# FINAL CHAPTER

5.2K 335 20
                                    

4 TAHUN BERLALU.

Aku melihat pantulan diriku di cermin besar itu. Cantik. Seperti bukan aku. Sebelum ini, makeup aku biasa sahaja untuk pergi kerja. Tapi di hari ini, lain. Lebih cantik daripada biasa.

Baju kurung moden yang bersulam bunga berwarna putih aku sarung pada tubuh. Aku teruja. Dan pada masa yang sama gementar.

Iya, aku bakal menjadi isteri seseorang hari ini. Siapakah dia? Hubungan yang bermula dengan persahabatan, kini bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Aku gembira.

Pintu bilik dibuka orang. Aku melihat rakan-rakanku yang teruja melihat aku dengan pakaian untuk akad nikah ini.

"Cantiknya kau!" jerit Liana teruja.

Aku hanya sengih. Mayleen pula sibuk mengambil gambarku.

"Adam mana?" soalku. Mencari anak lelaki kepada Liana. Cuba teka, Adam anak yang ke berapa? Bukan pertama tapi kedua. Anak pertamanya perempuan bernama Laila. Ya.. cinta sudah berputik di dalam hati Liana dan suaminya. Jelas tampak kebahagian di wajah Liana ketika melahirkan anak pertamanya dulu.

"Ouh.. Syamil bawa Adam terus pergi masjid." jawab Liana.

Aku hanya mengangguk. Rindu pada budak lelaki itu. Dahlah comel!

"Dah siap? Jom! Ala cantiknya anak mama ni!!" ujar mama. Wajahnya gembira melihat aku.

Aku berjalan perlahan-lahan keluar daripada rumah. Tetapi langkahku terhenti. Masing-masing disitu melihat aku.

"Kenapa ni?" soal mama risau melihat wajah cemasku.

Jantungku berdetak laju.

"Maa.. Arfah takut.." kataku. Rasa macam mahu menangis.

Mama senyum melihat aku.

"Jangan risau sayang.. Mama ada ni. Nak jumpa bakal suami kan??" soal mama memujukku.

Aku mengangguk perlahan.

Pintu masjid yang terbuka luas menampakkan kesibukan di dalamnya. Ramai orang sudah duduk menunggu pengantin perempuan.

Aku berjalan masuk ke dalam masjid. Liana dan mama mengiringiku. Begitu juga Mayleen yang mengikut di belakang. 

Dari jauh aku sudah nampak Darius yang sedang duduk di hadapan tok imam. Menyedari kedatanganku, Darius mengangkat wajahnya dan memandang aku. Pandangan itu buatkan jantung aku hampir terhenti. Aku bakal jadi isteri kepada lelaki ini. Adakah ini satu mimpi?

Bagaikan tahu yang aku sedang gementar, Darius memberikan aku senyuman segaris.

Aku duduk di atas bantal nipis. Selesa kerana lembut. Aku cuba menenangkan diri. Tanganku tidak lepas memegang tangan mama. Mama mengusap pehaku memberi aku semangat.

Masing-masing sudah bersedia untuk meneruskan majlis akad nikah ini. Tapi adakah aku sudah bersedia?

Aku memandang Darius. Wajahnya tenang. Tapi aku tidak tahu apa yang sedang dia rasakan di dalam hatinya. Adakah dia juga gementar?

"Okey boleh kita mulakan?"

Aku melihat Darius yang mula bersalam dengan tok imam.

"Asyraf Darius bin Amarullah."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau, dengan Nur Arfah Falisya binti Muhammad Arif dengan mas kahwin 600 ringgit tunai.."

Darius mengambil nafas. Dan aku masih fokus mendengar.

"Aku terima nikahnya Nur Arfah Falisya binti Muhammad Arif dengan mas kahwin 600 ringgit tunai."  Aku mendengar Darius melafazkan akad nikahnya.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now