#17

4.9K 375 15
                                    

AKU terdiam seketika. Otakku terhenti daripada memproses situasi ini.

"Qidran?!" panggilku.

Tetapi tiada sahutan membuatkan aku mula panik. Aku berjalan mengundur kerana tiada cahaya yang boleh membawaku ke hadapan. Lampu suluh juga aku sudah beri pada Qidran.

"Qistina!" jeritku.

Juga tiada sahutan.

Aku terduduk apabila kakiku terlanggar sesuatu. Tanganku meraba objek yang aku langgar. Akar kayu. Aku memegang selipar yang aku pakai. Ah tak guna. Dah putus!

Nafasku mula turun naik. Aku dapat merasakan peluh mula mengalir walaupun aku tahu cuaca sedang dingin dengan angin malam.

Aku bangun dan mula melangkah di dalam gelap walaupun tidak nampak apa-apa. Tetapi langkahku terhenti apabila telingaku dapat menangkap bunyi-bunyi yang menakutkan.

"Mama.." kataku.

Aku duduk di atas tanah sambil memeluk tubuh kerana takut. Dengan kawasan gelap dan aku tak tahu jalan. Macam mana aku nak balik. Kalau ada hantu macam mana?!

Aku mula tersedu-sedan. Aku mencuba untuk tidak menangis.

Mataku dapat melihat cahaya pada diriku. Aku memandang sekeliling. Cepat-cepat aku berdiri apabila melihat Darius yang sedang menyuluh cahaya padaku.

"Aku dah cakap dah arah ni kau taknak dengar." Aku mendengar suara Adrian bersama ahli kumpulannya yang lain.

"Eh, Arfah?" soal Adrian.

Aku tidak memberi respon kerana mataku memandang orang lain yang turut berada bersama dia. Sabrina. Dia berdiri disebelah Adrian dan mereka kelihatan mesra.

Jangan tanya kenapa dia ada disitu walaupun dia bukan pelajar Tingkatan 5. Pasti Cikgu Hafiz selaku bapa kepada Sabrina yang membawanya ke sini.

Darius berjalan mendekati aku.

"Korang pergilah dulu." ujar Darius. Aku memandang dia.

Yang lain hanya mengangguk dan meneruskan perjalanan.

Darius memandang aku tajam.

"Janganlah pandang macam tu." kataku.

"Mana teammate kau?" soal Darius.

"Aku tertinggal.." jawabku.

"Kalau dah tertinggal kenapa tak kejar diorang?" soal Darius.

Aku diam lalu menunjukkan kakiku pada dia.

"Yang kau pakai selipar kenapa?" marah dia.

Janganlah marah aku!

"Kasut aku hilang lah. Kau marah aku kenapa?!" ujarku lantas duduk. Selipar yang tersarung aku cabut lalu dibaling tanda protes kerana dimarah.

Aku mendengar lelaki itu menghela nafasnya. Geram agaknya dengan aku. Dia berjalan mengambil semula selipar itu lalu duduk disebelahku. Aku melihat dia membetulkan semula seliparku yang putus.

Lampu suluh yang diletakkan di tepi aku ambil lalu menyuluh sekeliling.

Darius membuka kasut sukannya.

"Pakai ni." ujar Darius lantas kasut yang dibuka itu diberi padaku.

"Dahtu kau?" soalku.

Darius tidak menjawab sebaliknya menyarungkan seliparku pada kakinya. Muat-muat! Nasib baik aku ni jenis yang suka pakai selipar besar-besar.

Kasut milik Darius aku pakai. Besar gila! Lagi besar daripada selipar tu.

"Bak." ujar Darius meminta lampu suluhnya kembali tetapi aku tidak bagi.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now