#9

5.7K 379 16
                                    

JARUM jam berada di angka sepuluh. Aku melihat kertas soalanku yang berada di atas meja. Ah, macam mana ni? Ada lagi dua muka surat aku tak siapkan. Ni sebab aku tertidur lepas setengah menjawab lah tadi.

Aku mengurut kepalaku. Dah tiba masanya untuk sesi menembak.

"Okey masa menjawab dah tamat. Sila pass kertas ke hadapan." ujar Cikgu Ariana.

Aku membunyikan tengkok dan meregangkan tangan. Bibirku tersenyum bangga selepas menanda kertas tanpa membaca soalan. Semoga betullah tembakan aku tadi. Nasib baik harini hari terakhir periksa.

Masing-masing sudah mula membincang jawapan. Aku hanya buat-buat tidak dengar sebab malas mahu fikir. Macam orang selalu kata, yang sudah lepas.. biarkan lepas. Hahahah.

Aku berjalan keluar dari kelas setelah Cikgu Ariana sudah melepaskan kami untuk rehat. Wah, ini baru ujian biasa. Belum SPM lagi nanti.

"Arfah." tegur seseorang di belakang.

Aku memandang orang itu. Qidran.

"Kau nak apa?" soalku. Aku betul-betul tiada masa sekarang ni sebab aku dah lapar.

"Tolong aku?" pinta Qidran.

Aku mengerutkan dahiku. Tolong?

"Ah, aku dah puas kena tipu dengan kau." balasku.

"Tapi aku betul-betul nak kau tolong aku." ujar Qidran lagi.

Aku tidak menghiraukan lelaki itu lantas berjalan pergi meninggalkan dia disitu. Kau boleh minta tolong, tapi bukan daripada aku. Aku dah serik.

"Banyak kau makan, sis?" Liana duduk disebelahku bersama sepinggan Nasi Goreng Ayam yang baru dibelinya.

"Aku tengah sakit hati ni." balasku lalu menyuap nasi masuk ke dalam mulut. Dengan ganasnya aku mengunyah makanan tersebut.

Aku melihat pinggan nasiku yang penuh dengan lauk. Tapi betul juga kata Liana. Aku juga sedar yang beberapa hari ni banyak benar aku makan.

"Sakit hati kenapa? Exam tadi?" soal Liana musykil.

Aku menggeleng.

"Qidran ada minta tolong aku tadi." kataku.

Kening Liana terjungkit.

"Berani dia nak minta tolong aku lagi? Aku masih tak redha lagi tau pasal duit aku yang dia kebas dulu lepas dia tipu aku." ujarku membuka kisah silam.

Bukannya sikit duit yang dia ambil daripada aku dulu. Hampir separuh duit simpanan aku dia guna untuk kepentingan sendiri. Katanya nak guna untuk rawatan sakit mak dia. Tapi dia guna untuk beli motorsikal baru lepastu merempit. Dasar.

Aku menghentak meja membuatkan gadis disebelahku itu terkejut.

"Dia ada cakap tak minta tolong apa?" soal Liana.

Aku menggeleng.

"Entah-entah dia memang tengah terdesak nak kau tolong dia?" teka Liana.

"Kalau betul pun.. dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, kenapa mesti aku? Aku dah penatlah percaya orang. Cukuplah sekali." ujarku. Bak kata orang, buat baik berpada-pada. Tapi bukannya boleh percaya dengan diri sendiri ni. Senang sangat kesiankan orang.

Aku meletakkan pinggan di dalam besen kemudian pergi ke singki untuk mencuci tangan. Aku melihat cermin yang ada pada tempat cuci tangan itu untuk membetulkan tudungku yang sudah kedepan. Sesekali mulutku dimuncungkan. Comel juga aku ni.

Paip disebelahku dibuka. Aku memandang Darius yang sedang mencuci tangan.

"Kau tak bertugas?" soalku. Bukankah pengawas perlu bertugas semasa pelajar biasa sedang rehat?

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now