#31

4.3K 295 105
                                    

TIRAI besar yang menutupi diselak seseorang. Aku melihat wajah Darius yang penuh kerisauan. Tetapi langkahnya masih mati disitu sambil melihat aku yang sedang terbaring di atas katil wad kecemasan.

Dia berjalan mendekati aku. Tirai yang diselak tadi ditutup semula. Wajahnya nampak tidak gembira. Seperti marah pada aku.

"Aku dah hilang ramai orang. Takkan kau pun nak pergi tinggalkan aku??" soal Darius.

Hah? Apa?

Belum sempat aku mahu membalas kata-kata lelaki itu, mama yang baru pulang daripada tandas mengalih perhatian kami berdua.

"Ouh, Darius. Maaflah ganggu Darius malam-malam. Makcik tak boleh balik rumah tadi tu yang minta tolong singgahkan ke rumah." ujar mama.

Singgah?

Darius hanya senyum pada mama kemudian sesuatu dihulur pada mama. Kad pengenalan aku?? Kenapa ada pada Darius? Aku tak boleh bayang wajah Darius masa tengok kad pengenalan aku. Mesti dia ada tergelak kan?

"Takpe, mungkin saya takkan tahu kalau makcik tak call saya tadi." balas Darius.

Cis. Aku menjeling dia.

"Tulah.. nasib baik tak teruk mana. Ini pun tengah tunggu nak pergi x-ray kaki." ujar mama lagi.

Beberapa minit kemudian mama pergi ke kaunter untuk selesaikan apa yang patut. Darius pula entah ke mana.

Kerusi ditarik seseorang. Darius duduk di atasnya lalu bersandar pada kerusi itu. Matanya memandang aku tajam. Okey, tapi kali ini pandangan itu mampu buatkan aku teguk liur.

"Tak payahlah marah sangat. Aku hidup lagi kan ni?" kataku.

Dia masih diam seperti tadi. Cuma badannya digerakkan sedikit ke hadapan. Kedua-dua tangannya ditongkat pada dagu.

"Sakit ke?" soalnya tiba-tiba.

Rasa seperti rahangku mahu jatuh tapi sempat aku tahan. Wataknya yang dingin tadi sudah hilang.

"Boleh lah." jawabku.

"Nak rasa ke?" soalku.

Dia senyum lalu menggeleng. Sumpah pelik. Kepala dia ada terhantuk kat dinding ke masa dia takda sekejap tadi?

"Eleh tadi marah-marah." aku menjeling dia.

"Aku baru sedar yang aku akan menyesal kalau aku marah kau harini." ujar Darius. Keningku terjungkit.

"Kenapa kena menyesal?" soalku lagi. Dah sakit tu buat cara sakitlah. Ni banyak tanya pula.

Darius hanya mengangkat bahu.

"Patient dah boleh pergi untuk buat x-ray." ujar nurse yang baru saja tiba.

Aku memandang sekeliling untuk mencari mama. Tapi kelibat pun tak nampak. Mana pula mama pergi ni.

"Okey, biar saya bawakan patient." ujar Darius pada nurse itu.

Aku memandang Darius tidak percaya. Dia ni takda kerja ke nak kena jaga aku?

[C] Hate Or LoveΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα