku sepak muka kau"

"Berani kau nak sepak? Dayus!"

"Whatever! Dah jom" kata Irsyad.

"Tak nakk" Sofia menggelengkan kepalanya.

"Kesah apa aku kau taknak" Irsyad menarik tangan Sofia lalu..

Dush!

Terjun ke dalam kolam renang.

"Yaziq!! Kenapa kau tarik aku sekali?" kata Sofia lalu mengelap mukanya.

"Dah kau degil sangat taknak masuk tu kenapa? Aku tarik lah kau"

"Eii, aku tampar jugak mamat ni"

"Meh, test tampar" Irsyad menunjukkan pipinya.

Sofia menjeling. Dia menyimbah air kolam itu pada muka Irsyad.

"Hambik kau! Jahat sangat kan?" Sofia menyimbah air itu pada muka Irsyad berkali-kali.

"Hoi budak! Berhenti lah!"

Sofia tidak berhenti. Dia meneruskan perbuatannya.

"Ouh main kasar ya. Siap kau!" Irsyad juga turut menyimbah air kolam pada muka Sofia.

Maka, mulalah perang simbah-simbah air pada muka. Dan mereka pun ketawa bahagia.

*****

The End..









Hahahaha , belum tamat lagi lah.

Masih panjang perjalanan hidup diorang.

Lekk 😂

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now