#2

8.1K 468 3
                                    

AKU memandang skrin telefon.

Tanganku dengan laju ingin menekan butang merah tetapi nampaknya panggilan sudah diangkat.

Wajah lelaki itu terpampang di skrin. Kepalaku tidak dapat memproses apa-apa tetapi hanya memandangnya. Mata kami bertemu. Orang kata, dari mata tur—

"So look who is here!" kata Darius di hujung talian.

Sebaik saja mendengar suara itu, aku terus kembali ke alam nyata.

"Sorry wrong number," ujarku ingin melarikan diri. Untuk kali yang kedua, aku cuba untuk menekan butang merah.

"Wait, are you shy? Hahahaha, it doesn't suits you la, Arfah." Darius berkata lagi.

Aku hanya menjelingnya.

"Need to sleep, Assalammualaikum." Itu sahaja ayat yang mampu keluar dari mulutku lalu aku mengakhiri talian itu.

Aku jeda seketika.

Cepat-cepat aku memegang kepala. Fuh, nasib baik pakai hoodie. Aku menekup wajahku pada bantal. Argh malunya!

❁❩

KERETA honda Jazz milik mama berhenti di depan pagar sekolah. Aku sudah taubat. Tidak mahu pergi sekolah berjalan kaki lagi.

"Arfah balik jam dua tau," ujarku pada mama. Mama hanya membuat simbol ok. Pipi orang tuaku itu aku cium.

"Kalau mama lambat jangan tunggu ya." kata mama.

Aku hanya mengangguk. Aku sudah tahu itu. Inilah antara sebab kenapa aku lebih suka pergi sekolah jalan kaki daripada naik dengan mama. Mama selalu tidak menepati janjinya.

Aku terus keluar dari kereta lalu masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Eh kau." sapa satu suara.

Aku terus menoleh kebelakang. Wajahku memandangnya menyampah.

"Awal sampai sekolah." sindirnya.

Mahu saja aku pukul dia pakai buku Sejarah ni.

"Isn't it a good thing? Aku tak kena denda, and yeah. Tak payah nak menghadap muka kau pagi ni." kataku sambil senyum senang hati.

Darius tergelak.

"Sorry to disappoint you, Arfah. Tapi harini aku tak bertugas. Dan kau still akan menghadap aku dekat kelas jugak nanti." ujar Darius lalu berlalu pergi.

Kadangkala aku tertanya-tanya juga kenapa aku satu kelas dengan dia dan mengapa aku tidak mengenalinya sebelum ini. Padahal kami sudah bersekolah di tempat yang sama sejak tingkatan dua lagi.

Oh, mungkin kerana sebelum ini, kami berada di dalam kelas yang lain. Dan aku pula jenis yang tidak mempedulikan orang-orang disekeliling. Jadi sebab itu lah aku tak kenal dia. Mungkin.

Selepas perhimpunan pagi tamat, aku terus berlari naik tangga untuk ke kelas. Kerana aku sudah lambat. Sejak di perhimpunan pagi tadi aku di tandas. Sakit perut. Nasib baik masa pertama Cikgu Ariana yang mengajar. Jadi mungkin aku takkan dimarahi.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now