#57 ; Kawan Lama 👑

2.6K 119 1
                                    

Hazqi mengeluarkan iphone 4 nya lalu mendail nombor doktor Haziq.

Dia menghubungi doktor Haziq .

"Hello?"

"Hello. Abang Ziq, boleh datang rumah tak?"

"Boleh je. Kenapa?"

"Qi nak minta tolong abang. Abang datang je rumah. Nanti Qi bagi tahu" kata Arsyad.

"Ha ok. Nanti abang datang"

"Bawak peralatan perubatan abang Ziq sekali ya"

"Baiklah. Nak abang datang sekarang ke?"

"Ya datang sekarang"

"Ouh. Okay"

"Okay bye" Arsyad terus mematikan panggilan.

Dia memandang Sofia.

"Kejap lagi abang Ziq datang. Qi turun dulu ya"

Sofia hanya mengangguk. Arsyad berlalu keluar dari bilik Sofia dan turun ke tingkat bawah.

"Kau? Tak nak berambus?" tanya Sofia pada Fitri.

"Aku nak berambus ke mana? Korang bertiga dah ada dalam rumah ni. So, senang sikit kerja aku nak perhatikan korang"

"Pergi lah mana-mana pun. Asalkan bukan dalam bilik ni" kata Sofia.

"Kau dah tak suka aku datang tengok kau ke?" tanya Fitri.

"Bukan macam tu. Tapi tak manis lah kalau lelaki masuk dalam bilik perempuan"

"Tak manis apanya? Bukan pun diorang nampak aku masuk bilik kau"

Sofia membuat roll eyes.

"Lantak kau lah Fit"

Fitri hanya tersengih.

***

Arsyad melangkah ke ruang tamu. Kelihatan Afieq sedang menonton televisyen.

Budak ni tak de kerja lain ke selain tengok tv?

Arsyad mendekati Afieq. Matanya meliar mencari kelibat abangnya.

"Abang Wan! Abang Syad mana?" tanya Arsyad.

"Dah masuk bilik dia" jawab Afieq.

"Ouh" kata Arsyad lalu duduk di atas sofa bertentangan dengan Afieq.

"Bila abang Wan balik Los Angeles?" soal Arsyad.

"Tunggu sampai kak Sofia tu sembuh sepenuhnya lah"

"Tak apa ke tangguh pekerjaan tu lama-lama?"

"Ala tak apa. Ramai pengganti"

Arsyad hanya mengangguk.

"Kenapa tanya? Tak suka aku duduk rumah ni lama-lama ke?" Afieq memandang Arsyad.

"Ehh tidak lah. Qi saja tanya. Lagi pun Qi suka kalau akak dengan abang tinggal sini. Tak ada lah Qi kesunyian sangat" Arsyad tersenyum.

"Selama ni kau kesunyian lah?"

"Yaa, Qi kesunyian dekat rumah ni. Yelah, arwah daddy dulu selalu busy uruskan syarikat dia. Abang pulak dulu tak ada dekat rumah sebab tinggal dekat Malaysia"

"Sekarang ni kan abang kau dah balik sini"

"Memanglah. Tapi abang kena ambil alih untuk uruskan syarikat tuh. Jadi, dia tak ada masa nak luangkan masa bersama dengan Qi" kata Arsyad.

"Kau tak ada kawan ke?" tanya Afieq.

"Ada. Kadang-kadang kalau bosan, Qi pergi lepak dengan kawan lah"

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now