#33

3.9K 299 10
                                    

"JANGAN main nasi tu." marah mama.

Aku yang sejak tadi duduk termenung di meja makan ini terus kembali ke alam nyata. Entah apa yang aku fikir tadi. Dalam sangat sampai aku tidak ingat.

Nasi yang masih banyak di atas pinggan cepat-cepat aku habiskan. Banyak benda aku harus buat lepas makan malam. Bilik belum kemas. Dan sekarang sudah pukul sembilan malam.

Aku bangun ke singki lalu pinggan kotor aku basuh. Makanan di atas meja aku tutup dengan tudung saji. Lama sangatkah aku termenung tadi sampai mama yang dah habis makan pun aku tak perasan.

Pintu bilik aku buka lalu mengeluh perlahan. Huh.. sepahnya. Sejak habis sekolah haritu aku belum ada masa untuk kemas bilik. Dah macam stor sepahnya.

Barang-barang yang tidak lagi aku guna aku masukkan ke dalam kotak untuk disimpan di dalam stor. Kebanyakannya kertas lukisan. Yang ini aku akan asingkan dan simpan di dalam bekas khas. Mana boleh buang hasil seni weh.. berharga.

Dekat 40 minit juga untuk aku siap mengemas bilik. Rasa gembira bila tengok bilik sudah bersih. Dia punya puas hati tu macam dapat kehidupan baru.

Aku merebahkan tubuhku di atas katil. Kini posisi katil sudah aku ubah. Aku susun katil di tepi tingkap. Dapatlah udara segar. Sebelum ni di sebelah pintu masuk. Nampak sempit.

Mata aku pejamkan untuk beberapa saat. Kemudian aku teringat akan barang yang dibeli bersama Darius tadi. Aku bangun dari katil lantas mengambil beg plastik lalu diletakkan di atas katil.

Novel-novel yang dibeli aku keluarkan. Banyaknya.. membazir je. Dahlah mahal. Macamlah aku akan baca. Balutan plastik aku buka. Helaian pertama aku buka. Sepatah perkataan pun aku tidak dapat hadam di dalam otak. Kerana fikiranku sibuk memikirkan perkara lain.

Aku teringat akan Darius. Wajah dia ketika melihat aku pulang. Tidak seceria ketika di mall tadi. Sama seperti aku. Segala mood baik aku hilang sebaik saja terfikir perkara itu. Perkara yang aku tidak pasti benar atau tidak. Atau sebenarnya ada sesuatu yang dia mahu beritahu aku tetapi dia lupa? Atau dia sengaja tidak mahu beritahu?

Andai kata.. apa yang aku fikirkan ketika di kedai buku tadi betul..

"Argh, stressnya." keluhku lantas telefon bimbit aku capai. Nombor Darius aku dial. Tetapi talian tidak diangkat. Kali kedua, tidak juga diangkat. Jangan-jangan..

Pintu rumah aku tutup lantas menyarung sandal di kaki. Relaks, Arfah.

Aku turun daripada motor apabila sudah tiba di hadapan rumah Darius. Ada sebuah kereta Honda Accord parking di hadapan pagar besar yang terbuka luas itu. Bukankah itu mama Darius?

Aku melihat Syamil yang sedang mengangkat luggage ke dalam bonet kereta. Tanganku menekan loceng rumah itu. Syamil yang tersedar akan kehadiranku terus berjalan ke arah dimana aku berdiri.

"Arfah? Cari siapa?" soal Syamil.

"Saya nak jumpa Darius." jawabku. Kemudian melihat ke sekeliling rumah untuk mencari kelibat Darius.

"Darius? Dia dekat atas tengah kemas beg." ujar Syamil.

Aku diam. Dah agak dah. Jadi tekaanku tepat.

"Sekejap saya panggil dia. Duduklah sana dulu. Dekat sini gelap." ujar Syamil seraya berjalan untuk masuk ke rumah. Aku mengikuti dia tetapi aku hanya duduk di kerusi luar.

Aku menggosok tanganku kerana terlalu sejuk.

"Arfah?" aku mendengar suara Darius memanggilku.

Aku tidak berkata apa-apa dan tunggu Darius duduk dahulu.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now