#34 ; Amnesia 👑

2.7K 130 0
                                    

Sofia merenung wajah Irsyad.

"Yaziq.. Please wake up"

Air matanya mengalir mengharapkan agar Irsyad menyedarkan dirinya.

Arsyad masuk ke dalam bilik wad itu dengan wajah yang muram.

"Arqi, kenapa? Doktor cakap apa?" tanya Sofia.

Arsyad tidak menjawab. Dia mengambil kerusi lalu duduk di hadapan Sofia.

"Arqi! Why?"

Arsyad menggelengkan kepalanya.

"Tak ada yang serious. Doktor cakap bahu kiri akak patah. Buat sementara waktu ni, bahagian lengan kiri akak tak berfungsi" kata Arsyad.

Sofia terdiam.

"Berapa lama?"

"Dua bulan"

"Lagi? Pasal abang?" tanya Sofia lagi.

"Err, abang.." Arsyad ragu-ragu mahu berkata.

"Kenapa dengan abang?!" Sofia sudah hilang kesabarannya.

"Abang.."

"Argh! Sakitnya"

Sofia dan Arsyad segera berpaling ke arah Irsyad.

"Yaziq!"

"Abang!"

Mereka berdua mendekati Irsyad yang sudah sedarkan diri.

Irsyad memegang kepalanya. Dia memandang Sofia dan Arsyad.

Sofia memegang lengan Irsyad.

"Yaziq. Kau okay?"

Tangan Sofia ditepis kasar. Sofia terkejut. Begitu juga dengan Arsyad.

"Kau siapa?! Suka hati kau je sentuh aku!" jerkah Irsyad.

"Yaziq.. Kau tak ingat aku?"

"Akak, abang mengalami amnesia" kata Arsyad.

Sofia terkejut buat kali yang kedua.

"Yaziq.. Amnesia"

Arsyad mengangguk.

"Korang ni siapa? Aku dekat mana? Macam mana aku ada dekat sini?" soal Irsyad bertubi-tubi.

Arsyad dan Sofia berpandangan sesama sendiri.

"Abang. Ni adik. Abang tak ingat?" tanya Arsyad.

Irsyad merenung wajah Arsyad.

"Adik?"

Arsyad mengangguk.

"Arsyad Hazqi"

"Arsyad Hazqi? Em" Irsyad terdiam.

"Qi?" Irsyad memandang Arsyad.

Arsyad tersenyum lalu mengangguk.

"Perempuan ni siapa pulak? Kenapa dia ada dekat sini?" tanya Irsyad sambil memandang tajam ke arah Sofia.

Sofia hanya mendiamkan diri.

"Abang tak ingat kak Sofia?"

Irsyad memegang kepalanya.

"Aku tak ingat! Perempuan ni tak wujud dalam hidup aku!" bentak Irsyad.

Perangai dinginnya mula kembali.

"Yaziq.. Aku Puteri. Kau tak ingat aku ke?" Sofia memandang Irsyad dengan penuh pengharapan.

"Aku tak kenal kau lah! Kau tak pernah muncul dalam hidup aku! Aku tak pernah kenal muka kau! Baik kau berambus sekarang!" tengking Irsyad pada Sofia.

Bahu Sofia terhenjut sedikit akibat ditengking.

"Yaziq.."

"Kau diam! Berambus sekarang! Aku tak suka tengok muka kau!"

"Abang! Jangan lah layan akak macam ni" balas Arsyad.

"Dia tak ada kena mengena dalam hidup aku!"

"Tapi.."

"Arqi. Biarkan abang tuh. Dia amnesia. Dia tak ingat apa-apa kecuali Arqi" kata Sofia.

Arsyad memandang Sofia.

"Akak keluar dulu. Jaga abang ye" Sofia keluar dari bilik wad tuh dengan air matanya yang bertakung.

"Abang, abang ok?" soal Arsyad.

Irsyad memegang kepalanya apabila kepalanya terasa berdenyut.

"Sakit.."

"Abang baring lah dulu. Abang tak sihat lagi ni"

Irsyad kembali membaringkan badannya lalu memejamkan matanya.

***

Adam membuka televisyen lalu melihat berita.

"Satu kemalangan maut berlaku di negara Jepun. Kemalangan maut ini menyebabkan seorang pengusaha syarikat terbesar di Jepun iaitu Dato' Irfan bin Arifin maut di tempat kejadian. Tiga orang mangsa hanya mengalami kecederaan. Dipercayai dua daripada mangsa tersebut merupakan anak kepada pengusaha syarikat terbesar Jepun iaitu Irsyad Haziq, 18 dan Arsyad Hazqi, 17"

Adam tersentak.

"Irsyad.."

"Dipercayai seorang lagi mangsa adalah Puteri Aliyanna Sofia adik kepada model terkenal Los Angeles. Tiga mangsa ini ditempatkan di hospital besar Jepun"

"Ya allah. Irsyad , Yana"

Adam segera mengeluarkan iphonenya. Group WhatsApp 7 Prince Hots dibuka.

Weyy, guys! Ada tengok berita tak?

Mal ;
ada!

Dil ;
tentulah tengok! Aku risau wehh!

Aku risau dengan Syad dan Yana. Kita kena bertolak ke Jepun jugak!

Mirul ;
banyak kerja lah weh.

Kerja tak penting! Irsyad dan Yana lagi penting!

Naz ;
ok! Esok kita pergi Jepun ! Noktah!

*****

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now