#26

4.5K 321 29
                                    

AKU berjalan untuk pergi.

"Lepas SPM carilah dia." ujar Darius mematikan langkahku.

Darius memusingkan badannya memandangku. Tetapi aku masih tidak berani untuk memandang wajahnya. Air mata yang mengalir aku kesat dengan hujung tudung.

"Aku janji aku akan bawa kau jumpa Liana lepas SPM." kata Darius lagi.

Mendengar kata-katanya itu, terus mengalir keluar air mata di pipi. Aku tidak sangka yang dia tahu isi hati aku. Apa yang aku sedang tangiskan.

"Janganlah menangis. Aku nak tolong lapkan, tapi aku tak boleh." pujuknya.

Sekali lagi aku mengesat air mata. Air tin yang diberi Darius tadi aku buka lalu diteguk. Aku mengambil nafas seketika. Kemudian baru aku teringat. Yang tin minuman itu belum dibasuh.

"Apa dekat tangan kau tu?" soal Darius.

Aku melihat tanganku yang memegang kertas berlipat. Oh! Aku lupa. Kenapa aku perlu bawa sekali masa keluar kelas tadi?

"Ouh, ini Cikgu Ariana suruh bagi kau." ujarku lalu kertas itu diberikan pada Darius.

Surat bertukar tangan.

❀❩

"WEH! Apa benda ni??" jeritku di dalam kelas.

Pagi-pagi lagi sudah buat aku terkejut apabila melihat satu bekas makanan yang diperbuat daripada kaca berada di atas mejaku. Di dalamnya diisi dengan lasagna. Dan di atas penutup bekasnya terdapat satu sticky note berwarna kuning.

Ya Allah, pagi aku baru saja nak bermula dan sekarang aku sudah dikejutkan dengan benda ini di atas mejaku.

I'm not good at writing love letter.
But it's for you. It's just started.
Wait for more.
—AD

Dahiku berkerut sebaik saja membaca isi yang tertulis di atas kertas kecil itu. Nasib baik dia tidak bagi sekali dengan bunga dan hanya bekal makanan. Kalau tak, pasti akan menarik perhatian orang lain di kelas jika ternampak ada bunga.

And.. AD??

"Seriuslah? Asyraf Darius??" bisikku pada diri sendiri.

Gila!

Aku melihat Syahmi dan Darius berjalan masuk ke dalam kelas. Cepat-cepat aku menyorokkan bekal makanan itu ke dalam laci meja sebelum Syahmi nampak. Kalau dia tahu, mahu berhari-hari dia mengusikku.

"Awal kau sampai harini." ujar Syahmi sambil meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi.

Aku hanya tersengih biasa memandangnya. Kemudian aku melihat Darius. Mata kami berlaga seketika sebelum aku mengalihkan pandanganku semula pada Syahmi disebelah.

"Weh pinjam buku komsas kau. Nota aku tak siap lagi." ujar Syahmi padaku.

Aku mengelurkan buku tulis komsasku lalu diberi pada dia. Nasib baik aku siap kalini.

Tepat jam 8 pagi, guru Bahasa Melayu masuk ke dalam kelas. Kami memberikan salam. Tanpa menghiraukan pelajar-pelajar yang menunggu kebenaran untuk duduk, cikgu BM itu terus menulis di papan putih.

"So.. dah boleh duduk ke ni?" bisikku pada Syahmi.

Syahmi hanya mengangkat bahu.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now