#76 ; Rumah Di Johor 👑

2.5K 132 5
                                    

Amirul tersenyum.

"Ini.. Liana?" soal Adam.

"Ya, Dam. Ingat lagi tak?"

"Mana mungkin Adam tak ingat. Dulu kan Liana selalu ganggu dia" balas Aidil.

"Dah-dah. Semua dah tiba kan? Jom la bertolak ke Johor. Aku dah rimas duduk sini. Aku nak mandi tahu tak?" celah Afieq.

"Yela. Kami tahu lah kau tu model. Duduk sini sekejap pun dah rimas. Sepak muka kau nanti" kata Iqmal.

"Korang nak terus balik KL ke atau nak ikut kami pergi Johor dulu?" tanya Sofia.

"Kami ikut korang pergi Johor lah. Lagipun kami dah lama tak datang rumah Syad dekat Johor" jawab Syukri.

"Ok dah jom"

Lalu mereka pun bergerak ke Johor. Naik apa? Naik kenderaan ler. 😂

***

Tiba di rumah Irsyad dan Arsyad di Johor.

"Seriously ni rumah kau?" Sofia memandang Irsyad.

Irsyad mengangguk.

"Besar gila" kata Emily sambil memerhati rumah yang tersegam indah di hadapannya.

"Dah mari masuk" Arsyad menolak pintu pagar.

Mereka semua pun ikut serta masuk ke dalam.

Tiba di hadapan pintu,

"Kunci dekat abang kan?" tanya Arsyad pada Irsyad.

"Eh mana ada dekat aku"

"Kunci kan abang pegang"

"Mana ada aku pegang" balas Irsyad.

"Habis tu, macam mana kita nak masuk?" kata Arsyad.

"Hoi. Gaduh apa lagi tu? Bukak lah pintu tu cepat. Aku dah panas ni" celah Afieq.

"Diam lah kau!!" jerit mereka semua.

Afieq tersengih.

"Sorry"

"Habis, macam mana sekarang ni?" tanya Sofia.

Mereka semua terdiam memikirkan cara bagaimana mahu masuk ke dalam.

"Hahaha" tiba-tiba Irsyad ketawa.

Semua memandangnya dengan pandangan hairan.

"Kau apahal tetiba ketawa ni?" soal Adam.

"Gila ke?" tanya Amirul.

Irsyad berhenti ketawa.

"Muka korang lawak lah" Irsyad sambung ketawa.

"Apa yang lawaknya woi" kata Afieq.

"Haihh, takut betul tak dapat masuk. Ni, kunci ada dekat aku" Irsyad menunjukkan kunci yang baru dikeluarkannya dari poket seluar.

Semua memandang tajam ke arahnya.

"Tak lawak lah, Syad!" kata Sofia.

"Rilex , chill"

"Banyak lah kau punya rilex, aku dah.."

"Dah jom masuk" Irsyad memotong percakapan Afieq lalu membuka pintu dan masuk ke dalam diikuti dengan yang lain.

Afieq mengeluh lalu mengikut masuk ke dalam.

Masuk saja ke dalam, semua perempuan yang tak pernah datang situ menjadi kagum apabila melihat hiasan yang ada di dalam rumah itu.

"Subhanallah, cantiknya" kata Salina.

"Duduk lah dulu" pelawa Arsyad.

Mereka semua duduk di sofa ruang tamu. Walaupun rumah itu sudah lama tidak berpenghuni, ia tetap kelihatan cantik. Sofanya masih lembut dan empuk.

"Aku buatkan air dulu ya. Tentu korang haus" kata Irsyad.

"Eh kita baru sampai sini, barang dapur dah ada ke?" soal Sofia.

Irsyad menepuk dahinya.

"Haah lah. Lupa pulak. Hahah. Petang nanti aku pergi lah kedai beli barang dapur"

"Aku ikut kau ehh" kata Sofia.

"Baiklah. Yang lain nanti duduk sini tolong kemas-kemaskan eh"

"Tunjukkan bilik kami dulu. Kami nak rehatkan badan sebelum mengemas" balas Iqmal.

"Korang ada 13 orang. So, satu bilik 2 orang" kata Arsyad.

"13 ke?" tanya Aidil.

"Ye. Qi kira tak campur Qi dengan abang sebab kami memang dah ada bilik sendiri"

"Aku dengan kau" kata Emily pada Sofia.

"Ok"

Sahabat sejati lah katakan 😂

Masing-masing memilih teman sebilik.

Nazri dengan Amirul.
Adam dengan Iqmal.
Syukri dengan Aidil.
Ika dengan Salina.
Julia dengan Liana.
Sofia dengan Emily.

"Aku?" tanya Afieq.

"Er abang Wan tidur sorang-sorang boleh?" kata Arsyad.

"Banyak sangat ke bilik dekat sini?"

"Banyak. Jangan risau lah"

"Ok. Aku boleh je tidur sorang" kata Afieq.

"Ok, bilik dekat tingkat atas ya. Ada dekat tingkat dua dengan tiga. Pilih lah yang mana" kata Irsyad.

"Perempuan tingkat dua ya" kata Julia.

"Kenapa perempuan yang kena dekat tingkat dua? Lelaki lah" balas Adam.

"Do I care?"

"Ape siaa. Kami malas lah nak naik tingkat tiga" kata Amirul.

"Kami pun malas. So, utamakan perempuan dulu ya" kata Liana.

"Dah-dah. Jangan gaduh. Biar perempuan dekat tingkat dua lelaki dekat tingkat tiga" celah Sofia.

"Syad, kau tengok awek kau tu. Suka hati dia je tentu kan" kata Adam.

"Biar lah dia. Nanti rumah ni pun jadi rumah dia. Dah jangan banyak cakap lagi. Tadi kata penat, ha pergi lah berehat" balas Irsyad.

"Tak guna punya member" Adam bangun diikuti yang lain.

Sofia senyum kemenangan.

"Jom kita pergi pilih bilik" ajak Emily pada Sofia.

"Ha jom"

Mereka semua naik ke tingkat atas untuk memilih bilik tidur.

*****

Bersambung..

Haii

Jangan lupa baca story baru Muaz.

Muaz baru update nama watak.

Storynya bulan 12 nanty.

Masukkan dalam library yaa.

"Adik Junior I Love You❤"

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now