B B Y M 1 7

9.3K 532 62
                                    

Tanganku yang basah aku lap menggunakan tisu yang disediakan di dalam tandas tadi. Aku mengeluh. Aku tak nak cemburu dengan Khairul dan Farah. Aku tak layak cemburu. Aku hanya kawan dia. Kenapa aku nak kena cemburu?

Kenapa perasaan ini selalu mengganggu ketenteramanku? Tak boleh ke aku berkawan dengan Khairul seperti biasa? Macam persahabatan orang lain. Macam Daniel dan Iman.

Tisu yang kau guna tadi aku buang ke dalam tong sampah berdekatan. Mataku tertarik ke arah pelajar yang berkerumun di kantin sekolah. Aku perlahan-lahan mendekati kerumun pelajar itu.

"Siapa perempuan yang Hanisa kutuk sampai Airiel mengamuk ni?"

"Aku tak tahulah betul ke tak tapi aku dengar dia kutuk Safiya," 

"Ish kau ni. Takkanlah Airiel nak marah. Aku rasa kalau Hanisa kutuk Safiya, Airiel lagi suka. Airiel kan tak suka Safiya. Aku rasa Audrey dengan Vivy,"

"Kau tak dengar ke tadi Airiel kata dia tak kesah pun Hanisa kutuk Audrey dengan Vivy. Hakim yang mengamuk sebab Hanisa kutuk Audrey dengan Vivy,"

Aku cuba curi-curi dengar perbualan dua orang pelajar perempuan di hadapanku. Aku melangkah perlahan-lahan menyelit ingin melihat pergaduhan tersebut. Aku ni selalu kutuk orang sibuk tengok orang lain bergaduh, kalau orang lain bergaduh pun aku menyelit juga.

"Eh Safiya," Ujar pelajar tadi apabila tersedar keberadaan aku di situ. Aku tersenyum kekok.

"Kke kenapa bergaduh ni?" Soalku. Kedua-dua pelajar itu mengangkat bahu. Nampaknya mereka tak tahu cerita sebenar.

Aku juga yakin yang Airiel takkan bergaduh disebabkan aku. Buat apa dia nak pertahankan aku sedangkan dia pun tak nak tengok aku ada dalam sekolah ni?

Oh ya. Perbualan kami berdua semalam terhenti disebabkan kehadiran Khairul. Cis, mengacaulah Khairul ni!  Kalau Khairul tak datang, aku dah dapat tahu rahsia Airiel. Aku hampir tahu punca Airiel tak nak aku satu sekolah dengan Khairul. 

"Ish apa Hanisa dengan Airiel cakap tu? Slow betullah. Cuba kuat sikit," Pelajar di sebelahku mengetap gigi geram apabila tidak dapat mendengar perbualan Airiel dan Hanisa.

"Hanisa," Aku menyebut nama pelajar tersebut. Macam aku pernah dengar nama tu tapi aku pun tak ingat dekat mana. 

Mataku membulat apabila ternampak Airiel memandang ke arah satu jug berisi air suling. Jangan cakap dia nak simbah perempuan tu.

Aku terus menolak sekumpulan pelajar di hadapanku lalu berlari ke arah Hanisa.

"Tepi tepi!"

Kakiku berhenti di hadapan Hanisa. Belum sempat aku menepis tangan Airiel, air itu sudah terlebih dahulu di simbah tepat ke wajahku.

Bushh!!

Pelajar lain tercengang. Mulutku terbuka mencari nafas. Dadaku naik dan turun laju kerana terkejut. Simbahan tersebut membuatkan wajahku terasa seperti ditampar kuat. Tudungku sudah basah kuyup. 

"Kau?" Mata Airiel membulat dan keningnya berkerut. Terkesiap dirinya melihat kehadiranku di depan matanya. Masa bila budak ni ada dekat sini?

Aku merenungnya tajam.

"KAU FIKIR KAU SIAPA NAK MAIN SIMBAH SIMBAH AIR DEKAT ORANG HA?!" Tengkingku. Aku mengetap gigi hangus dadaku menahan marah yang sudah hampir meletup ini.

"Kak Saf......," Hanisa menutup mulutnya yang ternganga besar.

"Hanisa, pergi masuk kelas," Arahku pada Hanisa. Sebenarnya baru aku teringat yang Hanisa ni anak buah Farisya a.k.a penyampai khabar angin Farisya.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now