#13

5.5K 354 11
                                    

DARIUS melangkah ke arah pintu rumah besar itu. Sebaik saja pintu dibuka, dia melihat seorang lelaki di pertengahan usia sedang berdiri di muka pintu.

"Ayah." ujar Darius.

Tangannya dihulur untuk bersalam.

"Dua hari dekat mana?" soal ayahnya tegas. Huluran anak lelakinya itu disambut.

"Rumah kawan, ayah." 

Darius masuk ke dalam.

"Next exam kalau tak dapat score jangan balik rumah lagi. Pergi dekat mak kau tu. Nak sangat jadi macam mama kan?" ujar ayah mematikan langkah Darius di tangga. Dia mengetap giginya.

Darius menghela nafas sebelum langkahnya diteruskan ke bilik. Beg pakaian dihempas atas katil. Nafasnya turun naik.

Dia fikir ayahnya akan berubah selepas bercerai dengan ibunya. Tapi sangkaannya salah. Ayahnya tetap sama seperti dulu.

❀❩

AKU menyedut minuman yang baru saja dibeli di kantin. Aku tahu sekarang belum masa rehat tapi bukan selalu ponteng kelas Bahasa Inggeris.

"Arfah, nanti waktu kelas seni suruh yang lain masuk bilik seni ya."

Bahuku terhinjut sebaik saja mendengar seseorang seperti sedang berkata sesuatu padaku. Aku menoleh memandang gerangan itu.

Aku menelan liur. Cikgu Filza. Guru kelas seniku. Ha mampos. Dah kantoi ponteng kelas.

Aku tersengih lalu mengangguk.

"Haaa okey baik cikgu." ujarku sambil membuat simbol ok.

Aku melihat Cikgu Filza berjalan pergi. Lalu nafasku aku hembus lega. Nasib baik dia tak tanya apa aku buat disini.

Tepat jam 9:30 aku bersama rakan sekelasku bergerak ke bilik seni. Sudah lama sebenarnya cikgu tidak panggil kami ke bilik ini. Sebab selalu cikgu hanya adakan kelas seni di dalam kelas sahaja.

Aku menapak masuk lalu memilih untuk duduk di meja paling belakang kerana ada kipas disitu. Barang-barang seniku aku letak di atas kerusi kosong disebelahku.

Walaupun mata pelajaran seni adalah satu-satunya kegemaran aku, tapi aku tetap tidak akan duduk di hadapan sekali. Sebab terlalu menjadi tumpuan cikgu dan selalu disoal. Tapi.. kalau duduk di belakang apa kurangnya?

"Alihkan ni." ujar Syahmi.

Aku menjelingnya. Sibuk je. Macamlah kerusi lain takda yang kosong.

"Harini, cikgu taknak mengajar." ujar Cikgu Filza. Pelajar lain sudah teruja apabila mendengar apa yang dikata cikgu.

"Tapi cikgu ada nak bagi kamu tugasan. Siapkan satu lukisan. Tema bebas dan hantarkan pada saya selepas rehat." tambah cikgu.

Aku termenung seketika. Apa yang patut aku lukis ye? Aku memandang sekeliling.

"Kau lukis muka aku jelah." ujar Syahmi disebelah. Aku membuat muka jelek.

"Buat apa lah muka kau." balasku.

Kemudian aku teringat akan sesuatu. Tanganku laju memulakan lakaran.

Aku mengemas alatanku apabila loceng rehat sudah berbunyi. Kaki berjalan keluar daripada bilik seni untuk kembali ke kelas.

"Apa yang kau lukis tadi?" Bukan main eh kau sorok-sorok daripada aku masa kau lukis tadi." ujar Syahmi.

Aku hanya tersengih.

"Adalah." balasku.

Selepas menghantar lukisan kepada Cikgu Filza di bilik guru aku terus berjalan ke kantin untuk melihat kuih apa yang dijual pada hari ini. Tapi seperti biasalah, mana ada kuih lain. Sama je setiap hari.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now