#21

4.6K 332 22
                                    

BEBERAPA minggu sudah berlalu.

Malam itu aku duduk bersandar pada kepala katil sambil melihat telefon bimbit. Aku membuka contact Liana. Tetapi nombornya tidak boleh dihubungi. Kerana aku sudah cuba tadi.

Takkan dia sudah tukar nombor telefon. Sampai macam itu sekali ke ibu dan ayah dia tidak suka pada aku? Aku tidak marah jika Liana buat macam ni pada aku. Sebab aku tahu dia tidak punya pilihan lain. Liana yang aku kenal selalu akan mengikut telunjuk ibu dan ayahnya.

Telefon bimbit berdering. Aku melihat nama di skrin telefon.

Asyraf Darius

Panggilan itu aku angkat.

"Hello?" kataku sebaik saja talian bersambung.

"Esok pagi kau free tak?" soal Darius di hujung talian.

"Free. Kenapa?" soalku. Esok hari Sabtu. Jadi aku rasa tiada apa yang aku akan lakukan esok.

"Jom jogging."

Aku diam sekejap. Kerana aku sudah lama tidak bersukan. Boleh juga kurangkan berat badan yang sudah naik ni.

"Boleh. Pukul berapa?" soalku.

"Pukul sembilan aku ambil kau." ujar Darius.

"Eh takpayah!" laju aku menolak. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Dan aku tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Nanti mama aku hantarkan." kataku.

Darius diam sekejap sebelum bersetuju.

❀❩

TELUR yang sudah dipecahkan aku masukkan di kuali lalu aku terbalikkan apabila bawahnya sudah masak.

Aku masukkan mi goreng yang sudah siap digoreng ke dalam mangkuk besar. Kemudian aku naik ke atas untuk panggil mama.

"Ye Arfah? Awalnya bangun. Selalu dekat jam sepuluh baru keluar bilik." kata mama sebaik saja melihat aku sudah terpacak di hadapan pintu biliknya.

Aku hanya tersengih. Perli aku pula dia.

"Jom sarapan! Arfah dah masak tu." jemputku.

"Aik, first time anak dara mama masak sarapan untuk mama ni.." sindir mama lagi.

"Ala jomlah rasa..." aku menarik tangan mama turun ke bawah.

Kerusi aku tarikkan untuk mama duduk. Harini aku kena layan mama seperti seorang permaisuri! Kerana hari ini adalah ulang tahun perkahwinan mama dengan ayah.

"Ni.. ada apa-apa ke ni?" soal mama pelik dengan tingkah-laku aku hari ini.

Aku menggeleng.

"Harini Arfah nak mama happy." ujarku sambil menciduk mi goreng ke dalam pinggan lalu diberi pada mama.

Aku hanya melihat orang tuaku itu makan.

"Macam mana?" soalku.

Mama tidak menjawab. Aku melihat matanya berair.

"Kenapa ma?? Tak sedap ke? Janganlah menangis.." soalku. Takkan teruk sangat mi goreng aku sampai mama pun nak menangis.

"Masin sikit." jawab mama.

Mataku membulat.

"Ala.. failed lagi lah ni?" soalku sambil mulut dimuncungkan.

Mama tergelak.

"Takdalah teruk mana rasa dia. Sedap je. Arfah makan je la. Cuba rasa." ujar mama membangkitkan senyumanku semula.

Aku pula cuba untuk rasa mi goreng pertamaku. Baru saja kunyahan pertama dan ia membuatkan aku terdiam. Rasanya seperti mi goreng masakan arwah ayah.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now