#20 ; Sweet 👑

3.1K 166 1
                                    

"Wehh, cepat ambil gambar!"

"Yeye, kejap" Irsyad mengeluarkan iphone 5 dari poket seluarnya.

"Bukan senang nak dapatkan gambar yang cukup romantik ni" kata Afieq sambil tersengih-sengih.

Click ! Click !

"Ok, dua gambar je"

"Nak tengok!" pinta Sofia.

Irsyad menghulurkan iphonenya pada Sofia.

Sofia menyambutnya.

"Wahh, sweetnyaa! Kalah aku"

"Ehh, aku boleh buat lagi sweet dari tu lah kalau kau nak" balas Irsyad.

Sofia menjeling ke arah Irsyad.

"Hoi, nak sweet tuh tunggu dah halal je eh. Kau jangan nak mengada buat aksi sweet-sweet tu depan mata aku. Kalau kau buat jugak, jangan harap aku nak terima kau sebagai adik ipar aku" amaran Afieq pada Irsyad.

"Baiklah abang!" Irsyad membuat tabik hormat.

Sofia membuat roll eyes.

"Nak kacau diorang tak?" tanya Afieq.

"Tak payah lah. Biarkan diorang dengan perasaan cinta diorang tuh" kata Sofia.

"Puteri, nak gambar ni tak?" soal Irsyad.

Sofia mengangguk.

"Aku nak hantar dekat Emy. Mesti dia terkejut punya. Hahaha" Sofia gelak setan.

"Okay, nanti aku send. So, kita nak pergi mana lepas ni?"

"Kita pergi..."

"Liya? Fiq?"

Afieq dan Sofia menoleh. Irsyad pun turut menoleh.

"Mama!" Sofia terus memeluk Puan Atiqah.

"Ya Allah, Liya! Rindunya dekat anak mama nihh" Puan Atiqah membalas pelukan anaknya.

Irsyad dan Afieq hanya jadi pemerhati dua beranak ini.

"Bila sampai?" soal Puan Atiqah lalu meleraikan pelukan.

"Dah lama. Dalam pukul 11 gitu"

"Kenapa tak call mama?"

"Liya sampai sini je nampak muka abang, terus lupa nak call mama. Hehehe" Sofia tersengih.

"Elehh, dia bukan lupa sebab tengok muka abang nih. Tapi lupa sebab syok sangat keluar dengan Irsyad nih" Afieq mencelah.

Sofia menjeling. Puan Atiqah menggelengkan kepalanya.

"Ha Liya. How about your result?" Puan Atiqah memandang muka Sofia.

"Result what?"

"Your SPM!"

"Straight A's lah mama" kata Afieq.

"What?! Seriously? Wah, tahniah Liyaa!!" Puan Atiqah memeluk Sofia buat kali yang kedua.

Sofia tersenyum sambil memeluk kembali.

"Ehem! Mama lupa kewujudan bakal menantu mama ni ke?" Afieq berdehem.

Mereka melepaskan pelukan.

"Eh, Syad. Maaf, auntie leka sangat layan Liya nih. Syad apa khabar?" Puan Atiqah memandang Irsyad.

"Hehe, baik alhamdulillah" Irsyad menyalam tangan Puan Atiqah.

"Macam mana keputusan Syad dengan kawan yang lain?" Puan Atiqah bertanya.

"Alhamdulillah, kami pun dapat straight A's" Irsyad tersenyum.

"Ye? Baguslah! Tahniah" Puan Atiqah menepuk-nepuk bahu Irsyad.

"Mama datang sini dengan siapa?" tanya Sofia.

"Dengan maklong kamu lah"

"Mana maklongnya?"

"Maklong ada tunggu dekat dalam kedai makan tu ha. Jom lah pergi sana. Syad, jom lah ikut sama. Auntie belanja ye" kata Puan Atiqah.

"Terima kasih, auntie"

"Amboi mama. Belanja bakal menantu dia je? Anak mama ni, tak nak belanja ke?" kata Afieq sambil mengangkat-angkat sebelah keningnya.

"Dengan anak mama dah tentulah mama belanja jugak. Dah, jom lah. Tentu maklong dah lama menunggu"

Mereka pun berjalan menuju ke kedai makan.

Setibanya di kedai makan, mereka tercari-cari kelibat Puan Amira, maklongnya.

"Ha, itu maklong!" Sofia menunjukkan ke arah seorang perempuan yang sedang melambai-lambai ke arah mereka.

"Jom lah" mereka bergerak ke meja di mana Puan Amira sedang menunggu.

"Assalamualaikum, maklong" sapa Sofia lalu duduk berhadapan dengan Puan Amira.

Puan Atiqah duduk di sebelah kanannya manakala Afieq duduk di sebelah kirinya. Irsyad pula duduk di sebelah Sofia berhadapan dengan Afieq.

"Waalaikumussalam. Liya, bila balik?" soal Puan Amira.

"Pagi tadi. Maklong sihat?"

"Alhamdulillah, sihat selalu. Liya makin besar ni, makin cantik ye" kata Puan Amira.

"Hehe, apa lah maklong nih. Liya biasa-biasa aje. Tak ada perubahan pun" balas Sofia tersengih-sengih.

"Elelele , malu-malu pulak anak dara mama ni" usik Puan Atiqah.

"Liya memang cantik pun. Dah berpunya belum?" tanya Puan Amira.

"Maklong tak nampak budak sebelah tuh? Tu lah kekasih hati terchinta dia" Afieq mencelah.

Puan Amira memandang Irsyad.

Irsyad hanya melemparkan senyuman manis.

"Adakah ini Irsyad Haziq?"

"Ye lah. Maklong kenal?" kata Sofia.

"Seriously ini kekasih hati Liya?" soal Puan Amira tidak percaya.

"Ye, kenapa maklong ni? Macam tak suka je. Maklong, saya tahu lah maklong ni patah hati sebab tak dapat nak jadikan Liya ni menantu. Reaksi tak suka tu, please lah jangan tunjuk" kata Afieq.

"Hoi! Apa hal kau cakap macam tu dekat maklong? Tak tahu adab eh? Adab dekat mana?" Sofia memukul lengan Afieq.

"Ape lah Fiq nih. Tak baik tahu cakap macam tu" kata Puan Atiqah.

"Hehe, sorry maklong"

"Tak apa. Maklong cuma terkejut je yang kekasih Liya ni Irsyad" balas Puan Amira.

"Kenapa nak terkejut pula?" tanya Sofia.

"Yelah, tak sangka maklong yang mama kamu nih dapat menantu yang mewarisi syarikat terbesar Jepun tuh" kata Puan Amira.

"Saya pun tak sangka yang diorang nih bercinta" Puan Atiqah tersenyum-senyum.

"Mama, boleh kita order makanan sekarang? Daripada tadi bercerita. Lapar lah pulak" kata Afieq.

"Bila masa kau bercerita? Kau just menyampuk je kan" Sofia menjeling.

"Eh, menyampuk pun memenatkan tau!"

"Dah-dah, ha order lah apa yang kamu nak order. Syad pun order lah sekali. Jangan malu-malu" kata Puan Atiqah.

Irsyad hanya mengangguk.

*****

Bersambung..

Hello guys !
Sorry sbb lame tk update .
Muaz busy study utk trial PT3.
Plus, Muaz tk de internet utk update. Kahkah!
Btw, thanks kpd yng setia menunggu.
Eh, ade ke orang tunggu?
Haha, whatever lah!

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now