B B Y M 0 1

26.9K 881 106
                                    

Tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita pasal diri aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita pasal diri aku. Tapi, Bismillahirrahmanirrahim. Nama aku Safiya Zahra binti Zamini dan tahun ni tahun terakhir aku dekat sekolah menengah. Hehehe aku dah tingkatan 5 lah sia kau orang ni tak tahu ke?

          Aku tergelak sendiri menulis diari aku untuk tahun ini. Memang setiap tahun aku akan beli buku diari untuk tulis diari 365 hari aku. Semua rasa marah, sedih dan gembira aku luahkan dalam diari. Maklumlah tak ada kawan.

          Tiba-tiba pintu bilikku dikuak dengan kasar dari luar. Dengan pantas aku memandang ke belakang. Kelihatan abang kembar aku, Shah Zarif, merempuh pintu bilikku masuk ke dalam bilikku. Tak adalah rempuh sampai tercabut pintu tapi kuat jugalah.

          "Weh Zarif kau memang setiap kali masuk bilik aku nak rosakkan pintu bilik aku eh?" marahku membaling bantal kecil yang diletakkan dibelakang badanku ke muka Zarif.

          "Saf! Saf! Kau tengok ni bongok ada artikel pasal walid weh," ujar Zarif lalu menayang skrin telefonnya dekat dengan muka aku dengan full brightness.

          Dengan pantas aku menolak telefonnya dari mukaku. Aku merenung tajam anak mata Zarif.

          "Kau nak aku buta ke? Letak dekat dekat dengan muka aku dengan full brightness. Sama je macam ummi," marahku. Zarif tergelak kecil.

           "Yelah. Yelah cepatlah baca ni," Zarif menayangkan lagi skrin telefonnya kepadaku.

          Aku terus membaca tajuk artikel yang ditayang oleh Zarif. Kelihatan wajah walid dan ummi diletakkan di atas artikel.

         "Zamini, usahawan Syarikat As-Syamsu kini mendapat gelaran Dato," Aku membulatkan mata memandang Zarif yang sudah tersenyum teruja.

          "Weh seriuslah?" Soalku. Zarif mengangguk dengan laju.

         "Kita dah jadi anak Dato bhai. Aku dah boleh tukar nametag letak nama walid je nama aku tak payah," Ujar Zarif dengan bangga.

           "Mana walid dengan ummi?" soalku turut teruja.

           "Tak balik lagi. Sekejap lagi baliklah tu. Kau nak join aku tak?" Zarif tersenyum nakal.

          "Kau tak payah eh? Kau tak payah tak nak ajak aku join," Aku juga tersenyum nakal.

         "Aku rasa dekat bilik aku ada confetti popper jom jom," Zarif terus menarik tangan aku ke biliknya.


Aku dan Zarif sudah berdiri di belakang pintu selepas mendengar suara walid dan ummi di luar. Abang kedua kami, Shah Zafril a.k.a Abang Zaf turut sertai kami dengan berdiri di pintu yang sebelah kanan.  Pintu itu dibuka dari luar dan kedengaran suara ummi dan walid memberi salam.

          "Assalammualaikum anak anak walid," ucap Dato' Zamini apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkatnya itu.

          Pop! Pop! Pop!

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now