#25

4.6K 329 4
                                    

"BIARKAN semua.. Kenangan yang indah. Agar selalu ada, kau dan aku bersama... biarkanlah, sayang. Cinta kita hilang walau kita tak rela tinggalkannya demi kita.. DEMI KITA!" suara penyanyi Ismail Izzani memenuhi ruang di dalam kereta.

Aku sejak tadi hanya duduk termenung sambil memeluk beg tanganku di atas riba. Beberapa kali juga aku mengeluh.

DUSH!

Kepala aku terhantuk pada cermin kereta apabila mama menekan brek secara tiba-tiba. Ma.. berapa kali mama nak bagi Arfah terjedut ni..

"Eh sorry, Arfah. Kereta depan ni ha belok tak pasang signal. Salahkan dia." kata mama meminta maaf padaku. Kemudian fokus semula pada jalan.

Aku menggosok kepalaku. Mulutku muncung. Nasib baik tidak berapa sakit.

"Tadi pergi mana dengan Darius?" soal mama.

Astaghfirullah.

Baru saja beberapa saat tadi aku sudah lupakan perkara itu. Sebaik saja mama menyebut nama lelaki itu, laju saja otak ini memproses semula memori-memori tadi.

"Ouh tadi sembang-sembang je." jawabku separuh jujur.

"Tapi bukan main terkejut ye Arfah masa mama panggil nak balik tu. Kenapa?" ujar mama.

Aduh, mama macam dapat menghidu sesuatu je..

Kami tiba di rumah. Wah, mengantuknya. Katil dan bantal sudah lama menunggu kepulangan aku.

Baru saja aku mahu masuk tidur, mama membuka pintu bilikku. Laju aku duduk semula.

"Mandi lah dulu kalau ye pun." kata mama. Aku hanya menggaru kepala. Tuala di atas kerusi aku ambil lalu memboloskan diri ke dalam bilik air.

Pintu bilik air aku tutup.

"Argh!!" jeritku apabila seekor cicak berwarna hitam terjatuh di atas kakiku.

Aku melompat-lompat di dalam bilik air yang kecil itu sehingga aku tidak perasan akan botol syampu yang berada di atas lantai. Kaki kananku terpijak botol syampu yang terbaring itu lalu aku terjatuh.

"Aduh. Sakit sia.." aku mengusap pinggangku.

Tak guna kau cicak.

Mataku melilar memandang sekeliling untuk mencari kelibat cicak itu. Aku mengalihkan tanganku apabila terasa sesuatu yang bergerak-gerak di bawah telapak tangan.

Mataku terbuntang luas. Ekor.. siapa ni?!

Aku berpaut pada pemegang pintu lalu berjalan keluar. Sakit benar ya.

Sudah sepuluh minit aku keluar daripada bilik air. Dan sampai sekarang aku masih tidak berbaju. Kerana aku tidak larat untuk pergi ke almari untuk mengambil pakaian.

Perlahan-lahan aku bangun lalu pintu almari aku buka. Aku hanya mencari tshirt biasa untuk dipakai ketika tidur. Baju-baju yang tergantung aku alihkan sedikit untuk mengambil seluar pendek di bawahnya.

Tindakanku terhenti apabila melihat sebuah teddy bear. Seseorang pernah berikan pada aku dulu. Patung We Bare Bears. Aku mengusap patung itu. Jantungku tiba-tiba berdegup laju dan fikiranku melayang.

"Aku minta maaf. Tapi aku suka dekat kau."

Kata-kata Darius kembali segar di ingatan.

Aku merasakan bagai masa terhenti untuk seketika. Kerana aku terkedu. Terkedu dengan apa yang dikatakan lelaki itu. Terkejut juga. Kerana apa yang dikatakan oleh Syahmi tempoh hari berubah menjadi kenyataan.

Tetapi aku tidak pernah minta perkara itu untuk menjadi kenyataan di alam realitiku.

"Mama aku dah panggil." kataku lalu cuba untuk beredar.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now