B B Y M 4 0

7.3K 396 126
                                    



Zarif, Ainul dan yang lain curi-curi dengar perbualanku dan Airiel di atas. Ainul terkejut lalu terjerit.

"Wehh!!" jeritnya ketika mendengar bahawa aku tidak mahu berjumpa dengan Airiel lagi.

"Shhh! Senyap ngek. Nanti kantoi!" marah Adam di sebelahnya.

"Masalahnya kenapa Saf tak nak jumpa Airiel dah? Dahlah hari ni semua Airiel yang buat tahu tak?!" marah Ainul.

"Tu lah aku tak faham. Saf ada lelaki lain ke?" balas Iman.

"Takkan punya. Aku tahu Saf tu macam mana. Dia selalu sorok perasaan sedih dia sorang sorang. Dia pernah cakap sekali kau menangis depan orang, orang akan terus gunakan kelemahan kau sampai kau mati. Jadi, mungkin ada something yang jadi dekat dia tapi dia diamkan dan buat keputusan untuk blah je," ujar Fathia pula memberi pendapatnya.

"Aku pun rasa benda yang sama dan Saf memang selalu cakap lepas dan buat keputusan terburu-buru tanpa tahu kesannya," balas Zarif.

"Isya, ngantuk tak? Jom balik," ujar Hakim duduk bersila di bawah.

"Pergilah kau masuk kereta. Aku nak dengar lagi," ujar Farisya. Hakim hanya mengangguk lalu melangkah pergi dari situ.

Aku terus melangkah ingin meninggalkannya. Airiel pantas merentap tanganku. Langkahku terhenti.

"Please. Jangan. Jangan tinggalkan aku. Cakap dulu apa salah aku," pinta Airiel. Matanya sudah berkaca.

Aku tidak menjawab lalu melepaskan tanganku dari genggaman Airiel. Airiel tidak mengalah lalu terus memeluk tubuhku dari belakang.

"Tolong jangan. Jangan tinggalkan aku Safiya. Satu langkah kau jalan, aku takkan cakap dengan kau dah," ujar Airiel. Tangannya erat memelukku.

Aku menghela nafas lemah. Aku memegang tangannya yang berpaut di bahuku. Perlahan-lahan aku melepaskan tangannya lalu pergi dari situ.

Air mataku terus mengalir deras. Aku terus berlari bawah.

Tiba-tiba aku ternampak Zarif dan kawanku yang lain sedang duduk disitu. Aku terus menyeka air mataku.

"Erk.. Saf kau okay tak?" tanya Fathia.

Aku hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Fathia. Aku terus melangkah ke kereta Zarif. Zarif pantas mengejarku lalu merentap tanganku.

"Saf, kenapa kau buat macam tu ha?!" marah Zarif.

"Jom balik,Zarif. Aku sakit kepala," balasku tanpa menjawab kata-katanya.

"No. Sampai hati kau buat macam tu ye? Lepas banyak yang Airiel dah spend duit untuk kau," ujar Zarif geram dengan apa yang aku buat.

"Aku nak balik. Aku penat Zarif," ujarku.

"Saf, kau cakap sekarang dekat aku apa yang Airiel buat sampai kau tinggalkan dia macam tu?!" marah Zarif.

"Senyaplah, Zarif! Aku tak nak fikir. Itu keputusan aku!" marahku pula tanpa memandang wajahnya.

"Aku nak kau pergi minta maaf dekat dia sekarang," arah Zarif tegas.

"Aku tak naklah,Zarif. Kau tak faham pun apa yang jadi dekat aku. Kau tak tahu pun!" marahku.

"Saf, kau boleh tak jangan buat keputusan terburu-buru. Jangan buat keputusan ikut emosi kau!"ujar Zarif memberi nasihat.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now