#27

4.5K 310 19
                                    

BIP BIP!

Bunyi getaran daripada telefon bimbit memaksaku turun daripada katil untuk mengambil telefon bimbitku yang berada di dalam almari. Lupa pula mahu keluarkan lepas sorokkan tadi. Sorokkan kenapa?

Sebab ada Sara. Adik saudara perempuanku belah arwah ayah. Dia memang pantang nampak telefon milik aku. Dia pasti akan paksa aku untuk bagi dia main Dinner Dash. Padahal satu game pun aku takda. Iya tak tipu. Sumpah demi apa pun.

Pintu almari aku buka lalu telefon bimbitku aku ambil. Melihat notifikasi di atas membuatkan keningku terjungkit.

ASYRAF DARIUS
📷 Photo
[ 10:44 p.m ]

Foto yang dihantar oleh Darius aku buka. Hampir saja aku muntah hijau.

"Dah kenapa?" soalku pelik sebaik saja melihat wajah lelaki itu di skrin telefon. Siap guna filter instagram. Dia ajak aku main romeo save me ke??

Hud kepala yang jatuh aku naikkan semula lalu talinya aku ikat ketat. Hampir tercekik aku. Ikatan tersebut dibuka balik lalu diikat semula tetapi longgar sedikit. Kang mati terjerut pula.

Gambarku bersama filter anjing di snapchat yang baru saja ku ambil aku hantar kepada Darius. Tapi aku punya versi lain sikit. Kerana di gambar itu aku sengaja kembangkan hidung supaya nampak dua lubang gua yang cantik itu.

Typing..

ASYRAF DARIUS
Bidadari syurga 😍😍
[ 10:46 p.m ]

Rasanya kalau kau ada depan aku sekarang ni mungkin gigi kau dah patah dua batang. Aku hanya memandang mesej itu sebelah mata. Lalu telefon bimbitku aku letak di tepi bantal setelah data mudah alih sudah aku matikan.

Biarkan dia kena bluetick.

❀❩

FLUSH.

Pintu tandas aku buka dari dalam sambil tangan kananku memegang perut. Aduh.. menyesal aku dengar cakap Syahmi pagi tadi. Kalau tak sebab dia, mungkin aku takkan buang masa bertapa di atas mangkuk tandas tu selama 20 minit.

Dah banyak kali aku kata pada dia yang aku jenis tak suka makan awal pagi. Tapi masih paksa juga aku makan nasi goreng makcik kantin tu. Banyak pula tu. Syahmi siap belanja aku kepak ayam goreng dua ketul lagi. Mana tak nafsu makan aku tiba-tiba datang?!

"Lama gila berak." ujar Syahmi sebaik saja aku tiba di kelas.

Aku hanya menjeling dia.

Zip beg aku buka lalu buku lukisan dikeluarkan daripada beg. Aku melihat Syahmi yang sudah siap separuh lukisan. Heh! Kau punya pasal lah ni sampai aku tak start lagi!

Syahmi mendekatkan dirinya padaku lalu memuncungkan mulutnya untuk menghidu sesuatu.

"Takda baulah!" marahku.

Aku bangun lalu barang-barang seniku aku bawa ke meja kumpulan sebelah.

"Alah Arfah aku gurau je kot. Sinilah!" arah Syahmi padaku yang sudah duduk di sebelah Yasmin. Nasib baik harini Qistina tidak hadir.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now