#19

5.1K 394 37
                                    

PINTU bilik pejabat bapanya dibuka dari dalam. Darius masuk untuk melihat jika ayahnya berada disitu.

"Lama lagi ke, ayah?" soal Darius.

"Ayah ada kena jumpa orang nanti." Ayahnya menjawab tetapi tidak memandang wajahnya.

Pintu bilik itu ditutup dan Darius keluar daripada bilik pejabat itu. Dia mendengus. Dah tahu ada urusan lama kenapa kena bawa aku sekali?

Darius turun ke tingkat paling bawah bangunan syarikat milik bapanya itu lalu duduk di atas bangku.  Air tin yang baru dibeli daripada mesin diteguk rakus.

Matanya melihat skrin telefon apabila mendapat satu notifikasi. Darius lantas bangun dan berlari ke arah tempat menunggu bas untuk menahan teksi.

Teksi diberhentikan di hadapan sebuah hospital. Darius mempercepatkan langkahnya kerana perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam tadi sudah mengambil banyak masa. Dia tidak boleh lambat, apatah lagi selepas mendapat mesej yang kawan baiknya kemalangan.

Darius tiba di wad kecemasan. Dia melihat rakan-rakannya yang lain sudah ada disitu. Sedang menunggu di hadapan bilik pembedahan. Dia ingin pergi kepada mereka tetapi langkahnya terhenti sebaik saja mendengar pertengkaran keluarga Adrian. Dia berdiri sebalik dinding.

"Pasal kau lah anak aku ada dalam tu!" tengking seorang wanita yang berada di pertengahan usia. Iya, itu adalah ibu kepada Adrian.

Arfah sedang menundukkan wajahnya dengan tangannya kedua-dua dipegang.

"Saya minta maaf makcik.." ujar Arfah. Dia mengesat air matanya. Rasa bersalah sudah menyelubungi diri. Kalau tidak kerana dia yang mahu sangat menonton filem, perkara ini tidak akan terjadi.

"Kalau ada apa-apa jadi dekat adik aku, memang kena kau." ujar kakak Adrian yang sudah berkahwin.

Darius yang sedari tadi hanya bersandar pada dinding membuka langkah. Baru saja dia mahu berjalan ke arah mereka, tubuh Arfah ditolak ke belakang dan terkena pada Darius.

Darius menahan gadis itu daripada terus terduduk di atas lantai. Arfah bangun semula lantas berjalan pergi daripada situ. Tidak langsung memandang Darius.

Darius melihat wajah ibu Adrian yang sedang menahan amarah. Langkah lelaki itu diatur kepada Syahmi. Liana juga ada disitu bersama orang tuanya dikerusi. Hanya Syahmi yang sedang bersandar pada dinding.

"Apa jadi? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Darius pada Syahmi.

Syahmi menghela nafas berat.

"Tadi.. lepas Adrian hantar Arfah balik. Dia accident dekat traffic light. Katanya masa dia nak buat u-turn ada satu lori tu laju and tak berhenti dekat lampu isyarat lepastu langgar kereta Adrian." cerita Syahmi.

"Dah berapa lama Adrian dekat dalam?" soal Darius lagi.

"Dekat sejam lebih jugak." jawabnya.

Darius meraup wajahnya. Matanya melihat pintu bilik bedah itu. Tolong bertahan, Adrian. Aku tahu kau kuat.  Dan kau kena survive.

Pili air dibuka oleh Darius. Wajahnya yang bersih itu dibilas dengan air. Fikirannya buntu. Dia melihat wajahnya di cermin. Matanya yang mula berair itu cepat-cepat dilap dan kepalanya ditundukkan.

Langkahnya dituju keluar daripada tandas awam lelaki. Dia melihat Arfah yang sedang bercakap sesuatu pada ibunya. Gadis itu sedang duduk di atas kerusi menunggu sambil menangis dan  tidak henti menyalahkan diri sendiri.

❀❩

PAGI itu aku bangun.

Melihat jam menunjukkan sudah 6:30 pagi. Aku perlu ke sekolah. Hampir satu malam aku tidak tidur. Balik rumah pun sudah jam 3 pagi.

[C] Hate Or LoveOnde as histórias ganham vida. Descobre agora