#11

5.4K 371 19
                                    

PAYUNG yang basah dengan air hujan aku letak di dalam baldi di luar rumah. Pintu rumah dibuka dari dalam dan wajah mama yang kelihatan risau aku lihat.

"Arfah pergi mana hujan-hujan ni??" soal mama risau. Matanya yang dari tadi memandang aku beralih pada seseorang disebelahku.

"Darius?" ujar mama pelik.

Kami masuk ke dalam.

Sejak tadi aku hanya menutup mulutku. Biarkan dia sahaja yang bercakap dengan mama. Biar dia cerita dan luah masalah dia pada mama.

"Tak apa, Darius. Malam ni Darius tidur lah sini dulu. Tidur dekat dalam bilik arwah abang Fariq." ujar mama.

Pintu bilik aku buka lalu membuka suis lampu. Aku melihat bilik ini. Sudah lama aku tidak masuk ke dalam bilik ni. Iya, ini bilik arwah abang aku. Fariq Arfan. Sepatutnya tahun ini umur dia 20. Tapi nak buat macam mana, ajalnya sampai awal.

"Ha tidur la sini." ujarku dengan tudung yang masih tersarung. Hampir juga aku terbuka tadi sebab terlupa yang Darius ada di dalam rumahku.

Darius melangkah masuk ke dalam. Kunci kereta miliknya diletakkan di atas meja.

"Kau keluar rumah tadi.. ada bawa baju tak?" soalku.

"Ada."

"Berapa banyak?" aku menyoal lagi.

Dia mengerutkan keningnya.

"Adalah berapa helai camtu. Kenapa?" jawabnya.

"Mak aku suruh ajak kau balik kampung kitorang." balasku.

"Kau tak kisah?" soal Darius.

Aku hanya mengangkat bahu.

❀❩

BEG pakaianku aku bawa keluar. Darius yang sedang minum air di dapur aku hiraukan.

"Kenapa ma?" soalku sebaik saja melihat mama memicit tayar kereta.

"Rasanya tayar ni pancit. Tayar spare lupa nak isi angin pulak tu." ujar mama.

"Naik kereta saya la, makcik." ujar Darius yang tiba-tiba muncul di pintu rumah.

"Eh takpe ke?" soal mama.

"Boleh je. Saya tak kisah."

Beg-beg pakaian aku bawa ke kereta milik Darius. Aduh berat pula tu. Beg mama takdalah seberat beg aku. Aku sendiri lupa apa yang aku letak dalam ni sampai berat macam batu.

"Woi buka bonet!" jeritku.

Lembab betul Darius ni. Makan lambat, minum lambat. Jalan pun lambat!

Darius membuka bonet kereta. Beg-beg pakaian yang aku sedang pegang diambil lalu dimasukkan ke dalam bonet. Eh, baik pula dia.

"Kau, duduk belakang." arah Darius membuatkan mataku membulat. Berani kau mengarah aku?

Aku berjalan malas masuk ke dalam kereta lelaki itu. Mengalah sajalah untuk mama. Kalau naik kereta mama tadi mesti dia yang duduk belakang punya.

Perjalanan dari Shah Alam ke Banting mengambil masa kurang daripada dua jam. Aku hanya membuang masaku dengan bermain Pubg. Selang beberapa minit aku menutup skrin telefon. Ah, pening pula kepala bila main telefon dalam kereta ni.

Aku memandang Darius yang sedang fokus memandu. Mata kami bertembung beberapa kali di cermin pandang belakang. Ish, ni fokus ke tak ni memandu?

Kereta diberhentikan di stesen minyak. Darius keluar daripada kereta untuk mengisi petrol. Aku yang tiba-tiba rasa ingin terkencing terus keluar dan lari ke tandas awam di stesen minyak itu.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now