#24

4.4K 334 25
                                    

BAU sos carbonara merebak hingga ke ruang tamu. Wah, tak sabarnya nak makan spaghetti buatan mama!

Aku melihat jam yang tergantung pada dinding. Alahai, lambatnya masa berjalan. Baru pukul 7:14 malam. Majlis tu berlangsung pada jam 8:30 nanti. Dan perut aku sudah lapar. Mama ada kata tadi, kalau dah lapar makan jelah dulu spaghetti tu. Tapi aku taknak. Sebab nanti dekat sana aku dah tak lapar. Jadi baik aku tunggu saja dan makan sekali di majlis itu bersama yang lain.

"Pergilah siap-siap dulu. Mama kena gerak awal ni. Nak kena siapkan majlis tu." ujar mama.

Aku yang sedang terbaring di atas sofa dan kelaparan itu terus duduk. Laju kaki naik ke bilik lantas mengambil tuala.

"Pernah.. adanya dia. Dulu menemani aku.. Sering diaa bertanya.. ADAKAHKU CINTAI DIRINYA!.." aku mula bernyanyi lagu. Botol syampu dijadikan sebagai microphone. Wah sedap pula suara aku nyanyi. Biasalah, inikan bilik mandi.

Pancuran air ditutup. Tuala yang tergantung aku lap pada badan. Kemudian aku keluar dari bilik mandi dengan berkemban. Pintu almari aku buka untuk mencari baju.

Nak pakai baju apa? Buku kurung? Atau baju jalan? Takkan jubah?

Aku mengambil satu baju inner tebal berwarna putih dan satu kardigan bunga-bunga panjang berwarna hitam. Kemudian jeans yang sudah digosok aku sarung pada kaki. Aku menuju ke papan gosok untuk mengambil selendang hitam yang baru saja digosok tadi.

"Ma dah siap!" ujarku sebaik saja menuruni anak tangga. Dan aku melihat mama yang sedang memasukkan barang ke dalam kereta.

Peh tepat-tepat pukul 8 malam. Lama betul aku bersiap. Mana tidaknya, mandi tadi sudah ambil masa setengah jam sebab aku sibuk membuat konsert.

"Tolong angkatkan bekas ni." pinta mama sambil menunjukkan bekas berisi mi spaghetti.

Aku ambil lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Ah! Hampir-hampir jatuh apabila aku hampir tersadung dengan selipar. Nasib baik aku cepat-cepat seimbangkan diri.

Aku menunggu mama di dalam kereta sementara mama menyiapkan apa yang patut. Aku mahu tolong. Tapi mama kata tak perlu.

Perjalanan dari rumah ke tempat kerja mama mengambil masa kurang daripada setengah jam. Yelah, tak jauh mana pun.

Kereta berhenti di lampu isyarat. Lagu yang terpasang di radio semakin rancak bermain. Aduh, waktu dah nak sampailah keluar lagu best-best!

Baru saja kereta bergerak sedikit, mama menekan brek secara tiba-tiba membuatkan aku tercampak ke depan sedikit akibat daripada inersia. Nasib baik ada tali pinggang.

Ya Allah selama ni aku punya degil taknak pakai tali pinggang. Dan nasib baik hari ini aku terdetik untuk memakai tali pinggang ini. Jadi tiadalah kepala aku terhantuk pada cermin kereta ni. Tak pasal-pasal amnesia. Hahahaha.

"Arfah, bawa ni naik ke aras 5. Naik lif tau. Jangan naik tangga pula. Kang tak sempat nak merasa spaghetti ni." ujar mama menghulurkan satu tong bersaiz sederhana berisi kuah spaghetti.

Wah. Berat juga ya. Dengan beg tangan aku ni yang entah berapa kilogram.

Perlahan-lahan aku berjalan membawa tong itu. Ya Tuhan.. mahu putus tangan aku ini. Aku tiba di hadapan lif.

"Haaa macam mana nak tekan butang lif ni.. aku pakai kaki juga kang." ujarku. Dengan tangan yang penuh dengan barang. Sandal yang tersarung aku buka. Aku betul-betul mahu guna kaki ni.

Belum sempat aku mahu mengangkat kaki, seseorang menekan butang lif itu.

"Awak nak pergi tingkat lima kan?" soal Syamil.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now