#37

4.3K 297 5
                                    

PLASTIK yang sarat dengan barang diletakkan di atas lantai. Aku melihat sekeliling. Apabila berpuas hati dengan bilik ini, aku melangkah masuk dan memilih katil yang jauh daripada pintu dan berdekatan dengan tingkap.

Cadar yang baru saja dibeli aku sarung pada tilam tebal itu. Aku memasukkan barang-barang di dalam almari. Nasib baik semuanya bersih dan tidak kotor. Jadi takdalah aku perlu bergotong-royong dahulu.

"Nasi mama letak sini tau. Nanti jangan lupa makan dulu." pesan mama dimuka pintu. Bekas makanan yang berisi lauk ditinggalkan di atas meja belajarku.

Aku melihat mama berjalan ke arah kereta. Tangan lembut orang tuaku itu aku cium lalu tubuhku dipeluk erat.

"Belajar baik-baik ya Arfah.." ujar mama. Belakangku ditepuk. Aku hanya senyum lalu mengangguk.

Kereta mama berlalu pergi dari pandangan. Kini tinggal aku seorang. Di tempat yang sungguh asing bagiku. Kepala didongak ke atas. Gerimis.. Wah, baru hari pertama aku disini sudah hujan?

Pintu dikuak dari luar. Suara orang sedang bercakap kedengaran daripada luar. Mungkin itu bakal roommate aku. Selipar aku letak di atas rak.

Aku melangkah masuk apabila ahli keluarga roommate aku sudah keluar. Sempat aku senyum pada mereka.

"Aik," ujarku sebaik saja melihat rakan sebilikku itu.

"Arfah??" soal Mayleen.

Aku mengangguk laju. Ah.. ada juga orang yang aku kenal belajar dekat sini. Kalau tak, mahu sunyi seumur hidup.

"Lama kita tak jumpa kan?" soal Mayleen. Senyumannya lebar seperti selalu. Masih tidak berubah. Mayleen masih dengan wataknya yang sentiasa ceria.

"Haah, tak sangka awak pun belajar kat sini. Sebilik pula tu!" ujarku teruja. Kami ketawa walaupun tiada apa yang lawak.

Hari mula gelap. Dan aku terbaring di atas katil yang tidak berapa empuk. Sudah jam 8. Dan aku tidak tahu mahu buat apa. Esok sudah mula orientasi. Aduh.. kena bersosial lah esok!

❀❩

ALARM yang bising melagukan bunyinya mengejutkanku daripada tidur yang lena. Untuk pertama kali selepas minggu orientasi, aku dapat tidur dengan lena. Kalau sebelum ini, pagi-pagi selepas Subuh sudah ada aktiviti.

Aku keluar daripada dewan kuliah. Sekarang sudah jam 1 petang. Dan perut aku sudah lapar. Mayleen kata mahu jumpa aku disini.

"Dah, jom makan!" ujar Mayleen lantas menarikku untuk ke cafeteria.

Pintu cafeteria dibuka dari dalam. Kami memberikan laluan pada mereka untuk keluar dahulu. Tapi entah kenapa mereka tidak bergerak.

"Arfah?" tegur seseorang.

Aku mengangkat kepala. Tak sangka aku terkenal disini. Tapi hampa. Aku hanya senyum segaris pada Qidran. Wajah lelaki itu masih terkejut.

Aku diam sekejap. Kenapa di minggu orientasi aku tak pernah nampak Qidran? Hahaha. Dalam kampus ni bukannya ada dua tiga orang. Beratus malahan mungkin beribu. Jadi mestilah aku tidak perasan. Takkanlah sebanyak-banyak manusia itu aku ingin usha satu persatu?

"Kau kenal ke?" soal kawan kepada Qidran. Nampaknya dia orang baru. Qidran mengangguk. Okey.. boleh ketepi tak? Aku betul-betul dah lapar ni.

Pergi saja mereka daripada situ, aku laju menarik Mayleen ke dalam. Hidung sudah mula menghidu bau makanan yang masih hangat.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now