#5

6.5K 419 18
                                    

Selepas solat maghrib, aku terus ke tempat membakar. "Mana yang dah siap bakar?" soalku pada Syahmi yang sedang mengeluarkan otak-otak frozen.

"Dekat atas meja sana. Ouh alang-alang tolong panggil Darius suruh dia bakar ikan." pinta Syahmi sebelum aku berjalan pergi ke meja makanan.

Air liurku aku tahan daripada jatuh. Tengok je dah tahu sedap. Sosej, otak-otak, ikan bakar dan kepak ayam. Cepat-cepat aku mengambil penyepit untuk mengambil ikan bakar lalu diletakkan di atas pinggan sebelum seseorang mencelah..

"Thankyou," ujar seseorang lalu merampas pinggan daripada tanganku. Darius! Aku paling pantang kalau ada orang curi makanan aku.

"Kau tak boleh ambil sendiri ke??" soalku bengang.

Darius hanya memberikan aku senyuman sinis lalu hanya menghiraukan aku disini. Cis, tak guna.

Aku melihat dia mengambil kepak ayam. Tiba-tiba rasa macam ada mentol menyala atas kepala.

"Eh weh kejap!" aku memanggil Darius sebelum dia bergerak untuk pergi.

Penyepit yang berada di atas meja aku ambil lalu segera menyepit kepak ayam daripada pinggan Darius dan dipindahkan ke pinggan baru.

Wajah lelaki itu seperti tidak percaya.

"Kita tukar-tukar.. Kau ambil ikan bakar aku, aku ambil kepak ayam kau." ujarku selama.

"Engkau tahu tak itu yang last??" soal Darius. Dia pula yang bengang. Aku hanya mengangkat bahu.

"Oh lepas kau makan, Syahmi suruh kau sambung bakar ikan. Okey Bye.." tambahku sebelum berlalu pergi meninggalkan dia yang masih tidak puas hati tentang kepak ayamnya.

Aku duduk di atas batu lalu telefon bimbit yang berada di dalam poket aku ambil untuk memeriksa jika terdapat mesej yang masuk.

MAMA
Macam mana dekat sana? Hantarlah gambar sikit dekat mama.
[ 08:23 p.m ]

Aku membuka kamera lalu snap sekeping gambar selfie aku. Gambar itu aku send bersama gambar-gambar bersama kawan-kawan yang diambil petang tadi.

"Amboi Liana dengan Syahmi tu bukan main bahagia dekat sana." ujarku melihat Liana dan Syahmi yang sedang sibuk bersembang tanpa aku. Aku dapat rasa yang aku akan single sorang-sorang.

Perut yang terasa kembung aku pegang. Banyak ke aku makan tadi? Aku rasa aku cuma makan dua otak-otak, satu kepak ayam, kerang bakar sikit dengan ikan bakar satu je. Lepastu Liana offer aku makan salad yang mak dia buat ha itu ajelah.

Darius yang sedang membakar ikan aku perhati. Wajahnya nampak muram. Seperti tiada mood. Rasa puas hati pula lepas curi kepak ayam dia.

Kawan yang lain aku tengok masih sibuk makan. Lagi-lagi empat orang tu ha. Kesian Darius yang sedang membakar seorang diri.

Eh? Mana dia?

Mataku melilar ke sekeliling mencari kelibat lelaki itu. Oh dekat sana. Dia sedang berjalan ke arah khemah sambil matanya fokus pada skrin telefon bimbit.

Ish dia ni.

Aku berjalan ke arah tempat membakar. Haih, aku lah ni yang kena buat. Sudah beberapa minit disini, aku rasa bosan pula mengipas asap.

Adrian yang tadinya duduk bersama yang lain bangun lalu berjalan ke arah sini.

"Ikan tadi dah bakar ke?" soal Adrian.

[C] Hate Or LoveDär berättelser lever. Upptäck nu