#28

4.3K 302 10
                                    

WAJAH Darius kelihatan ceria. Dia tidak bergurau bila dia cakap yang dia mahu mengajakku dating. Tak guna.

Dan disinilah kami. Di Pasar Seni. Apa ini? Pasar Seni date? Aku menjeling Darius yang berdiri disebelahku. Ikutkan hati mahu saja aku lari dari dia sekarang ni.

"Are you that happy, Asyraf Darius?" soalku. Actually, lebih kepada sindiran.

Dia memandang wajahku. Kemudian senyum sehingga matanya yang cantik itu sepet. Tampar kang.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, kami melintas jalan untuk ke seberang. Kami tiba di Pasar Seni. Tak terfikir pula aku untuk ke sini.

Aku suka kawasan ini. Tidak terlalu sesak dan tidak juga lengang. Ada saja orang yang akan datang menyinggah ke sini.

Kami berjalan di satu lorong. Terdapat banyak kedai cenderamata dan kraf tangan. Ada juga gerai-gerai kecil yang menjual masakan Malaysia. Mataku bagaikan nampak berlian apabila melihat banyak barangan dan hasil seni yang dijual disini.

Bagi seseorang yang mencintai seni seperti aku, aku akan pastikan yang aku tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Aku masuk ke dalam salah satu kedai lukisan. Aku terlalu leka meneliti lukisan-lukisan tersebut sampai aku tidak sedar dimana Darius. Aku juga lupa yang aku ada bersamanya tadi. Ini semua gara-gara terlampau teruja melihat hasil-hasil seni.

Aku keluar semula daripada kedai itu untuk mencari dimana Darius berada. Laluan yang agak sempit dan sesak menyukarkan aku untuk mencari Darius. Takkan nak aku jerit nama dia di tengah-tengah lautan manusia ini?? Memang tidaklah. Kang tak pasal-pasal jadi drama swasta pula.

Mataku terhenti pada susuk tubuh yang aku kenali. Iya, itu dia. Disana.

Kaki melangkah ke arahnya. Melihat dia sedang buat apa.

"Sampai hati do tinggalkan aku sorang-sorang." sindirku.

Aku melihat wajahnya. Tetapi dia masih tidak membalas apa-apa. Pekak ke apa? Bila masa pula ada bom meletup sebelah dia ni? Atau aku yang dah tersalah orang ni?

"Kau rasa ni cantik ke?" soal Darius tiba-tiba sambil menunjukkan rantai yang mempunyai loket kayu berbentuk rama-rama.

Aku mengangguk.

"Untuk aku ke tu?" soalku dengan tidak malunya.

"Bukan ah." jawabnya sepatah. Okey. Dan sekarang aku malu. Mula mencari tempat untuk sorokkan muka.

"Lama lagi ke? Aku dah lapar ni." balasku bagi menutup malu. Tapi sebenarnya memang dah lapar ni.

"Jap bagi aku bayar ni dulu." ujar Darius lalu beransur ke meja kaunter.

Kami berhenti di satu restoren yang menjual makanan Melayu untuk mengisi perut. Wah, dari pagi aku tidak makan apa-apa.

Aku duduk di salah sebuah meja setelah mengambil makanan.

"Banyak kau makan." kata Darius.

Aku hanya menghiraukan dia dan sambung makan. Aku melihat orang mula membanjiri kedai makan ini. Nasib baik sampai awal, kalau tak penat woi nak tunggu.

Jus fresh orange aku sedut rakus. Sudah lama sebenarnya aku tidak minum air manis. Rasanyalah. Darius yang baru saja lepas mencuci tangannya terus duduk. Kemudian melihat telefon bimbitnya apabila bunyi notifikasi muncul.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now