#38

4.4K 301 13
                                    

KACA mata aku tanggalkan dan diletakkan di atas meja. Aku melihat jam di telefon bimbit. Ada lagi beberapa minit sebelum kuliah habis.

Tangan mencapai pen lalu apa yang dikatakan oleh pensyarah di hadapan aku tulis laju-laju dan fahamkan.

Seseorang mencocok bahuku menggunakan pen dua kali. Aku menoleh belakang memandang mereka berdua. Pandangan tajam aku beri. Rasanya, ini kali ketiga dia memanggil aku.

"Awak nak apa lagi, Airil?" soalku dengan nada bisik.

"Nanti jom lunch sama." ujar Airil.

Aku mengeluh.

"Saya puasalah." kataku. Kemudian memandang Qidran di sebelahnya. Dia tidak mempedulikan kami berdua. Matanya hanya fokus memandang depan. Bagaikan tidak sedar pun yang aku disini.

Beg aku kemas lantas cepat-cepat keluar daripada dewan. Aku berdiri di tepi lif sambil mata melihat telefon bimbit. Kali ini aku hanya ke kelas seorang diri. Kerana Mayleen tidak sihat. Jadi dia ambil mc untuk beberapa hari.

Baru saja aku mahu melangkah, seseorang menyambar tangan kiriku. Aku yang terkejut terus menarik semula tangan itu. Nafasku turun naik. Aku memegang dada. Bagaikan mahu tercabut jantung aku saat ini.

Mataku dipejam. Kejadian malam itu terlintas di kepala. Argh!

"Arfah awak okey?" soal Airil.

"Kenapa pegang saya?!" marahku pada Airil. Suka hati dia saja mahu pegang aku. Sedangkan Darius pun tak pernah buat macam ni pada aku.

"Saya minta maaf kalau buat awak terkejut. Janganlah menangis." pujuk Airil yang sedar mataku mula berair.

Aku melihat Qidran yang baru tiba di sebelah Airil. Dia mematikan langkahnya apabila melihat aku.

Aku menjeling mereka seraya berjalan pergi.

Pili air aku tutup. Air yang basah menitik daripada wajahku. Sekali lagi, aku menyimbah mukaku dengan air paip. Sudah, Arfah. Lupakan semua tu. Itu sudah lama berlalu. Kau perlu teruskan hidup kau.

Aku keluar daripada tandas.

"You Arfah ke?" soal seorang pelajar perempuan. Aku mengangguk. Kenapa ramai betul orang yang kenal aku di kampus ni ya?

"Ni ada lelaki bagi." ujar perempuan itu. Satu sticky note diberi pada aku. Aku mengucapkan terima kasih pada dia lantas pergi.

I'm sorry. Jom jumpa petang ni?

Aku meronyokkan kertas itu.

"Sudahlah, Airil." ujarku.

❀❩

MASA berlalu dengan pantas. 3 tahun berlalu. Dan aku masih disini. Di tempat sama. Sedang menuntut ilmu demi mengejar cita-citaku.

Aku bersandar pada pondok kayu sambil melihat langit. Warnanya gelap. Ingin hujan barangkali. Sejak tadi ia mendung dan mengeluarkan dentuman yang kuat. Cukup untuk mengejutkanku daripada lelap.

Kepala yang sakit aku picit. Rasanya minyak ini tak cukup panas untuk meredakan kepalaku yang pusing.

Aku mengangkat pensil. Lalu mata pensil itu mendarat di atas kertas putih dan melukiskan apa yang berada di kotak fikiranku.

"Awak lukis apa tu, Arfah?" soal Mayleen yang baru saja tiba. Dia menyedut air minuman yang dibeli di mesin.

"Someone." jawabku.

Aku tersenyum sebaik saja lukisan itu siap.

"Awak masih belum boleh lupakan dia, kan?" soal Mayleen lagi. Dia nampak apa yang aku lukis.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now