#22

4.6K 329 11
                                    

BUKU latihan yang berlambak di atas meja belajarku aku tenung lama. Ada juga buku rujukan yang aku keluarkan daripada rak untuk dibaca.

Aku melihat jam di dinding.

Sudah jam lapan setengah malam. Aku mengeluh. Inilah aku. Suka menunda dan menangguh. Semalam kata nak belajar pagi. Tapi bangun lambat. Petang tadi pula dah bawa buku turun ke bawah untuk belajar, tapi tengok tv. Dan sampailah ke malam selepas aku siap solat isyak.

Pensil di tangan aku letak atas buku latihan Matematik. Fikiran aku serabut kerana aku masih tersangkut di soalan satu. Selalu kalau aku tak dapat selesaikan soalan atau tak faham aku akan tanya pada Liana. Tapi sekarang dah lain. Pada siapa aku akan tanya sekarang?

"Penatlah jadi bodoh." kataku pada diri sendiri. Daripada dulu sehinggalah sekarang aku masih tidak pandai subjek Matematik. Sudah banyak kali aku cuba. Banyak latihan yang aku sudah buat. Tapi masih tidak dapat score.

Dan sebab itulah aku tidak ambil kelas yang mempunyai Matematik Tambahan. Kalau tidak, aku pasti akan mendapat tempat yang terakhir setiap kali peperiksaan.

Aku melihat buku-buku subjek lain. Semuanya aku sudah belajar semalam. Tinggal Matematik dan Sains.

Aku bangun lalu terus menuju ke katil. Bantal panjang aku peluk. Lagi dua minggu aku akan menghadapi peperiksaan. Nasib baik cuma peperiksaan sekolah. Dan kalau aku tak dapat score dengan baik, macam mana dengan peperiksaan sebenar SPM nanti?

Ah, risaunya!

Sejak kebelakangan ni aku asyik berfikir tentang masa depan aku sahaja.

Fon telinga aku sumbat ke dalam telinga. Stress lama-lama bila asyik fikir. Aku memejamkan mata sambil mendengar lagu-lagu yang menenangkan hati. Sabarlah, Arfah. Terima sajalah yang kau memang takkan faham Matematik.

TEET TEET!

Aku membuka mata. Aku perlu ke sekolah! Haritu aku sudah ponteng sekolah sehari. Dan harini aku perlu ke sekolah. Kerana subjek hari ini semuanya penting-penting. Kalau tertinggal, mamposlah aku.

Aku duduk sambil memegang leher. Ah! Wayar daripada earphone terbelit pada leher. Cepat-cepat aku buka. Nasib baik tidak terjerut masa tidur. Kalau tak, pasti aku tak sempat nak jadi kaya nanti.

"Arfah! Dah siap ke belum tu?? Mama dah nak gerak ni." mama mengetuk pintu bilikku.

Eh cepatnya!

Mataku melihat jam di dinding.

06:45 pagi?? Aku salah set jam ke? Aku rasa masa alarm berbunyi tadi, aku terus bangun. Atau.. itu alarm yang kelima yang berbunyi?!

Aku berlari masuk ke dalam kawasan sekolah melepasi pagar utama.

"Sempat!" jeritku menarik perhatian semua orang yang turut berada di situ. Termasuk cikgu disiplin yang baru saja berjalan ke arah pengawas sekolah. Aku menelan liur sebaik saja mata kami bertembung.

Fuh! Nasib baik cikgu tak sebat aku masa lalu sebelah dia tadi.

Sampai di tapak perhimpunan aku terus duduk di dalam barisan. Aku melihat masing-masing sibuk membaca buku mengenangkan minggu depan dah periksa.

Beg sekolah aku buka untuk melihat subjek apa yang boleh aku baca. Sekejap! Mana buku teks? Semua buku teks?!

Aku menepuk dahi. Aduh tertinggal dekat depan pintu rumah masa tengah pakai kasut. Nasib baik harini tak ada sains dengan sejarah.

Kami berjalan masuk ke dalam kelas.

"Oi." Syahmi menyapa aku.

Aku hanya menjeling dia. Masih teringat perkara minggu lepas semasa dia cuba kenakan aku waktu balik sekolah.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now