# Short Story 01

4.8K 269 54
                                    

MAYLEEN & SYAHMI

ENJIN motorsikal dimatikan. Dia membuka topi keledar. Rambutnya yang rosak dibetulkan sedikit di cermin. Sempat dia mengenyitkan sebelah matanya pada diri sendiri di cermin itu.

Syahmi berjalan di koridor dengan wajah penuh bangga. Pengawas cantik lalu disebelah langsung tidak dia pandang. Dia tiba di hadapan kelas Sains Tulen. Paginya kini sudah bertenaga apabila melihat gadis pujaan hati.

Belum sempat dia mahu mengusha gadis itu lebih lama, seseorang menyapa. Syahmi menoleh belakang memandang gerangan itu. Dia tidak bergerak sebaik saja melihat seorang lelaki dihadapannya.

Rambutnya kemas, baju putih yang dilipat lengannya hingga ke siku. Nampak segak dengan wajah polos ingin tahunya juga.

Syahmi senyum gembira memandang lelaki itu.

"Adrian!" jerit Syahmi lalu lelaki itu dipeluk.

Dek terkejut apabila melihat dirinya dipeluk, laju pelukan itu dileraikan.

"Kau dah pahal? Kang orang fikir kita gay!" ujar Adrian marah.

Syahmi hanya gelak sambil menggaru kepala.

"Takdalah. Lama siot tak jumpa kau. Cuti holiday kau camana? Rindu sial ngan kau." ujar Syahmi. Tangan kanannya melingkari bahu Adrian. Sejak cuti penggal haritu, terkurung saja Syahmi di rumah neneknya. Mana tak rindu dengan kawan-kawan bila lama tak jumpa?

"Blah la kau. Dah lah, aku ada kelas dekat makmal. Chow!" ujar Adrian seraya pergi ke kelasnya.

Syahmi melangkah masuk ke dalam kelas. Oleh kerana keterujaannya yang ingin masuk ke kelas, dia tidak perasan akan seorang pelajar perempuan sedang menyapu sampah. Kaki terpijak pada bulu penyapu itu.

"Apa you ni! Tak nampak ke saya tengah menyapu. Habis tanggal bulu penyapu ni!" marah seorang pelajar berbangsa Cina bernama Mayleen.

Syahmi blur. Otaknya terhenti seketika kerana dia hampir terjatuh tadi.

"Pukul kang!." ujar Mayleen lagi. Bengang kerana Syahmi tidak meminta maaf kepadanya.

"Eh eh jangan! Bukan mahram." balas Syahmi cuba menjauhkan dirinya dari gadis itu.

Seseorang berdehem. Syahmi memandang Darius yang baru saja pulang daripada bertugas.

"Pahal bising-bising ni?" soal Darius.

"Takda bro. Mayleen ni nak pukul aku." ujar Syahmi memanipulasikan cerita.

Membulat mata gadis itu seperti kaca katanya.

"Aku tulis nama kau, Mi." ujar Darius lantas pen dan buku yang berada di tangannya dibuka. Nama penuh Syahmi siap dengan bin ditulis di dalam buku itu.

"Sampai hati kau, Darius. Khianat kawan sendiri. Apa salah aku?" soal Syahmi dengan wajah sedih.

Darius tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tugas tetap tugas.

"Kau kacau perempuan. And kau fikir aku tak nampak ke kau buang sampah gula-gula depan pintu tadi?" soal Darius.

Mayleen hanya menggelakkan Syahmi kemudian pergi dari situ dengan penyapunya.

"Aku taknak rehat dengan kau nanti Darius." kata Syahmi.

"Bukannya kita rehat sama waktu pun." balas Darius lantas berjalan pergi ke tempat duduknya meninggalkan Syahmi yang ternganga dan tersentak.

Satu persatu perkataan di atas papan putih disalin dalam buku tulis. Matanya dikecil-kecilkan. Bukan sebab dia rabun tapi tulisan cikgu Bahasa Inggeris ni kecik nak mampos.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now