#69 ; Pengsan 👑

2.7K 130 7
                                    

Sofia baring di atas katilnya. Di sebelahna terdapat kotak tisu. Dia mengambil satu helai tisu.

"Hacuumm!"

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Muncullah Irsyad sambil menatang sebuah dulang. Di atas dulang itu terdapat semangkuk bubur ayam, segelas air suam dan ubat.

Irsyad berjalan ke arah Sofia lalu meletakkan dulang itu ke atas meja sisi. Dia duduk di sebelah Sofia.

Sofia bangun duduk dari pembaringannya. Dia memandang Irsyad.

"Susah-susah kau je bawak makanan ni sampai bilik aku" ucap Sofia.

Irsyad mengambil mangkuk itu lalu memandang Sofia.

"Untuk kau, semuanya tak menyusahkan"

Sofia terdiam.

"Abang aku mana?" tanya Sofia.

"Ada dekat dapur. Dia tengah makan dengan Qi"

"Kau? Tak nak makan?"

"Aku bagi kau makan dulu baru aku pergi makan" kata Irsyad lalu menyuakan sudu pada mulut Sofia.

"Tak apa lah. Aku boleh makan sendiri" Sofia mahu mengambil sudu itu daripada Irsyad.

Irsyad menghalang.

"Jangan degil please"

Sofia terdiam.

"Em,ok"

Lalu, Irsyad pun menyuapkan bubur ayam itu pada mulut Sofia.

" Yanaaa , nak sikit" pinta Irsyad.

"Nak ?"

Irsyad mengangguk.

"Suapkan ye" kata Irsyad.

"Gedik!"

"Haha, suapkan je lah"

Sofia memotong separuh cheese cake itu lalu dihulurkan pada mulut Irsyad.

Irsyad sudah bersiap sedia menganga mulut.

Tiba-tiba peristiwa itu muncul dalam fikiran Irsyad. Irsyad memberhentikan pergerakannya. Sofia memandangnya pelik.

"Yaziq, kenapa ni?"

Irsyad meletakkan mangkuk bubur itu di atas meja sisi. Kepalanya dipegang. Matanya dipejamkan.

"Kepala aku.. Sakit"

Sofia memegang bahu Irsyad.

"Yaziq, baik kau masuk bilik kau. Kau tu pun sakit jugak. Jom, aku hantar kau masuk bilik kau"

"Tak.. Tak apa. Aku boleh jalan sendiri" Irsyad bangkit dari duduknya.

"Seriously kau boleh jalan sendiri? Aku risau tengok kau"

"Tak perlu risau" Irsyad mula melangkah.

Dia memegang kepalanya. Dia berjalan terhuyu hayang seperti orang hisap dadah.

Sofia memandang Irsyad dengan pandangan risau.

Irsyad memejamkan matanya. Kepalanya rasa berpinar-pinar. Sakit kepalanya kembali menyerang saat peristiwa masa lampaunya bermain-main di fikiran.

"Yana" katanya perlahan lalu dia rebah.

Pandangannya mula menjadi kelam.

Sofia terkejut. Dia bangun lalu mendekati Irsyad.

"Yaziq.. Bangun" Sofia menggoncangkan badan Irsyad.

"Aduh. Kena panggil abang ni" Sofia mengeluarkan telefon samsungnya lalu mendail nombor Afieq.

"Hello abang!"

"Apa hal call? Tak reti nak turun bawah ke?"

"Emergency ni! Malas nak turun bawah. Cepat naik atas"

"Buat apa?"

"Syad pengsan dalam bilik aku ni"

Tiba-tiba talian dimatikan.

"Tak guna punya abang. Baik aku call Arqi je" kata Sofia lalu menyimpan semula telefonnya.

Pintunya tiba-tiba dibuka luas. Muncullah wajah Afieq dan Arsyad.

"Ya allah, adik! Apa kau buat dengan anak orang ni?" kata Afieq lalu menghampiri Irsyad yang tidak menyedarkan diri.

"Mana ada aku buat apa-apa. Dia yang tiba-tiba pengsan"

"Dah, abang Wan tolong angkat abang masuk bilik dia" kata Arsyad.

Afieq pun mengangkat Irsyad. Arsyad turut membantu.Sofia mengikuti Afieq dan Arsyad dari belakang.

Sampai di dalam bilik Irsyad, Afieq dan Arsyad meletakkan Irsyad di atas katil.

"Qi, pergi call doktor Haziq. Suruh dia tengok keadaan abang ni" kata Afieq.

Arsyad mengangguk lalu dia menelefon Haziq.

***

Haziq duduk di sebelah Irsyad sambil merawatnya.

"Em, Syad pengsan sebab ada sesuatu yang membuatkan kepala dia sakit" beritahu Haziq.

"Apa yang membuatkan kepala dia sakit?" soal Arsyad.

"Saya tak tahu. Tapi mungkin peristiwa masa lampau dia masuk dalam fikiran dia" jawab Haziq.

"Macam mana boleh masuk?"

"Setiap perbuatan yang dia buat, akan menyebabkan dia mengingati waktu-waktu kenangan dia dulu. Mungkin tadi dia ada buat sesuatu yang menyebabkan masa lampaunya bermain di fikirannya"

"Abang Ziq rasa ingatan abang akan sembuh cepat ke?" tanya Arsyad.

"Hm mungkin. Kita tengok saja dulu bila dia dah sedar. Kemungkinan dia dah sembuh dari penyakit amnesia dia"

*****

Bersambung..

Wuu,

Irsyad dah nak pulih dari amnesia lahh.

Em, rasanya Natasya berjaya ke nak musnahkan Sofia ?

Stay tune ya 😘

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now