#7

6K 401 7
                                    

"PUAS HATI?"

Aku terdiam.

Darius memandangku lama. Giginya diketap. Tanpa membuang masa, Darius beredar meninggalkan aku seorang di tangga ini dengan penuh rasa bersalah.

Tulah kau, yang kau mengada-ngada tanya dia soalan tu dah kenapa? Memang cari nahas lah kau ni Arfah.

Aku berjalan kembali ke kelas. Bisingnya. Pintu aku ketuk sebelum melangkah masuk. Tiada guru. Syahmi yang berada di belakang terus berjalan ke arahku.

"Kau pergi mana tadi? Yang kau kejar Darius tu dah kenapa?" Syahmi menyoalku.

"Takdelah, dah dia marah aku tadi. Mana aku tak marah dia jugak." balasku.

Syahmi menepuk dahi.

"Memanglah dia marah. Dia baru je lepas bergaduh lepastu kau pergi langgar dia memanglah dia angin." ujar Syahmi.

"Gaduh? Dengan siapa?" soalku.

Syahmi memuncungkan mulutnya ke arah seseorang yang sedang bersandar pada dinding. Qidran Khalid, bekas teman lelaki aku. Aku putus dengan dia pada awal tahun lepas. Aku yang putuskan. Tak sangka pula yang dia akan berada di dalam kelas yang sama sepertiku pada awalnya.

"Kenapa diorang gaduh?" soalku lagi.

Syahmi mengangkat bahu.

"Entah, aku tengah padam papan putih lepastu aku dengar bunyi meja jatuh. Terkejut doh. Sekali toleh, aku nampak Darius pergi tolak si Qidran tu. Lepastu, macamlah kau tak kenal Qidran tu macam mana, dia pergi tolak Darius balik dekat cermin tingkap. Banyak juga do yang pecah. Berdarah juga aku nampak lengan Darius." cerita Syahmi.

Aku mengerutkan keningku. Tak nampak pun darah tadi?

"Tu yang Darius terus blah tu. Ish, kau tak pelik ke? Darius tu bukan main lain eh dia sekarang? Nak ajak gurau pun aku dah tak berani. Kang baru sebut nama dia, kena lesing pula." tambah Syahmi.

"Aku pun perasan juga. Mungkin dia ada masalah lah tu." balasku.

"Tapi kalau ada masalah kenapa taknak bagitahu kita? Apa guna kawan? Hm," ujar Syahmi lagi. Muncung mulutnya. Mungkin sedih kerana kawannya seorang itu tidak ceria seperti dulu.

"Mungkin belum masanya. Tak semua masalah senang untuk dicerita." aku berkata positif.

Syahmi hanya mengangguk. Setuju agaknya dengan apa yang aku kata.

Kami berdua kembali ke tempat duduk sebaik saja Cikgu Ariana masuk ke dalam kelas untuk mata pelajaran yang terakhir.

Sudah hampir 40 minit Cikgu Ariana mengajar. Tetapi kelibat Darius tidak pun kelihatan. Dimana dia? Sejak habis waktu rehat sampai sekarang dia tak masuk kelas. Cikgu Ariana pun sudah tanya tadi. Semua kata tidak tahu.

Aku teringat akan apa yang Darius beritahu aku ketika di tangga tadi. Ah, serabut! Kalau Darius terus macam ni, pasti akan jejaskan pelajaran dan prestasi dia. Sekarang aku sudah tahu masalahnya. Mungkin aku boleh tolong? Ah, masalah sendiri pun kadang-kadang kau tak boleh selesaikan.

Aku mengurut kepalaku. Satu apa yang Cikgu Ariana ajarkan tidak masuk pada otak.

Tepat jam 1 petang loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Aku sengaja melambat-lambatkan waktu. Satu persatu manusia meninggalkan kelas. Dan tinggal aku seorang disini masih duduk di kerusiku.

Aku memandang tempat duduk di hadapanku. Beg sekolahnya masih disitu. Kemana dia pergi ni? Waktu sekolah dah habis. Takkan dah balik?

Niatku untuk bangun terhenti apabila pintu kelas dihadapanku dibuka dari luar. Darius. Langkah lelaki itu terhenti apabila melihat diriku yang masih berada di dalam kelas. Dia memandangku lama sebelum beg sekolahnya diambil lantas berjalan keluar semula daripada kelas.

[C] Hate Or Loveजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें