#1

17.6K 613 19
                                    

Firstly gais,
if korang rasa story ni nak dekat sama
dengan story author lain i minta maaf okey?
sebab banyak idea i dapat dari cerita yg i baca untuk tulis book ni.
so i can tell yang cerita ni clishe.
but thank you kpd yang sanggup baca sampai habis!

❀❩

Edited.

AKU mengeluh. Kerana pagiku yang indah telah dicemari. Satu persatu manusia dihadapanku sedang mengisi nama mereka didalam buku report.

Iya, iya.

Sekarang sudah jam 8.01 pagi dan aku baru sahaja selamat sampai dihadapan pagar sekolah. Lewat. Ini merupakan hari kedua aku terlewat ke sekolah. Bukannya sengaja. Tapi cuma aku yang mengada untuk memilih berjalan kaki untuk ke sekolah. Hah sekarang ni, hadaplah!

"Nama," ujar seorang pengawas lelaki dihadapanku sambil menghulurkan pen dan sebuah buku kepadaku.

Bibirku tersengih.

"Kalau tak tulis?" soalku sengaja ingin mempermainkan pengawas dihadapku ini. Mataku laju menangkap senyuman sinisnya itu.

"Then I will escort you to the principal room." jawabnya selamba.

Buk! Ha kan mendapat. Mengada-ngada lagi. Kali kedua aku mengeluh. Tulis sajalah nama. Nama je kan? Tak kena sebat pun.

Baru saja aku mahu melangkah pergi dengan gembira,

"Nur Arfah Falisya," namaku diseru. Ya Allah apa lagi dia nak daripada aku ni. Atau, memang pelajar yang lewat sampai akan disebat? Aku dapat bayangkan betapa tebalnya rotan cikgu disiplin itu nanti.

Setelah terdengar seseorang berdehem, aku kembali kepada realiti. Aku melihat pengawas dihadapanku sedang menghalakan rotan kearah kasutku dengan matanya disepetkan.

Gulp, I know it.

"Where's your socks, Falisya?" soalnya lalu rotan itu dihalakan pada wajahku. Eh kang aku sekel dia kang. Berani kau halakan benda tu dekat muka aku.

Hujung rotan itu aku sentuh lalu mengalihkannya daripada wajahku.

"Oh, maaf. Kucing saya pakai." jawabku selamba mencari pasal. Terus berubah riak wajah kacak pengawas itu. Terkejut barangkali. Dia menghela nafasnya lalu meminta aku untuk berdiri bersama pelajar lain yang turut senasib denganku.

Mungkin dia malas mahu melayan aku jadi dia menghadiahkan satu das jelingan padaku. Peh, tajam sampai hati aku pun terkoyak.

Kalau tidak disebabkan hujan lebat malam tadi, pasti stoking aku tak basah dan aku pun takkan berdiri disini.

❀❩

"ASSALAMMUALAIKUM," ujarku memberi salam dengan bangga ketika melangkah kedalam kelasku.

Langkahku terbantut seketika dan pasti membuatkan aku hampir terjatuh. Syukur aku sempat berpaut pada meja pelajar yang berada dihadapan sekali.

Telingaku dapat menangkap suara pelajar-pelajar yang sedang menahan ketawanya daripada terlepas. Mujur juga ada cikgu dihadapan.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now