#44 ; Deep 👑

2.6K 132 9
                                    

Adam masuk ke dalam bilik wad Sofia.

"Hoi! Tak reti nak bagi salam ke sebelum masuk?"

Adam memandang Afieq.

"Eh Fiq? Sejak bila muncul dekat Jepun ni?" Adam berjalan mendekati Afieq.

"Semalam. Mana kawan kau yang lain?" tanya Afieq.

"Dah balik. Aku dengan Naz je belum nak bertolak"

"Kerja kau dekat office tu siapa yang jaga?"

"Kakak aku ada" jawab Adam.

Adam mendekati Sofia.

"Hai Yana. Dah okay?"

Sofia hanya menganggukkan kepala.

"Nah, aku ada bawakkan makanan. Aku nak bagi Syad sebenarnya, tapi Naz dah bagi. So, Naz suruh bagi makanan ni dekat kau" Adam menghulurkan plastik itu pada Sofia.

"Thanks" Sofia menyambutnya sambil tersenyum.

"Bila kau boleh keluar?" tanya Adam lalu mengambil kerusi dan duduk di sebelah katil Sofia.

"Esok"

"Kau nak tinggal dekat sini lagi ke atau nak terus pergi Korea?"

"Apa lah kau nih, dia kan sakit lagi. Biar je lah dia tinggal sini dulu sampai dia pulih" Afieq mencelah.

"Kalau tinggal dekat sini, dia nak duduk mana?"

"Rumah Irsyad lah"

"Tinggal dekat rumah Irsyad? Kau tahu tak, Irsyad dengan Arsyad je yang ada dekat rumah tu. Kalau ada ayah dia, tak apa lah" kata Adam.

"Dah tu, kau nak suruh dia duduk mana? Bawah jambatan? Biar aje lah dia duduk dekat rumah Irsyad dulu. Jangan risau, aku pun akan ada sama"

"Kerja kau macam mana?" soal Adam.

"Biar je lah kerja tu. Setakat jadi model nih, orang lain pun boleh gantikan" balas Afieq.

"Abang, pakaian adik macam mana?" tanya Sofia pada Afieq.

"Yang kau bawak tu mana?"

"Dah kotor, buruk, koyak, hancur semuanya lah"

"Tak apa. Nanti abang belikan baju baru"

"Seriously?!" mata Sofia bersinar-sinar.

"Serious"

"Yeayy, thanks"

"Welcome"

***

Arsyad melangkah ke bilik wad abangnya.

Tiba-tiba, ada seseorang menegurnya.

"Hazqi!"

Arsyad menoleh. Kelihatan Natasya dan Nadia menghampirinya.

'Aduh, perempuan ni lagi. Menyemak je datang sini'

"Abang okay?" tanya Natasya.

"Ok"

"Hazqi sihat?"

"Sihat. Kau nak apa datang sini?" soal Arsyad dingin.

Huu , dah ikut perangai abang dia.

"Aku datang nak tengok Haziq. Wad dia bilik nombor berapa?"

"Kau tak payah rajin sangat nak tengok abang aku. Abang aku tak perlukan kau untuk tengok dia" balas Arsyad.

"Aku nak tengok dia kejap. Sihat ke tak dia tuh"

"Dia sihat je. Sihat sangat. So, tak payah nak berpura-pura prihatin dekat abang aku"

"Tapi aku nak tengok dia" kata Natasya.

"Aku kata tak payah, tak payah lah! Baik kau berambus dari sini sebelum aku tarik rambut kau sampai jadi botak. Konon nak free hair. Rambut dah lah berkarat. Apa motif kau warna kan rambut? Allah dah elok bagi kau rambut warna hitam, kau pergi warnakan. Membazirkan duit je. Duit kalau dah banyak, gunakan untuk buat amal" bebel Arsyad.

Arsyad kalau membebel, memang power 👍🏻.

"Suka hati aku lah. Rambut aku, bukan rambut kau"

"Memang bukan rambut aku. Aku nak cakap sikit dengan kau nih. Buat apa nak nampak cantik di mata manusia sedangkan kau nampak buruk di mata Allah" Arsyad terus pergi meninggalkan mereka.

Natasya terkedu.

"Haa, padan muka kau. Kan dah kena ayat deep dengan budak tuh. Hahah, memang boek lah ayat dia. Sesuai sangat untuk kau" kata Nadia.

"Ish, bising lah kau. Mulut Hazqi tu memang puaka sangat lah! Bencinya!"

"Eh, mulut kau tu ha yang puaka"

Natasya memandang tajam ke arah Nadia.

Nadia tersengih.

*****

Bersambung..

Hello,

Maaf sebab part ni Muaz ada selitkan bab agama.

Sikit je, tak banyak pun.

Tiba-tiba nak jadi ustaz pulak.

Hohoho😂

7 Jejaka Hots [Book2]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora