#14

5.5K 346 9
                                    

MATAKU berkelip berkali-kali. Ingin memastikan apa yang aku lihat sekarang ini adalah benar atau palsu. Untuk pertama kali nama dia muncul di notifiksasi.

Messages from Adrian.

Jari menekan notifikasi itu.

ADRIAN
This message was deleted.
[ 21:34 ]

Dahiku berkerut.

YOU
Delete apa?
[ 21:37 ]

Aku berjalan masuk ke bilik lalu tudung dibuka. Beg sekolah aku ambil untuk mengemas buku. Mata disepetkan semasa melihat jadual kelas. Kecil betul hurufnya.

Ting!

Kepala memandang atas katil. Laju kakiku bergerak ke situ lalu telefon pintarku dibuka.

ADRIAN
Sorry Arfah. Salah forward.
[ 21:38 ]

Aku mencampak telefon pintarku di muka katil. Apa bendalah.. Punya aku teruja dapat mesej daripada dia. Salah send rupanya.

JAM loceng yang bergetar disebelah membangunkan aku daripada tidur. Aku melihat jam.

06:34

Terbeliak mata aku. Aku turun daripada katil lantas memboloskan diri masuk ke dalam bilik mandi.

Aku mengetuk kepalaku. Ni semua sebab aku tengok drama korea sampai pukul 3 pagi. Kan dah terlajak tidur. Kalau nak ponteng sekolah harini tak boleh. Sebab mata pelajaran harini best. Semua ringan-ringan je.

Stokin aku sarung dengan pantas. Ah, dah lambat!

Kakiku laju menuruni anak tangga lalu mencari kelibat mama. Tiada. Tiada??? Takkan nak jalan kaki kut? Dah lambat ni masyaallah. Mesti mama fikir aku tak sekolah harini sebab tu dia keluar awal.

Aku memakai kasut sekolah lalu berlari ke tempat menunggu bas. Mana tahu ada bas sekolah lalu. Jam di tangan aku lihat. Sudah jam 06:43 pagi. Okey, dalam sepuluh minit lagi kalau tak ada bas atau teksi lalu.. kau kena jalan kaki, Arfah.

Air minuman yang aku isi dirumah tadi aku teguk rakus. Jadi dahaga pula lepas berlari dari rumah sampai ke sini.

Sudah hampir sepuluh minit, tapi tiada bas berhenti. Ada juga bas sekolah yang lalu. Tapi ia hanya lalu melepasi aku saja. Tak guna betul.

Aku bangun dari dudukku. Kepalaku menoleh memandang belakang apabila ada sebuah kereta berhenti dibelakang. Aku lihat siapa di dalam.

"Masuklah!" jerit Adrian dari dalam kereta.

Aku blur seketika.

Aku melangkah masuk ke dalam kereta Adrian tetapi di tempat duduk belakang kerana ada Syahmi dihadapan.

Fuh. Nasib baik diorang ada. Kalau tak mesti kena denda cabut rumput dekat sekolah nanti.

Kereta diparkir di tempat letak kenderaan pelajar. Aku keluar daripada kereta milik Adrian.

"Thank you, Adrian." ucapku pada Adrian.

Baru aku sedar akan sesuatu. Aku melihat ramai pelajar yang berada berdekatan dengan kami memandang aku. Apa? Aku ada buat salahkah?

Aku berjalan ke kelas terus. Disebabkan langit yang mula mendung, perhimpuanan pagi dibatalkan. Baguslah tu. lagipun banyak kerja sekolah yang aku belum siapkan.

Baru saja aku mahu masuk ke pintu kelas, seseorang menarik beg sandangku daripada belakang membuatkan aku tertarik.

Aku memandang orang itu.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now