#10

5.9K 386 12
                                    

LOCENG bergema di satu sekolah. Aku mempercepatkan langkah untuk ke perpustakaan. Katanya ada cikgu nak berjumpa dengan aku. Pagi-pagi lagi dah kena panggil.

Kasut aku tanggalkan daripada kaki seraya menapak ke dalam perpustakaan itu.

"Cikgu Hafiz mana?" soalku pada pelajar yang bertugas menjaga perpustakaan.

"Dekat meja sebelah rak belakang." jawabnya. Aku hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih pada dia lalu bersegera untuk berjumpa cikgu. Kang kalau lambat mahu kena bebel. Tahu-tahulah cikgu sains kita tu garang dia bukan boleh bawak bincang.

"Cikgu ada apa nak jumpa saya?" aku menegur cikgu yang sedang menanda buku latihan pelajar.

"Nanti waktu saya sebelum rehat saya takda-" belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya aku sudah terjerit kecil membuat cikgu itu memandang aku tajam.

Aku menegakkan semula badanku dan bersedia untuk mendengar ayat seterusnya.

"Jadi saya nak minta awak edarkan latihan ni pada kelas ya. Minggu depan kita bincang jawapan. Siapa tak jawab cikgu denda jalan itik sepanjang koridor tiga pusingan." sambung Cikgu Hafiz.

Gulp. Aku hanya mengangguk.

"Tapi kenapa cikgu suruh saya?" soalku pelik. Macamlah ketua kelas takda.

Dia menjelingku. Amboi cikgu!

"Suka hati sayalah nak suruh siapa." jatuh rahangku mendengarnya. Baiklah. Apa-apa sajalah yang membahagiakan cikgu.

"Oh dengan ni. Buku latihan saya dah siap tanda. Bawa masuk kelas dan tolong bagikan." pinta cikgu.

Aku berjalan keluar bersama buku-buku latihan yang sarat ditanganku. Ni kalau jatuh ni.. penat bhai nak kutip balik.

Buku-buku itu aku letakkan di atas lantai dahulu untuk menyarung kasut. Kemudian aku angkat semula dan jalan ke tangga.

Kau tahu tak jarak antara perpustakaan dan kelas aku berapa jauhnya? Kelas aku berada di blok A dan perpustakaan berada di blok C aras atas sekali. Mahu sakit pinggang aku balik nanti. Buku ni dahlah banyak berat pula. Dengan latihan cikgu bagi tadi.

Nasib baik aku pakai baju sukan. Kalau baju uniform sekolah, mahu terpijak kain. Dahlah kain sekolah aku selalu londeh.

Aku tiba di tangga blok A untuk naik ke kelas. Dengan sekuat tenaga aku berjalan mendaki tangga. Tiba di hadapan kelas, aku bertembung dengan Darius. Heh, kenapa baru nak bertembung sekarang? Tadi masa dekat blok sebelah kenapa taknak bertembung?

"Bak," kata Darius lantas mengambil buku-buku daripada tangan aku. Kami berjalan masuk kelas dan meletakkan buku-buku itu di atas meja guru.

"Kau bagi lah.." kataku mengah lalu terus duduk dikerusiku.

"Air.. Air aku mana?" soalku mencari air.

Syahmi menghulurkan botol minumanku. Laju saja aku membuka penutup botol itu dan meneguk air dengan rakus. Leganya.

Aku melihat sekeliling. Dimana semua kawan perempuan di kelasku? Oh! Sekarang waktu kelas sukan. Mereka mesti dah turun ke padang. Ah, kena turun lagi!

Aku mengeluh penat.

"Kau tak turun?" soal Darius.

"Nak turun ah ni.." jawabku. Dengan malasnya aku bangun.

"Jom ikut. Aku dengar diorang nak lawan bola jaring. Bukan selalu kita jadi cheerleaders. Kan, Darius?" kata Syahmi lalu mengajak satu kelas untuk turun ke bawah. Haaa, apa-apa sajalah kau ni Syahmi.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now