#29

4.2K 296 9
                                    

AKU melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Entah mengapa kaki masih menggeletar walaupun peperiksaan sudah pun tamat. Iya, peperiksaan besar itu telah tamat. SPM. Cuma perlu tunggu keputusannya di awal tahun hadapan.

Di tengah-tengah laluan itu aku berdiri kaku. Rasanya seperti masa berlalu dengan pantas. Sama seperti sekarang. Telinga bagaikan mendengar bunyi jarum jam berdetik.

Banyak perubahan yang berlaku tahun ini. Yang banyak memberi kesan pada diri. Seperti tidak percaya. Yang aku akan melangkah keluar daripada sekolah ini. Sekolah yang banyak memberi kenangan manis mahupun pahit.

Semua telah berlalu. Dan aku perlu menghadap apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Apakah perkara baharu yang bakal aku temui nanti? Adakah ianya sesuatu yang baik? Ataupun ia akan menyakitkan?

"Jom. Cikgu ada sediakan air sejuk dekat kantin." Qistina mengajakku. Mengeluarkanku daripada lamunan itu.

Aku hanya mengangguk seraya menapak ke kantin sekolah. Ramai pelajar sudah duduk sambil minum segelas air. Beg yang berada di atas meja panjang itu aku ambil lalu alat tulis segera dimasukkan ke dalam bekas pensil.

"Nah aku ambilkan untuk kau." seseorang menyapaku. Syahmi. Dia membawakan segelas air sejuk untuk aku.

Aku mengambil gelas itu dari tangan Syahmi.

"Thankyou." ucapku lalu air itu aku teguk. Wah, manis nak mampos.

"Kau balik terus ke apa ni?" soal Syahmi.

"Ye lah kot. Dah tu nak buat apa kat sekolah." balasku. Memang tidaklah nak duduk di sekolah sampai petang. Dahlah panas.

Beg sandang milikku aku pakai di belakang. Fuh, ringan macam bawa angin. Mentang-mentanglah hari terakhir peperiksaan, bawa buku nota dan alat tulis sahaja.

Aku berjalan ke tempat parkir motorsikal. Iya, aku sudah mula membawa motorsikalku sendiri ke sekolah sejak beberapa bulan yang lepas.

Kunci motor aku cucuk pada tempatnya. Baru saja mahu menghidupkan enjin motorsikal, seseorang mencampak beg sekolahnya pada aku. Cepat-cepat aku menyambutnya. Nasib baik dia tidak mencampaknya dengan kuat.

Aku tidak memandang orang itu kerana aku tahu siapa dia.

"Kau nak apa?" soalku pada Darius yang sedang berjalan ke arah sini.

Dia berdiri di hadapan aku. Bajunya sudah dikeluarkan daripada seluar. Tengok gaya dia ni mengingatkan aku dengan satu watak drama korea lah. Siapa tu nama dia? Oh, Baek Kyung daripada drama Extra-Ordinary You.

Segak.

"Awalnya balik." ujar Darius. Wajahnya nampak muram.

Enjin motor itu aku hidupkan.

"Dahtu dekat sekolah nak buat apa? Penat do aku nak tidur." balasku.

Darius diam.

"Ada orang bagi kau hadiah." ujarnya.

Keningku terangkat. Hah? Mana?

"Hadiah apa?" soalku. Kemudian buat-buat seperti sedang mencari sesuatu.

"Ada kat dalam beg tu. Ambillah." kata Darius.

Aku melihat beg sandang milik Darius yang dibaling pada aku tadi. Zipnya aku buka. Terdapat satu hadiah berbalut di dalamnya. Tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.

"Untuk aku?" soalku ingin kepastian.

Darius hanya mengangguk.

"Kau yang bagi ke?" soalku lagi.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now