#20

4.7K 327 31
                                    

SATU demi satu manusia berjalan keluar daripada kawasan kubur. Dan aku masih disitu bersama rakan yang lain. Mataku sayu melihat tanah kubur yang merah itu.

Ibu kepada lelaki itu mengusap batu nisan arwah anaknya. Aku tidak memandang kerana aku tidak dapat menahan sebak.

Kami beredar daripada kawasan tanah perkuburan itu. Aku berjalan keluar sehinggalah langkahku mati apabila berhadapan dengan keluarga Adrian. Liana dan ibu ayahnya juga ada disitu.

Mereka memandang aku kemudian pergi tanpa berkata apa-apa.

"Syahmi," panggilku.

Syahmi yang sedang duduk di atas batu disebelahku itu menoleh. Songkoknya dibuka.

"Kenapa?" soal Syahmi.

"Sekarang macam mana.." kataku perlahan.

Syahmi diam. Tidak menjawab soalanku. Dia sendiri pun buntu.

Aku melihat Darius yang masih berada di sisi kubur arwah kawan baiknya itu. Apa aku dah buat ni Ya Allah. Aku dah lukakan hati orang-orang yang rapat denganku. Aku dah sakitkan mereka. Kejamnya aku.

Sampai saja di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku duduk dihujung katil. Mataku melihat patung yang diberi oleh Adrian tempoh hari lalu aku ambil. Patung itu aku tenung kemudian memeluknya.

"Aku minta maaf.. aku minta maaf, Adrian." kataku. Air mata makin deras mengalir.

Aku bangun lalu berdiri di hadapan meja cerminku. Lalu tanganku laju menghempas semua barang di atas meja itu. Habis jatuh semua ke lantai.

Pintu bilik dibuka dari luar.

"Kenapa ni, Arfah??" soal mama terkejut melihatku.

Aku memusingkan badan memandang mama. Wajahku aku tutup lalu aku duduk mencangkung di lantai. Mama laju datang padaku lalu tubuhku didakapnya.

"Jangan macam ni Arfah.."

"Semua ni salah Arfah ma.. Kalau malam tu Arfah duduk rumah, Arfah tak keluar tengok wayang dengan Adrian, Adrian takkan pergi macam ni!" kataku geram pada diri sendiri. Aku benci. Benci pada diriku yang tidak habis-habis menyakitkan orang.

Dulu arwah ayah dan abang Fariq. Sekarang kawanku, Adrian. Orang-orang yang aku sayang! Pemergian mereka semua berpunca daripada aku. Aku ini apa? Pembawa malang?

"Jangan salahkan diri sendiri lagi.. Arwah pergi sebab Allah sayang dia dan memang sudah ajal dia sampai awal. Semuanya dah tertulis. Kita tak boleh buat apa, Arfah. Cukuplah doakan arwah supaya dia diampunkan dosanya dan diletakkan ditempat yang baik-baik." mama menasihatiku.

Aku mengesat air mata lalu tubuh orang tuaku itu aku peluk erat.

❀❩

SUDAH tiga hari aku duduk terperap di rumah. Atau lebih tepat lagi, di dalam bilikku. Apa yang aku buat? Aku hanya baring di atas katil dan tidur. Hari-hariku tidak seperti dulu lagi. Pemergian lelaki itu memberikan impak besar dalam hidup aku.

Jumaat lepas pun aku tidak datang ke sekolah. Kerana aku belum bersedia. Belum bersedia untuk bersemuka dengan rakan-rakanku yang tinggal. Aku takut jika mereka mula benci. Aku takut untuk mendengar kata-kata yang bakal keluar daripada mulut mereka nanti. Akankah ia menyakitkan hati?

Aku turun ke ruang tamu. Akhirnya, aku keluar daripada bilikku. Mama tiada di rumah. Katanya pergi kenduri kahwin anak kawan pejabatnya. Mama mengajakku tadi. Tapi aku tolak. Aku kata yang aku penat dan mahu tidur.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now