#39

4.4K 301 11
                                    

SERPIHAN kaca yang berderai di atas lantai dikutip satu persatu kemudian diletakkan di atas penyodok.

"Jangan mimpi nak balik sana." ujar wanita itu.

Makan malam yang sepatutnya diadakan kini musnah sebaik saja Darius mengatakan hasratnya yang ingin pulang ke Malaysia selepas makan malam tamat.

Ayah Darius yang turut berada bersama malam ini masih duduk di meja makan bersama Syamil dan ibunya. Hanya Darius yang sedang mengutip serpihan kaca daripada gelas yang dipecahkan ibunya di tepi meja makan.

"Tapi Darius dah janji dengan Arfah, ma." balas Darius.

"Mama cakap tak boleh tu tak bolehlah!!" bentak wanita itu yang masih tegas dengan pendiriannya.

Serpihan kaca yang berada di tangannya digenggam. Cecair merah mula menitis ke atas lantai.

"Ayah, tangan Darius!" ujar Syamil lalu pergi ke arah Darius. Dipegangnya lelaki itu tetapi Darius merentap tangannya kembali.

"Apa lagi yang mama nak Darius buat untuk puaskan hati mama??" soal Darius bengang.

Wanita itu bangun dari duduknya.

"Dengar cakap mama, duduk dekat sini dan jadi orang yang macam mama nak. Salah mama juga sebab biarkan kamu berkawan lama-lama dengan kawan-kawan tak guna kamu kat sana tu. Jadi tak dengar cakap!" marah mama Darius.

Meja makan dihentak kuat. Tangannya merah akibat hentakan dan luka daripada kaca tadi.

"Mama tak rasa ini memang salah mama ke?" soal Darius.

Wanita itu tersentak.

"Pernah tak sekali mama dengan ayah cuba faham Darius? Pernah tak mama dengan ayah bangga dengan apa yang Darius buat? Sikit pun tak pernah. Selama ni korang sedar tak, yang Darius sekali pun tak pernah rasa kasih sayang daripada mama dengan ayah. Yang mama dengan ayah tahu, setiap hari bagi Darius tertekan. Mama dengan ayah layan Syamil lebih baik daripada Darius sedangkan dia bukannya anak kandung mama dengan ayah pun. Setiap kali Darius bawa balik result cemerlang, apa yang Darius dengar?

You should do better. I expected more from you. You should be like Syamil." luah Darius. Matanya mula berkaca.

Suasana di rumah itu bertukar tegang.

"Darius.." Syamil cuba mengatakan sesuatu tetapi Darius terlebih dahulu mencantas.

"And sekarang mama cuba salahkan kawan-kawan Darius? Kawan-kawan tak guna yang mama cakap tu lah yang Darius anggap macam family. Yang ada setiap masa dengan Darius waktu korang semua takda." tambah Darius.

Wanita itu merenung Darius tajam. Tetapi Darius tidak kisah lagi. Penat ingin jaga hati ibu dan ayahnya sedangkan mereka tak pernah pun jaga hatinya.

"Pergi." lelaki separa umur itu mula bersuara.

Darius memandang ayahnya.

"Pergi sebelum ayah ubah fikiran." ujar lelaki itu lagi.

Syamil menolak Darius untuk pergi ke hadapan.

"Keluar cepat, nanti kang terlambat." ujar Syamil.

Pintu kereta ditutup. Darius melangkah masuk ke dalam kawasan lapangan terbang di China itu. Flight yang sepatutnya diambil sudah berlepas. Jadi dia perlu menempah tiket baharu.

Darius mengeluh. Sekarang sudah jam sepuluh malam. Dan dia perlu menunggu dua jam disini.

Darius bersandar pada kerusi sambil menunggu. Air matanya yang mengalir tanpa sengaja dilap menggunakan lengan. Di dalam fikirannya hanya memikirkan gadis itu. 

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now