# SPECIAL CHAPTER

4.6K 315 24
                                    

"Setiap orang akan diberi satu kanvas putih di dalam hidupnya. Itu pilihan kita bagaimana harus mencorak dan mewarnakan kanvas itu. Bagaikan kehidupan nyata ini, kita adalah watak utama di dalam sebuah cerita. Mereka yang disekeliling hanyalah penggerak cerita itu. Yang membawa ke mana cerita itu pergi adalah diri kita sendiri. Semua bergantung pada pilihan dan peluang yang kita ambil untuk sampai ke pengakhiran cerita itu. Jadi, teruskanlah. Teruskan walau sulit dan pahit mana kehidupan kita, jangan pernah mengalah. Pelangi muncul selepas hujan. Kebahagiaan pasti akan datang bila tiba masanya nanti."

❀❩

HUJAN malam itu membuat bulu romaku merinding. Aku bangun dari tidurku dek kesejukan malam yang melampau. Buat seketika aku blur kerana masih mengantuk.

Tangan diraba ke sebelah. Tiada orang. Aku memalingkan kepala memandang sisiku. Darius tiada.

Sekarang jam 1 pagi.

Aku turun dari katil lantas bergegas ke bawah mencari suamiku. Aku melihat cahaya malap daripada ruang tamu. Itu cahaya daripada televisyen.

Dari jauh aku melihat Darius baring di atas ruang tamu rumah kami. Dengan tv yang masih terpasang. Aku menggelengkan kepala. Aku berjalan mendekati Darius yang sudah nyenyak tidur.

Lalu aku duduk di atas karpet melihat Darius tidur. Baru aku teringat. Yang dia merajuk dengan aku tadi. Hanya kerana aku tidak mahu temankan dia tengok bola. Tak sangka pula sampai taknak tidur dengan aku malam ni.

Wajah redupnya aku tenung lama. Haih.. suami siapalah ni? Aku membelai lengannya lalu aku selimutkan tubuhnya. Kesian, sampai kesejukan.

Aku duduk berselimut di atas karpet itu. Mataku mula layu dan akhirnya aku terlena.

Hangat.

Aku kenal bau ini. Dan aku tahu aku dimana. Berada di dalam pelukan lelaki ini. Bunyi alarm membangunkanku dari lena tidur. Baru saja aku mahu bangun, Darius menarikku semula ke dalam dakapannya. Aku senyum.

Kerana aku selesa dengan dia.

"Nak pergi mana.. abang rindu Arfah." ujar Darius yang masih tidur. Tetapi sedar yang aku mahu pergi. Eleh, tadi bukan main merajuk.

Aku memeluknya erat di dalam selimut. Dan baru aku sedar. Bukan tadi kami berada di bawah? Takkan Darius bangun dan bawaku ke atas kot? Dan lagi satu.. Darius tidak berbaju sekarang ni.

Aku meneguk liur. Jangan Arfah, anak kau ni pun belum lahir lagi. Jangan.. jangan.. sabar Arfah. Aku menggeleng kepala laju-laju.

Aku melihat Darius celik.

"Good morning.." ucapku.

Dia senyum.

Aku tersentak apabila teringat sesuatu.

"Bangunlah subuh ni!" ujarku lantas bergegas bangun dari baringku. Aku memukul Darius yang masih baring.

"Bangun sekarang." marahku.

Darius menggeleng. Aku membulatkan mata tanda amaran.

"Nak kiss dulu." ujar Darius.

Dasar.

"Lantak ko lah." kataku lantas turun dari katil. Aku senyum apabila Darius juga bangun mengikutiku.

Usai solat subuh, aku terus mengemas katil. Dan bersiap sedia untuk sediakan sarapan pagi. Darius pula sedang bersiap untuk pergi kerja.

Kuali aku keluarkan daripada kabinet.

Baru saja mahu menghidupkan api, perutku terasa sesuatu. Sakit. Yang tak dapat aku ungkapkan bagaimana rasa sakitnya.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now