#40

5.1K 366 21
                                    

AKU menepuk bahu Syahmi beberapa kali. Kerana dia juga menerima surat jemputan yang sama denganku.

"Jom nangis sama-sama.." aku berkata. Sambil duduk di atas batu disebelah Syahmi.

Dia memandang aku.

"Kenapa diorang buat kita macam ni ye?" soal Syahmi. Aku hanya gelak kemudian mengangkat bahu.

Kita perlu terima. Tak semestinya semua hubungan akan berakhir dengan perkahwinan. Jodoh Tuhan sudah aturkan. Kita hanya perlu terima dengan hati yang terbuka.

Tepat jam 12, kami tiba di hadapan dewan dimana majlis itu diadakan. Kami bertiga berjalan masuk ke dalam dewan itu. Aku hanya gagahkan diri. Tidak sabar mahu melihat pasangan pengantin itu. Pasti Liana cantik memakai gaun sandingnya.

Ramai di dalam. Aku terus duduk di satu meja bulat berlapikkan kain putih itu. Pengantin bakal tiba sebentar lagi. Dan jantungku berdebar hebat. Kerana kawan aku bakal berkahwin hari ini.

Aku melihat pengantin lelaki yang baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan ayah kepada Liana. Aku gembira melihat dia. Liana pula duduk di atas singgahsana. Wajahnya yang cantik jelas nampak berdebar.

Pengantin lelaki itu mula bersalam dengan wali.

"Syed Syamil bin Syed Fauzi."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau, dengan anak perempuanku Amira Liana binti Haji Khalid dengan mas kahwin 800 ringgit tunai.."

Aku mendengar Syamil mengulangi ayat itu. Apabila sudah disahkan, doa dibaca. Aku mengucapkan alhamdulillah. Kerana akad nikah ini berjalan dengan lancar.

Aku melihat gadis itu tersenyum apabila berhadapan dengan Syamil yang ingin menyarungkan cincin pada jari manisnya.

Apabila sudah dijemput makan, kami menjamah hidangan yang sudah disediakan di atas meja kami. Aku melihat Syahmi disebelah yang hanya diam.

"Ala takpa Syahmi. Ramai lagi perempuan yang lebih baik." Mayleen yang turut menyedari memberikan kata-kata semangat. Syahmi hanya mengangguk. Aku faham akan perasaannya. Seperti dikhianati oleh orang yang bukan milik kita.

Usai makan, sesi pergambaran bermula. Pasangan yang baru saja bernikah itu sedang bersanding di atas pelamin yang indah bagai syurga. Seluruh keluarganya berada disitu. Mata melihat satu-persatu manusia yang sedang berdiri di pelamin itu. Sehinggalah mataku terhenti pada seseorang.

Jantung berdetak laju.

Itu adalah dia. Air mata mula bertakung. Perasaan rindu makin kuat terasa. Tapi hati masih sakit. Tidak terfikir pula yang aku bakal bertemu dengan dia hari ini.

"Jom balik." ujarku.

Syahmi dan Mayleen memandangku serentak.

"Kita kena jumpa pengantin dulu, kan?" soal Mayleen.

Aku diam.

Tetamu yang hadir mula beransur pulang. Masing-masing berjumpa dengan pengantin dan keluarganya terlebih dahulu. Dan kami hanya mengikuti.

Liana berdiri di sebelah suami dan ahli keluarganya. Aku menapak mendekati mereka. Liana memandang aku. Begitu juga Syamil.

"Liana, tahniah.." ucapku ikhlas.

Aku melihat wajah gadis itu yang seperti terharu dengan kehadiranku. Wajahnya seperti mahu menangis tetapi ditahan.

"Terima kasih, Arfah. Sebab sudi datang." balas Liana.

Aku senyum pada Liana.

"Kenapa aku taknak datang pulak? Kau kan kawan aku." ujarku.

Aku melihat Liana senyum bahagia.

[C] Hate Or LoveWo Geschichten leben. Entdecke jetzt